Pages

Saturday, April 6, 2013

Komen Pak Ali - PRU 13 , BN menang yang kalah adalah Rakyat, bukan PR.

Satu komen yang mencuit perasaan aku membacanya... aku cilok dari blog umnoreform...


Kenapa komen di atas boleh keluar...

PRU 13 - ada kata BN menangPDFPrintE-mail
Written by Webmaster   
THURSDAY, 04 APRIL 2013

CATATAN ANUAR MOHD NOR : Akhirnya parlimen dibubarkan pada 3hb April 2013. Pilihan raya ke 13 akan diadakan. Hari ini bermula episod baru dalam mengirakan sejauh mana sokongan rakyat terhadap kempen yang dijalankan sebelum ini. Ini juga akan mengukur sejauh mana rakyat menerima segala usaha kerajaan yang memerintah sebelum ini – sama ada berkesan atau tidak. Rakyat akan memilih dan pilihan rakyat sebenarnya menyerahkan kuasa, atau lebih tepat lagi menyerahkan – suatu amanah untuk mereka yang dipilih berkhidmat untuk rakyat.
Mulai saat ini kita kan lihat kempen berterusan – yang mencabar kerajaan untuk mendapatkan kuasa dengan mereka yang mempertahankan kuasa. Semua lepas ini terpulang kepada rakyat. Rakyat yang akan memilih – siapa yang difikirkan layak untuk menerima amanah tersebut dan menolak siapa sahaja yang akan mendatangkan kerosakan pada sistem yang ada. Maka hari ini – gergasi dalam dua parti akan menghulurkan wakil-wakil mereka untuk dipilih sebagai pemimpin yang akan memimpin rakyat. Kempen dijangka hebat – masing-masing akan bertembung dengan merekalah yang terapat dengan rakyat.
Kalau kami di www.umno-reform2.com MENGATAKAN BAHAWA BARISAN NASIONAL yang akan menang dan terus diberi mandat oleh rakyat untuk mentadbir negara. Apa kata kalau kita katakan PAKATAN RAKYAT AKAN TEWAS TERUK KALI INI, apa kata kelian.
Maka tercatitlah Komen Pak Ali...

Aku tak hairan jika BN menang sekalipun. Seperti biasa, bagi aku kita tak perlu hairan kerana selama BN berkuasa mereka telah berjaya membina masyarakat yang tidak matang dan faham politik yang sihat dan sebenar.

Bacalah komen2 penyokong BN di internet dan kita akan masih membaca ayat seperti "mana boleh lawan kerajaan", "tak kenang jasa kerajaan", "pembangkang pengkhianat negara"..dan lain-lain ayat yang jelas menunjukkan kita betapa dangkalnya pemikiran sebahagian rakyat yang 'berjaya' dibentuk oleh BN. Dan itu adalah mereka yang boleh berkomputer, bayangkan pula orang kampung yang buta komputer. berapakah peratusan yang faham politik dengan matang dan tidak? menggusarkan bukan?

Dan rakyat yang tidak faham politik ini sangat mudah diikat hidung hanya dengan suapan kebendaan. Itulah cara umno berkuasa dari dulu.

Sebagai orang tak berparti, sekali lagi aku katakan aku tak heiran. Aku mahu perubahan bukan untuk tukar BN kpd PR. Aku mahu perubahan supaya rakyat dapat belajar banyak benda berkaitan politik bila berlaku perubahan. Pelajaran yang tak dapat diajar oleh sesiapa dan mereka boleh belajar sendiri bila berlaku perubahan. Antaranya mereka akan tahu sendiri dakwaan BN selama ini seperti kekacauan, hak melayu hilang dll semuanya karut. Orang yang tersedar sendiri lebih baik daripada disedarkan.

Maka jika BN menang lagi, ianya bukanlah kekalahan PR. Ia lebih kepada kekalahan rakyat, kerugian kepada rakyat. Rakyat rugi untuk menikmati erti perubahan. Rakyat rugi peluang untuk merasai perubahan. Semuanya kerana mereka tanpa sedar dibentuk sedemikian rupa oleh pemerintah umno bn selama ini.

Kemenangan BN adalah malang bagi rakyat. Dan untuk PR, jika kalah kali ini, bubarkanlah pembangkang. Tiada gunanya berpolitik jika anda tidak dihargai. Hanya dibiarkan hidup untuk dikatakan orang negara demokrasi. Tapi anda dibuli dan dibodohkan seperti rakyat lain dibodohkan juga.

Dan kita lihat seterusnya apa akan jadi jika tiada pembangkang di negara ini. Biar rakyat belajar disebalik kekalahan dan ketiadaan pembangkang pula.

Pak Ali


Moral komen ini, memang ada kebenarannya, aku setuju, namun apa sekali pun, perjuangan rakyat menentang kemungkaran umno mesti diteruskan...doa dan restu dari Allah sama-sama kita mohon dan doa, demi masa depan generasi anak cucu kita yang akan datang...


28 comments:

  1. Kalau pakatan memerintah akan huru haralah negara, bukan kerana apa, tengok sendirilah dalam parti memasing, dlm parti sendiri pun huru hara. Ada hati nak memerintah negara.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau dah hu hara tak boleh ler menteri nk bela lembu..

      Delete
    2. Sila BELAJAR dari SEJARAH

      1969 Riot - UMNO's Divertion Tactic nak lepas singapork dari Malaya

      1982 Riot senyap sabah - tektik nak rampas kerajaan negeri Sabah

      Al Maunah 2000 - UMNO's Divertion Taktic to gather people's support selepas kes Anwar.....

      2008 Rampasan Perak - Guna Huru Hara Utk Tumbangkan Kerajaan PR Perak

      Lahad Datu Sabah 1313 - UMNO's Divertion Tactic....... PRU on the way.......

      Delete
    3. Mamat ni bkn tau hal politik pun tp cuma nk masuk campur je utk menunjuk kn dia ambil berat hal politik negara.Maksud politik dn demokrasi pun bkn dia faham.Percaya atau tidak org2 sprti ini kalau ada semasa penjajahan Inggeris akn terus menyokong Inggeris,krn bg dia Inggeris ada lh kerajaan yg terbaik.Bkn dia tau utk mengguna kn akal ny utk berfikir!

      Delete
    4. Sedarlah kita orang MELAYU, walau apapun fahaman kita, sekarang ni kita kena bersatu.. jangan bertelagah sesama sendiri. Kelak diketawakan oleh bangsa asing. Sedarlah.. dalam PRU 13 kejutan telah berlaku.. orang cina telah bersatu di bawah payung DAP. Lepas ni mereka akan bersatu dan membuat tuntutan yang sudah tentu akan merugikan orang MELAYU. Bersatulah pemimpin Melayu... HIDUP MELAYU... TAK KAN HILANG MELAYU DI DUNIA.

      Delete
    5. Berpegang kepada Tali Allah (Al Quraan)

      واَعْتصِمُواْ بِحَبْلِ الله جَمِيْعًا وَلاَ تَفَـرَّقوُا وَاذْ كـُرُو نِعْمَتَ الله عَلَيْكُمْ إٍذْكُنْتُمْ أَعْـدَاءً فَأَلَّفَ بَيْنَ قُلـُوبِكُمْ فَأَصْبَحْتُمْ بِنِعْمَتِهِ إِخْوَاناً وَكُنْتُمْ عَلىَ شَفاَ خُـفْرَةٍ مِنَ النَّاِر فَأَنْقـَدَكُمْ مِنْهَا كَذَالِكَ يُبَبِّنُ اللهُ لَكُمْ اَيَاتِهِ لَعَلـَّكُمْ تَهْـتَدُونَ ’{ال عـمران 103}

      Artinya :
      “Dan berpegang teguhlah kamu sekalian dengan tali Allah dan janganlah kamu sekalian berpecah belah, dan ingatlah nikmat Allah atas kamu semua ketika kamu bermusuh-musuhan maka Dia (Allah) menjinakkan antara hati-hati kamu maka kamu menjadi bersaudara sedangkan kamu diatas tepi jurang api neraka, maka Allah mendamaikan antara hati kamu. Demikianlah Allah menjelaskan ayat ayatnya agar kamu mendapat petunjuk”

      (Q.S. Ali Imron ayat 103)

      Nik Aziz dah cakap PAS akan dibubarkan sekiranya UMNO amik Al-Quraan sebagai panduan. Kalau nak bersatu pasal Melayu dan tidak amik Al-Quraan sebagai panduan, aku pun x setuju. Akhirat adalah segalanya bg kami orang PAS.


      Delete
    6. Bro Anonymou May 6, 2013 at 9:33 PM...

      PRU tahun 1990 orang Melayu dah bersatu nak tumbangkan Dr. M...

      Ramai menteri dan timbalan menteri umno dah tumbang...

      Tapi BN masih menang...

      Kerana sokongan padu pengundi Cina dan India...

      Apa Dr. M bagi kat Melayu masa tu untuk kembalikan sokongan orang Melayu...

      Tiada apa kecuali Dr. M bagi Pak Lah jadi PM sahaja...

      Orang Melayu pun bergumbira bersatu hati sokong Pak Lah pada PRU tahun 2004...

      Sampaikan Kerajaan PAS Terengganu tumbang, Kerajaan PAS Kelantan pulak nyaris tumbang...

      Berbeza dengan pengundi Cina bersatu...

      DS Najib bagi macam-macam bantuan kepada sekolah-sekolah Cina...

      Kalau tak sempat datang bagi sendiri hantar cek saja pun ada...

      Macam lah sekolah-sekolah Cina yang dibantu tadi tu daif le sangat...

      Sekolah-sekolah Melayu dapat apa?

      Takkan la sekolah Abdullah Saamah je yang dapat...

      Gamaknya sekolah-sekolah lain dah kaya-raya tak perlu bantuan...

      Tapi bila mengundi majoriti pengundi Cina pilih siapa?

      Delete
    7. inilah otak melayu yang telah ditarbiyah oleh umnogok

      Delete
    8. Saya pun setuju, pas dan umno perlu bersatu demi Islam dan orang Melayu, pemimpin Pas dan Umno perlu berbincang mencari persetujuan bersama dan tidak bertelagah sesama Islam dan sesama Melayu.

      Delete
  2. huru-hara? kelantan, selangor, p.pinang & kedah... ok jer..... selangor siap bg air free lg....

    ReplyDelete
  3. Yang huru hara parti yang tak biasa kalah . . yang dah biasa kalah tak penah pun nak buat huru hara . .

    ReplyDelete
  4. bn hantar sms mengatakan akan memberi air percuma di selangor jika bn perintah semula selangor. dulu pr bagi air percuma negeri boleh bankrap sekarang cedok balik manifesto pr 2008 ke? sekarang bn nak bagi x bankrap plak.. jilat ludah sendiri balik la diorang nie..

    ReplyDelete
  5. cantik sekali komen yg dibuat Pak Ali. Aku ni orang kampong yang dah tua, dan baru nak berjinak2 dengan komputer. Tapi Alhamdulillah, anak2 yang dah besar sempat menyedarkan aku apa yang kerajaan BN dah buat selama ini (untuk rakyat konon.) Tolong lah jangan kelentong kami lagi.
    Untuk penyokong karat UMNO/BN, cubalah fikir2kan kenapa pemimpin2 UMNO/BN bermati2an nak mempertahankan tampuk kuasa mereka kalau tidak kerana nak menjaga kepentingan peribadi mereka selain tidak mau segala salah laku mereka selama ini akan terbongkar andai kata Pakatan Rakyat pula memerintah. Akan pecahlah segala amalan rasuah, salah guna kuasa dan sebagainya.
    Apa yang kita perlu lakukan cuba beri peluang kepada PR untuk mentadbir negara untuk satu penggal. dan kalau benar mereka akan menjahanamkan negara kita tukar lah pada pilihan raya yang akan datang.
    Darisitu kita akan bolih membezakan siapa yang bercakap benar selama ini. Kita dah ditadbir olih BN selama 55tahun. Bagi pulak pada Pr untuk 5 tahun.
    Cuba lihat di mAmerica atau England, sistem 2 parti yang di praktikkan amat berkesan. Kalau tak puas hati, mereka tukar kerajaan. Negara tak huruhara pun. Melainkan bertambah baik lagi untuk rakyat. SEDARLAH RAKYAT MALAYSIA YANG TERCINMTA.

    ReplyDelete
  6. Hello manjung mari.....jangan cakap banyak....Tunggu laaa 5 May 2013.
    kita tengok sape kena.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena apa...

      Kena tipu ya...

      Kah kah kah.

      Delete
  7. whatever, sistem selain islam pasti akan gagal.keadilan selain keadilan islam pasti akan gagal.pastiiiiiii..walu cntik cmne pun ia pasti akan gagal jga.

    ReplyDelete
  8. saya sebagai rakyat malaysia memang mengharapkan sebuah negara yang menjamin keamanan dan kesejahteraan. bila kita melihat keadaan negara kita masa kini, kita sudah jauh tersasar dari perjuangan untuk mengekalkan keamanan. UMNO dan BN yang diharapkan menjamin masa depan dilihat semakin goyah... isu isu yang diutarakan seperti isu seks anuar, mustapa ali, sama sekali tidak menarik minat untuk menyokong BN/UmNO. Najib dan sekutunya sendiri dilingkari isu seperti rasuah, Altantuya, lembu dan yang paling menyedihkan masyarakat bumi sarawak ialah Isu taib Mahmud dan keluarganya yang telah lama meratah hasil bumi sarawak. sehinggakan mereka sanggup mengatakan orang sarawak merupakan golongan setinggan di bumi sendiri..sungguh menyedihkan. Perkara ini seudah lama dipersoalkan namun siapalah mereka yang dapat menembus kekebalan Taib dan keluarganya. Isu2 sebegini lebih dasyat berbanding isu liwat anuar dan seks mustafa ali. ini lah yang menjadikan saya hilang kepercayaan terhadap kerajaan bn dan umno kerana kita sebenarnya di bunuh dengan senyap dan secara halus. fikirkan lah. semoga Allah yang memberi petunjuk bagi kita sipa yang layak untuk memimpin kita. renungkanlah...

    ReplyDelete
  9. Tak kiralah apa fahaman anda sekalipun, keputusan pru 13 dah menjelaskan betapa wujudnya perpecahan yang amat membimbangkan antara orang melayu.... kita lihat sekarang orang cina dah mula bersatu di bawah payung dap dan sudah pasti selepas ini mereka akan buat pelbagai tuntutan yang akan merugikan orang melayu.. marilah saudara saudaraku kita bersatu.. lupakanlah fahaman yang selama ini memisahkan kita.. bersatulah demi kepentingan, keutuhan dan kesepaduan orang melayu... HIDUP MELAYU... TAK KAN MELAYU HILANG DI DUNIA.

    ReplyDelete
    Replies
    1. jangan jadi bodoh lah sedara.. secara zahir DAP bertanding lawan MCA.. Kalau DAP kalah yg menang nya MCA.. MCA tu apa? Melayu ke? Dalam kempen pilihanraya PRU13 MCA banyak HINA ISLAM secara terang - terang rujuk ceramah diaorg n iklan dlm The Star.. Tetapi disebabkan yg MCA tu HINA ISLAM tetapi TAK HINA MELAYU so org2 UMNO x buat apa2. Macam kau ckp melayu tak hilang tetapi yg hilang nya Islam

      PRU13 banyak kerusi bandar / sub bandar majoriti org melayu Islam yg PAS n PKR menang.. nk contoh? tengok Selangor PAS/PKR tambah PAya Jaras, Sri Serdang, Tmn Templer, Dusun Tua, Morib, Tanjung Sepat malah Sabak nun di utara Selangor pun menang..

      Kesimpulan PRU 13 bukan undi Cina lawan Melayu.. Tetapi undi org2 bandar/sub bandar lawan org kampung..

      Delete
    2. Sekarang bukan kata nak membodoh-bodohkan orang. Orang Islam yang sebenar-benarnya Islam tidak akan menjatuhkan maruah orang dengan berkata bodoh. Kita mesti berfikir secara rasional dengan sentiasa berfikiran waras. Jadilah warga yang berfikiran kelas pertama, jangan jadi seperti pemikiran orang dunia ketiga.

      Delete
  10. lol...melayu jer kalah..umno kalah,pkr kalah n pas pun kalah..cina jer yg menang

    ReplyDelete
  11. Apalah pemikiran org pembangkang kalau rakyat pilih bn kata macam macamlah. Tak profesional langsung.termasukkalh org tua tadi.memanglah sebagai manusia pemimpin dlm bn bukan maksum.korang bercakap tak pakai akal.nak kuburkan umno sebenarnya.sebenarnya cemburu dgn kejayaan umno membangunkan malaysia.dan niat sebenar pemimpin pr sebenarnya bukam untul membela rakyat.hanya nak bela anwar.kalau anwar jadi pm maka bersihla namanya dari masalah morsl.kononnya.tapi hakikatnya kedamaian kemajuan yg ada pd kita dan negara kita adalah dari tangan pemimpin bn.hakikat.

    .

    ReplyDelete
    Replies
    1. KALAU TAK FAHAM APA ERTI KEADILAN DAN AMANAH BAHALOL JANGAN NAK MENYAMPUK. BELAJAR SIKIT TENTANG ISLAM. KEDAMAIAN DN KEMAJUAN YG KAU KATA HASIL TANGAN PEMIMPIN BN TU HANYA 10% SAJE YANG AKU SETUJU. DULU AKU KETUA PEMUDA UMNO KAT KAMPONG AKU SEBELUM LEPAS MAKTAB. BILA KERJA AKU BELAH. RATA-RATA ORG UMNO FIKIRKAN KEMEWAHAN HIDUP DIRI MEREKA. MEMANG BERJUANG UNTUK BANGSA, TETAPI BANYAK YG DIPERJUANGKAN ADALAH MENIPU BANGSA. TENGOK TV SEKARANG. APA YG KELUAR BUKAN MENIPU BANGSA SENDIRI? FIKIR FIKIRLAH

      Delete
    2. buat TV sendiri laa, Lepas cakap sendiri baru betui.

      Delete
    3. saya nak komen kepada ayat yang terakhir untuk kebaikan ummah islam kerana ayat tersebut menampak kekecewaan dalam perjuangan. bagaimana yang dinyata ustaz fhazil almarhom kita bukan kalah tetapi belum menang lagi kita perlu mengambil iktibar dari kekalahan bagaimana mana syaidina omar apabila kekalahan yang dialami ia akan memeriksa barisan tentera beliau apakah keselahan yang telah dlalukan. marilah kita sama merapat saf maju kehadapan dengan kejahilan umno supaya kita menchapai kemenangan atau ddjemput oleh Allah dengan kemenangan Iman dan Taqwa.

      Delete
    4. Lol... pelik bin ajaib... kata perjuangkan ISLAM... Tapi kenapa kata BAHALOL kepada orang lain. NABI MUHAMMAD S.A.W mengajar kita agar berkata dengan bahasa yang sopan. Bertindaklah dengan fikiran yang waras, bukan dengan emosi yang akan merendahkan martabat diri.

      Delete
  12. pemimpin amno memilih jawatan.
    mereka dh siap2 jawatan masing2 sebelum bertanding.
    Ghani osman & ali rustam jadik menteri penuh lepas PRU.
    stail pemimpin memilih pengundi ni dh berlalu, dh tiba masa
    pengundi memilih pemimpin.
    mcm2 pemimpin amno kate ke pembangkang. berkat kesabaran
    pembangkang berjaya mengasak kubu amno.
    pemimpin2 amno masih bersikap marah2 ke pengundi kalu pengundi
    tak mangkah mereka. kesian pengundi. Sama2 berdoa akan berakhir lah kuasa mereka satu hari nanti.

    ReplyDelete
  13. manusia merupakan khalifah di muka bumi ini.. adakah kita telah didik dengan ajaran yang mulia...mengapa kita sering melihat kelemahan.. mengapa kita memberi ruang untuk membenci... Apakah yang menyempitkan minda .... mari bantu diri kita dahulu...

    ReplyDelete