Pages

Monday, April 8, 2013

Kah, Kah, Kah, Najib..Najib,...Sila Ambik Cermin pandang lu punya muka.

Alahai Najib,, tolonglah... ambik cermin lu lihat lu punya muka,,  lihat ada tahi lalat macam Shahrizat atau tidak...





Najib : Anwar Tidak Layak Jadi PM

E-mailPrint
alt
KUALA LUMPUR 7 April - Imej serta trek rekod Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim jelas menunjukkan beliau tidak layak menjadi Perdana Menteri  tambahan ramai pihak kini sudah hilang kepercayaan kepada beliau.

Menurut Pengerusi Barisan Nasional Datuk Seri Najib Tun Razak, seramai 32 rakan seperjuangan beliau pada awal penubuhan Parti Keadilan Rakyat (PKR) bertindak keluar parti.

"Mereka (rakyat) tidak yakin dengan Pembangkang. Ketua Pembangkang telah kehilangan ramai rakan-rakan yang dekat dengannnya."

"Yang terbaru Dr Sidiq Baba... Dr Sidiq Baba kata dia sudah hilang kepercayaan. Anwar Ibrahim tak layak menjadi perdana menteri," katanya ketika membentangkan Manifesto Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) Barisan Nasional di Stadium Putra Bukit Jalil, malam tadi.

Najib yang berucap dihadapan lebih 30 000 hadirin berkata, kepercayaan rakyat kini tertumpu kepada BN yang jelas membantu rakyat dalam pelbagai aspek.

"Saya percaya kalau kita (BN) tanya kepada rakyat, berdasarkan daripada trek rekod kita, mereka lebih yakin dan percaya kepada Barisan Nasional," katanya.

Tambah beliau lagi, Anwar yang dahulunya mendakwa pernah bersama kerajaan dan menhadapi 'pahit jerih' pada waktu itu tidak timbul kerana persolan sebenar adalah apa yang dilakukan beliau ketika berkhidmat dalam kerajaan.
"Apa dia buat? Bila krisis kewangan berlaku apa dia buat? Itu kita semua tahu apa dia buat. Sebenarnya dia tak buat apa. Dia nak serah sahaja  kepada IMF (Tabung Kewangan Antarabangsa) (untuk diselesaikan)."

"Kalau macam itu senang sahaja. Tuan-tuan pun boleh jadi Menteri Kewangan. Bila ada Problem (masalah) serah kepada orang lain selesaikan," ujarnya.

Najib dalam pada itu turut menegaskan, prisnsip utama dalam sesebuah organisasi adalah kesetiaan kepada pemimpin.

"Saya telah berkhidmat dibawah tiga Perdana Menteri. Dan saya setia kepada setiap Perdana Menteri. Anwar Ibrahim, setia ke tidak?, " katanya lagi.

Sidek Baba jadi rujukan,,apa barang,,, ikutlah contoh Presiden Amerika Barrack Obama,, berdebat dengan calon yang menentangnya,,, buka bercakap sorang-sorang... itu tak ada telur,, kenapa ya tak ada,, Rosmah dah simpan kut...,

3 comments:

  1. Najis kata berdebat bukanlah budaya BN/UNMO sebaliknya budaya BN/UMNO ialah rasuah,seks,kroni letup orang dengan C4 dan salahguna kuasa. Masanya dah tiba untuk kita ajar puak-puak neh biar mereka rasakan hasil dari perbuatan tangan2 mereka sendiri dan andainya kita tewas biarlah secara bermaruah

    ReplyDelete
  2. Sidik Baba....ini orang pandai cari makan.

    ReplyDelete
  3. track record dah obsolete....dah tak leh guna..simpan dlm store pun,klu dah sampai masa masuk shredder jer...

    ReplyDelete