Pages

Monday, March 11, 2013

Kroni Syed Hamid Albar terlibat dengan skandal sex?

Apa dah jadi dengan pentadbiran Najib wei,, satu persatu kisah pentadbirannya di londehkan oleh kaum penyokong umno sendiri...




Dalam 'kesibukan' kita dengan isu Lahad Datu, lanun-lanun Sulu, Anwar Ibrahim, Tian Chua, Nurul Izzah dan tidak ketinggalan juga, 'orang besar' PKR yang baru, Azlan Mohd Lazim yang merupakan bapa kandung Saiful Bukhari, mangsa liwat Anwar Ibrahim yang telah mengabaikan anak lelakinya berpuluh tahun kecuali apabila mendapat tahu, peluang untuk buat duit sedang terbuka luas, tiba-tiba pula ada kisah lain yang lebih menarik membabitkan PENJAWAT AWAM.

Tengah hari tadi, Perdana Menteri telah memberikan ucapan panjang lebar, menjanjikan pelbagai kebaikan dan manfaat buat kakitangan awam, bahkan memberi jaminan, Kerajaan Barisan Nasional tidak akan mengecilkan jumlah anggota kakitangan awam, sekalipun Pakatan Rakyat berhasrat untuk mengurangkan sehingga 75% daripada jumlah kakitangan awam sedia ada.

Alih-alih, terpecah pula cerita tentang GANGGUAN SEKSUAL membabitkan enam orang pekerja yang telah mengadu kepada PENGERUSI SPAD, SYED HAMID ALBAR dan Ketua CEO SPAD, Mohd Nur Ismal Mohamed Kamal tetapi aduan mereka langsung tidak dipedulikan dan dihiraukan.

Ramai yang mengetahui kes berkenaan, hairan mengapa pihak atasan SPAD langsung tidak mengambil tindakan terhadap pegawai tinggi yang didakwa telah melakukan gangguan seksual terhadap keenam-enam wanita berkenaan. 

Lelaki yang dituduh itu pula hanya berkelulusan SPM tetapi dikatakan telah dilantik menerusi KABEL dengan SYED HAMID ALBAR dan turut diberitahu bahawa dia akan memegang jawatan selaku Ketua Jabatan Komunikasi di SPAD.

Seperti kata Perdana Menteri, zaman Kerajaan atau agensi Kerajaan serba tahu sudah berlalu. Bahkan zaman di mana banyak kes yang dianggap boleh disembunyikan di bawah karpet, sekarang ini sangat mudah terbarai. Zaman di mana dinding dan lantai juga boleh bercakap, seharusnya dihadami oleh penjawat-penjawat awam agar mereka tidak menyalahgunakan kuasa atau menyeleweng.

Kakitangan-kakitangan dan pegawai-pegawai kerajaan yang sebeginilah yang banyak memberikan imej buruk kepada kerajaan. Dan anehnya, kebanyakan yang berkelakuan huduh itu pula, apabila terdedah akan serta-merta menyatakan sokongan mereka kepada Pakatan Rakyat dan mendedahkan apa-apa sahaja yang mereka katakan sebagai penyelewengan dan salah guna kuasa di dalam pentadbiran kerajaan.

Walhal yang menyeleweng dan menyalahgunakan kuasa adalah mereka sendiri. Ia samalah seperti empat orang bekas pegawai tertinggi Angkatan Tentera Malaysia yang berpaling menghadap dan menjilat Anwar Ibrahim setelah bersara, dinasihatkan bersara, dipaksa bersara mahupun yang dilucutkan pangkat dan tauliah kerana salahguna kuasa, rasuah serta menyeleweng.

Adalah difahamkan perangai huduh lelaki berkenaan yang kelihatan seperti dilindungi oleh PENGERUSI dan CEO SPAD sudah pun diadukan kepada Perdana Menteri Malaysia.

Nampaknya, sekali lagi Perdana Menteri Malaysia perlu berhadapan dengan kakitangan dan pegawai-pegawai kerajaan yang tidak boleh diharap. Dan sekali lagi imej buruk akan dipalitkan kepada UMNO dan Barisan Nasional, sekalipun yang buat perangai buruk sebegitu rupa adalah penyokong Pakatan Rakyat yang diambil bekerja dalam perkhidmatan kerajaan.

Sumber : Link

3 comments:

  1. Macam mana pegawai kerajaan tidak berperangai burok.Bapak borek anak tentulah rintik. Baik sangat kah perangai PM Najib !!!

    ReplyDelete
  2. kalau dh mmg berhak jadi warga apasalah nya?
    kerana kisah putar belit pasal warga asing dpt Ic ni kerja org anwar, sb nak buang sabah dan kacau sabah pemberi 24 kerusi parlimen , tu semua org tau
    mereka di gelar warga asing ada lah kerana tidK ADA IC. KERANA TIDAK MINTA NAK DAFTAR
    DI SABAH BUKAN MCM DI KL ATAU MANJONG.

    ADA YG SUDAH 3 KETURUNAN TP TAK ADA IC.

    TUN DATU MUSTAPHA PERNAH UNGKIT HAL INI KERANA ORG ISLAM DUDUK DI PESISR PANTAI TK MINAT PI PEKAN BUAT IC. WALAU PUN DEPA LAGI LAMA DARI CINA DAP YG DTG DARI SEMENANJUNG BUKAK BNYK BNYK GEREJA.

    SELAIN ITU KEMISKINAN MEMBUAT DEPA TAK BUAT IC KERANA MALAS.

    ANWAR AMBIK KESEMPATAN PUTAR CERITA KONON SEOLAH OLAH PENDATANG BARU DTG SEMALAM DAPAT IC.NAK KASI ORG MARAH.

    TENTANG ORG INDON KE ORG PAKISTAN DAPAT IC TU MUNGKIN KERJA ORG PAS KE PKR KE YG KERJA DGN JABATAN KERAJAAN MEREKA MMG KUAT RASUAH.

    PADA RCI PUN KITA BOLEH TAHU INDIVIDU INI YG BUAT DUIT DGN SINDIKET.

    12 ORG YG DI TAHAN ITU LA PEMBELOT.

    MAHATHIR HANYA SURUH YG LAYAK DI BERI IC MEMANDANG KAN ORG ORG ITU SUDAH ADA YG 300 TAHUN DI SITU KETURUNAN NYA TAK BUAT IC.

    MCM ORG ASLI YG DH LAMA DLM HUTAN TAPI TK BUIAT IC.

    TU SBB MAHATHIR HARUS DI UCAP KAN TERIMA KASIH KERANA PERIHATIN ORG ISLAM YG DAH LAMA KETURUNAN NYA DI SITU TK BUAT IC SEDANG CINA DAP , TUAN KDP ORG MELAYU PAKATAN BARU DTG DAH BESAR KEPALA..

    HARAP MAKOLUM DGN PEMBOHONGAN ANWRA.

    KALAU DAH ADA IC NAK UNDI SAPE KE SOKONG SAPE KE KERAJAAN TAK ADA HAK, INI NEGARA DEMOKRASI.
    HARAP MAKLUM

    ReplyDelete
  3. kalau ada org merogol dan main bunut kambing di kelantan, salah nik ajis ke?

    ReplyDelete