Pages

Saturday, March 9, 2013

Lahad Datu - Bala untuk Najib dan Umno, rakyat jadi mangsa.

Ha ha ambik ko.. kali ini lagi panas... bukan aku yang kata tau... tajuk ni penulisnya ada  pro umno juga, tetapi dia dia ada pendirian, tak sokong umno membabi buta macam pencacai umno lain..


Pemerintah Ditimpa Bala Rakyat Kena Sama


A Kadir Jasin

KRISIS pencerobohan ke atas Sabah oleh pengikut bersenjata sultan isytihar sendiri (self-proclaimedJamalul Kiram III dari Sulu, Filipina, masih belum selesai.

Kita terus berdoa agar masalah itu selesai segera dan tidak akan berulang lagi. Selepas ini, minta pemerintah keluarkan Kertas Putih mengenainya. Rakyat berhak mendapat penjelasan terperinci dan benar.

Kita ucap takziah kepada keluarga perajurit dan perwira kita yang gugur dan cedera. Kita berdoa mati mereka tidak sia-sia.

Dan kita yang tinggal dan selamat kerana perlindungan mereka hendaklah berfikir, mencari jawapan dan mengambil iktibar daripada kejadian itu.

Manalah tahu, boleh jadi ini amaran, bala dan balasan Tuhan terhadap benda-banda salah yang kita lakukan dan terhadap kealpaan kita.

Pada zaman pentadbiran (Tun) Abdullah Ahmad Badawi, saya bercakap dengan seorang bekas aktivis politik bahagian yang bertukar menjadi penerima kontrak raksasa kerajaan.

Saya katakan kepada beliau, kalau Allah Taala turunkan bala ke atas seorang pemimpin, semua orang di bawah naungannya akan turut ditimpa bala.

Antara Ubat Cacing dan Tangkal Azimat

Bagi orang Islam, tauhidnya adalah kepada Allah dan RasulNya. Kita boleh yakin dengan ubat cacing ramu (cacing kerawit) yang Loman atau Abdul Rahman jual, tetapi kita wajib percaya bahawa akhirnya Allah Taala yang menentukan kemujarabannya. Keupayaan kita hanyalah berusaha keras dan berdoa.

Tetapi seseorang Islam tidak boleh percaya kepada tangkal azimat yang dijual oleh seorang penjual ubat India yang seangkatan dengan Loman. Dia kerap berkongsi lokasi penjajaan di pekan sehari dengan Loman.

Saya kurang pasti namanya, tapi kalau tidak silap ada orang panggil dia Babu atau Babuji. Tapi kita hanya kenal dia sebagai India tangkal. Saya kurang pasti agamnya, tapi rasanya bukan Islam.

Babu atau Baboo, dalam kegunaan di India, adalah gelaran atau panggilan hormat kepada seorang lelaki. Kadang-kadang di hujungnya ditambah “ji” yang jaga panggilan hormat.


 Wanita mandi air suci di Sungai Ganges, India
Babuji menjual tangkal azimat. Kata Babuji, sesiapa saja yang memakai tangkal buatannya akan jadi kuat, kebal dan digeruni.

Kelentong niaga (sales gimmick) Babuji ialah dengan menyuruh budak lelaki pembantunya masuk ke dalam selimut dengan memakai tangkal azimat Babuji. Babuji berlakon memengkal leher budak itu dengan pedang.

Dia kemudian memanggil nama budak itu. Apabila budak itu menyahut, dia bertanya: “Apa fasal tara putus?” Budak itu menjawab: “Tangkal!”

Maka berduyunlah Melayu yang mudah percaya kepada benda-benda ghaib, karut dan khurafat membeli dan memakai tangkal azimat Babuji itu.

Babuji Merentasi Zaman

Masa berlalu, tetapi zaman tidak semestinya berubah. Babuji boleh jadi sudah mati atau bersara, tetapi tangkal azimat, serapah-jampi dan air mantram masih ada kerana ada lagi orang yang percaya kepada sihir dan buat-buatan.

Seorang kawan Hindu saya di Brickfields memberitahu, mantram (atau mandram), mengikut amalan biasa, adalah serapah-jampi dan “ilmu” atau dalam bahasa Sanskrit disebut mantra atau dimelayukan menjadi mantera.

Katanya ada orang Hindu yang membuat mandram di atas kubur, di tepi busut atau di bawah pokok besar untuk meminta bermacam-macam benda.

Air mantram adalah air jampi agama Hindu. Kalau bagi orang Islam, air yang paling suci dan dihargai adalah air dari telaga Zam Zam di Makkah. Bagi orang Hindu mereka percaya kepada air mantram.

Orang Kristian pula mereka ada “holy water” iaitu air yang dijampi oleh paderi. Dalam sembahyang berjemaah orang Kristian, paderi akan menyuapkan biskut yang dicelup dalam “holy water” kepada jemaah.

Seorang bekas menteri Melayu memberitahu seorang wartawan Cina sebuah akhbar berbahasa Inggeris baru-baru ini yang ramai orang politik, tak kira parti, agama dan bangsa serta tanggungan mereka guna bomoh.

Cerita klasik dan tragik hubungan bomoh dengan orang politik ialah pembunuhan Ahli Dewan Undangan Pahang, Mazlan Idris, oleh bomoh kepercayaannya, Maznah Ismail aka Mona Fendy, pada tahun 1993.

 Mona Fendy bomoh seksi kepercayaan Mazlan

Saya kenal baik Mazlan kerana beliau kerap datang ke pejabat saya di New Straits Times manakala Mona Fendey pula pernah dipromosikan oleh Berita Harian, akhbar yang pernah saya pimpin, apabila dia mengeluarkan album sulungnya.

Jadi, berwaspadalah jangan kerana serapah-jampi, mantera-mantram, kemenyan dan patung, tangkal azimat dan batu ajaib akidah terpesong, benda khurafat menjadi adat.

Bagi orang Islam, jumpa tok guru boleh. Tapi kalau tok guru silat, berjaga-jagalah sikit. Hatta tok guru agama pun kena tengok juga. Bukan semua dalam ilmu agama dan bukan semua berjuang kerana Allah semata-mata. Tok Kiai lagilah. Banyak di antara mereka yang lebih berunsur mistik daripada berlandaskan Islam. Wallahualam.

2 comments:

  1. dalam mimpi belum jelas baru samar samar harap bersabar

    ReplyDelete
  2. Nak perbetul sikit kenyataan Kadir Jasin berkait air suci dalam Islam. Air zam-zam bukan air suci dalam konteks keagamaan.Ia hanyalah air biasa kurniaan Allah kepada umatnya dan diyakini mempunyai pelbagai khasiat. Jika kita melangkahnya, tidak berdosa kerana letaknya di bawah kaki para jemaah haji/umrah di Masjidi Haram, Makah.

    -LAPOMPOPO -

    ReplyDelete