Pages

Saturday, March 2, 2013

Kenaikan pangkat polis terkorban.. Alahai..ciput..Tak patut...

Aku minta semua para pembaca blog sama-sama berfikir secara rasional... buang ketepi dahulu fahaman politik,, ini soal keadilan dan hak seseorang...


Ini yang Najib umumkan...


Cukopkah dengan sekadar satu tangga kenaikan pangkat?

Cuba kita bayangkan... Arwah Zulkifli baru berumur 29 tahun,,, jika beliau hidup secara tak langsung masih ada hampir 30 tahun lagi waktu bertugasnya,, sebab sekarang pencen umur 60 tahun,,, berapa kenaikan pangkat yang beliau boleh sandang jika di congak dengan umurnya itu... Sepatutnya paling cikai pun bagilah pangkat ACP iaitu pangkat terakhir dalam kategori pegawai,,, 

Manakala buat arwah Sabaruddin bagilah pangkat Sarjan Mejar... itu yang seeloknya... 

Apalah yang akan dapat buat isteri waris dan anak-anaknya,, bila yang mereka dapat hanya pencen iaitu separu dari gaji hakiki,,,, segala elaun-elaun dah tak ada ....

Patutkan itu sahaja yang mereka dapat,, berbanding dengan nyawa dah hilang?. sedangkan mereka bertugas 24 jam...

Bebanding dengan artis-artis dan ahli sukan,,, bagaimana mereka mendapat imbuhan hanya sekadar mencipta nama dalam beberapa kemenangan,,, 

Nyawa beb,,, jadi buat adik-adik polis,, ingatlah,,, jasa anda apa yang pemimpin umno nilaikan hanya sekadar itu,, ingat balik kepada dua bersaudara anda iaitu Cif Inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar, bagaimana nasib mereka berdua... 

Jadi fikir-fikirlah bila nak menjalankan tugas-tugas yang umno arahkan,,, fikirlah dahulu antara tugas kepentingan rakyat atau peribadi dan parti umno,,, faham kan...







16 comments:

  1. ingatlah apa pangkat yang di bawa ke alam akhirat jangan banyak sangat kecoh pangkat dunia.Alam dunia telah pun ditinggalkan jangan selalu ingat boleh hidup sampai tua beringatlah selalu lawan hidup mati.bekal untuk akhirat jangan dipandang remeh.mati itu tiba tiba

    ReplyDelete
  2. wahai menteri dan panglima/kpn: nak tunggu berapa ramai lagi nyawa nak melayang? bila nak selesaikan hal ni. kapal navy yang banyak kat lumut/semenanjung tu nak buat apa? tukun tiruan? senjata yang canggih mangih tu nak buat apa? perhiasan atau tayang di hari TD tadi? Sukhoi Su-30MKM yang parking tu buat apa, untuk tayang di LIMA saja kah?

    ReplyDelete
  3. bro, meninggal ketika menjalankan tugas kalau tak silap layak terima Pencen Penuh!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bila dikatakan pencen tu,, maksudnya haya separuh dari gaji,,, cuma sekarang ni ada kiraan baru,, jika khidmat lebih dari 30 tahun dapat 60% dari gaji...Itu yang saya faham,,,

      Delete
    2. Ia dulu dipanggil sebagai Pencen Terbitan. Layak pencen penuh (sebulan gaji).

      Delete
    3. ko memang tak paham dan takkan paham..mm......sbb ko tu buta kayu
      KHAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAKKK PTUIIIIIIIIIIIIIIIIIIH!AAmbik ko makan kahak aku,,,,hu hu

      Delete
  4. kenapa najib hantar polis? kenapa najib tak hantar tentera? Bukankah dari segi taktikal penggunaan tentera dalam keadaan seperti ini lebih sesuai? Kenapa nak tunggu lama sedangkan najib tahu mereka itu penceroboh/ pengganas. Tak kiralah, sama ada penceroboh/ pengganas itu ada IC malaysia atau sebaliknya, tapi kalau dah mengangkat senjata tu maknanya dah menentang Yang diPertuan Agong dan kalau ikut undang2 dah boleh tembak. Berunding dengan pengganas nak buat apa? Suruh pengganas LETAK JAWATAN nak buat apa! Alfatihah untuk polis yang terkorban

    ReplyDelete
  5. hang pun pencen leding sedo le sikit...sekurangnya dia mati syahid...

    ReplyDelete
  6. TErkorban ketika mempertahankan negara ....semoga Allah membalaskan kebaikan mereka...wahai anak muda jangan lah mati ketika merempit,ketika minum arak,ketika di atas perut pelacur,ketika melawan syariat Allah...ketika menari gang nam style...dan pesana untuk yang tua tua pulak jaangan mati dalam keadaan isteri terjojol rambutnya.....

    ReplyDelete
  7. Bodoh betul lah penulis blog ni...pekak ke apa ke...PM cakap bukan kenaikan pangkat je dan ada insentif2 lain yang akan diumum kemudian...banggang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Halo Anony... Aku mengaku,, aku memang bodoh,,, yang aku tulis dan pertikai ialah kenaikan pangkat,,, kenapa tak boleh bagi pangkat yang lebih tertinggi,,, kalo ko nak bela Najib silakan,,, tapi aku harap ko faham apa maksud aku tu.. ada faham tambiii....

      Delete
  8. BESUT — Balu Zulkifli Mamat, pegawai polis yang terkorban dalam insiden pertempuran di Lahad Datu Jumaat lepas, bersyukur apabila Allahyarham suaminya dinaikkan pangkat kepada ASP seperti diumum Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semalam sebagai tanda penghargaan buat perwira negara.

    Noraziah Nor, 29, berkata, pengumuman perdana menteri itu nyata satu kenangan manis dan sedikit melegakan buat beliau dalam membesarkan anak-anaknya setelah suaminya dari unit Komando VAT 69 terkorban dalam kejadian di Kampung Tanduo, Sabah.

    "Saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada kerajaan kerana mengambil berat tentang saya dan anak-anak yang kini terpaksa meneruskan hidup tanpa suami tempat bergantung,” katanya ketika ditemui di rumah ibu mertuanya di Kampung Kubang Ikan dekat sini hari ini.

    Noraziah, seorang guru pelatih yang sedang menjalani latihan praktikal di SMK Tanjung Rambutan, turut terhutang budi dengan semua pihak termasuk Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) yang telah membantu dalam menguruskan jenazah suaminya dari Lahad Datu hingga tiba di Besut untuk dikebumikan semalam.

    Beliau berkata, dengan ketiadaan suaminya sekarang, kemungkinan beliau akan memohon bertukar ke negeri asalnya, Perlis, sebaik tamat menjalani latihan praktikal.

    "Dengan kemampuan yang tidak seperti dahulu, saya mungkin terpaksa menjual rumah kami di Bandar Baru Putra di Ipoh sebelum berpindah balik ke Perlis nanti,” katanya yang turut ditemani ibunya, Khalipah Mohamed Isa, 54 serta dua anaknya, Nur Aqma Amiruddin Zulkifli, 5 dan Nur Muhamad Akil, satu tahun.

    Mengenai isu di Sabah, Noraziah berharap kerajaan dapat mengatasinya dengan baik bagi mengelakkan kematian di kalangan polis atau pun tentera.

    "Sebagai isteri yang kematian seorang suami ketika bertugas mempertahankan kedaulatan negara, saya yakin kerajaan mampu dan berkebolehan menyelesaikannya,” katanya.— BERNAMA


    Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0303&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_13.htm#ixzz2MUKEaAOV
    Hakcipta terpelihara

    ReplyDelete
  9. Kalau kat Indonesia mati ketika bertugas dapat gaji dan elaun penuh selama dua tahun, dan kenaikan pangkat satu tangga. Orang mati terkejut ni lagi lagi camni kena lah support cian kat keluarga dia orang

    ReplyDelete
  10. Semua benda MM nak komplen...

    ReplyDelete
  11. Kalau kau org dah bagus sgt....pergi berperang d lahad datu.......ini cakap byk pula.......mcm duit bapa kau org punya

    ReplyDelete
  12. kurang ajar punya blog. xde otak.

    ReplyDelete