Pages

Thursday, April 25, 2013

Rafizi Ramli kantoi, Rosmah tak mengaku kereta kena saman AES.

Kah kah kah,,, jahat betui budak yang bernama Rafizi bin Ramli,,, ada ke patut dibuat cerita DS Rosmah Mansur tak bayar saman AES,,, ish, ish, cincin permata RM 24 juta senang-senang aja bayar, tak kan saman RM350.00 tak boleh bayar...



Pejabat Media Perdana Menteri Rabu mengeluarkan satu kenyataan menjelaskan dakwaan yang dibuat oleh Pengarah Strateji PKR,Rafizi Ramli mengenai saman AES keatas kereta Datin Sri Rosmah Mansor.
Rafizi mendakwa ada dua saman  AES  keatas kereta isteri Perdana Menteri yang belum dijelaskan dan menggangap ia satu double standard.
Kereta berkenaan bernombor pendaftaran XIASEAN360.
Kata Rafizi jika Perdana Menteri percaya kepada faaedah AES beliau harus memastikan mereka yang dekat dengan beliau mematuhi peraturan.
Berikut ialah penjelaskan dari Pejabat Media Perdana Menteri :

Tuan/Puan,

Merujuk kepada kenyataan yang dibuat oleh Pengarah Strategi PKR bahawa terdapat dua saman AES di atas nama YABhg. Datin Sri Rosmah Mansor, Pejabat Media Perdana Menteri ingin memaklumkan bahawa tindakan akan diambil bagi membayar saman tersebut, sebaik sahaja saman diterima.

Saman ke atas kereta Proton Waja tersebut belum diterima oleh mereka bertanggungjawab menguruskan kenderaan tersebut. Sebenarnya, kereta tersebut bukan kenderaan rasmi yang digunakan oleh YABhg. Datin Sri Rosmah Mansor.

Kenyataan dan tuduhan yang dibuat oleh Pengarah Strategi PKR yang bersandar "kegagalan" membayar saman ini tidak berasas sama sekali dan hanya bertujuan membangkitkan kebencian dan kemarahan rakyat kepada pimpinan negara dan keluarga terdekat.

Jelas, PKR sudah ketandusan isu dan begitu terdesak untuk meraih sokongan rakyat sehingga terpaksa memutarkan fakta.
disediakan oleh:
Pejabat Media Perdana Menteri
-24/4/2013

Apalah hang Rafizi,,, mana logik DS Rosmah nak naik kereta waja ni,,, ini kereta kegunaan Chief Cook Rosmah guna pergi pasar beli ikan dan sayur ni,, 
Eiii eei besar kemaluan Najib dan Rosmah naik kereta waja..

15 comments:

  1. Dah pecah berita baru kelam kabut cakap nak bayar. Cuba kalau tak kena songket dgn Rafizi, tobat lahom senyap macam tu jer....!!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau isu ini double standard...xkeluar la kat list saman tu...ni menunjukkan org mcm isteri perdana menteri pun boleh kena saman.same macam rakyat biasa...
      try check guna ic rafizi,anwar dan wan azizah.dorg pun lg byk saman xbayar.anwar paling x beragak.haha

      Delete
  2. Putar belit apa nya dh rafizi check dgn nama ic n nmbr plet keta tu matching dgn rosmah.

    Kalau rasa tak betul saman lah

    ReplyDelete
  3. abis tu nama atas nama rosmah, pe cer tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. tobat lahom dia nak bayar dah tentu menteri berkenaan yang akan tolong uruskan, silap silap dibatalkan saja alasan urusan resmi kerajaan, semua tu dalam poket kita. Dia nak bayar atau tak nak tu dia punya pasal sekarang ni mari kita sama sama fokuskan macamana nak humban keluar malaun-malaun dan kaum kerabat mereka yang dah 55 tahun dok songlap khazanah negara.

      Delete
    2. "obat lahom dia nak bayar dah tentu menteri berkenaan yang akan tolong uruskan, silap silap dibatalkan saja alasan urusan resmi kerajaan"<--Ini namenye fitnah.silap2 ape??? cakap buruk kat org mmg senang

      Delete
  4. Kan AES ditangguh perlaksanannya..cuma baru 2 saman yang lelain berpuluh saman kenapa rafizi tak highlightkan terutama azmin..kita kena adil hentam dua dua belah pihak baru dikatakan pembangkang berwibawa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. rasa saya kalau azmin kena saman... sudah tentu dia bayar. ni si ros buntal mana mahu bayar. yg tukang bayar dr budget flom kott???

      tak pun deepak tlg bayar? atau anak angkat rosmah yg tinggal di usa kawan paris hilton tue?

      semua kak mah buntal dpt free maaa...

      Delete
  5. Jgn sampai dia kata bapak dia yg dah mati dlm kubur dulu gunakan kereta tu. Kak mah ni apa pun boleh. Pandir betul dah kena dedah baru nak kelam kabut nak bayar, kantoi. Jgn nanti rafizi kena saman sudahlah.......... Dah kereta tu atas nama dia tak kiralah siapa pun yg pakai.

    Ingat semua rakyat ni lembu ke?

    ReplyDelete
  6. appa la kau ni, tu kreta towkey restoren la. lari laju sbb klam kabut nak carik puyuh hr tu. hahahahahaha

    ReplyDelete
  7. Entah2...kereta lain...nombor plat blh ditukar2..nak cover malulah tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah,mmg dia tukar sbb nak cover malu...ko mmg tahu semua benda.bijak anak mak

      Delete
  8. Haram jadah punya UMNGOK. Kalau rakyat dia suruh cek online dan dia suruh bayar tak payah tunggu notis. Apsal dia nak tunggu notis plak.

    ReplyDelete
  9. manjungmari ada 3 saman, lepas tu pergi jumpa dan merayu di pejabat ahli parlimen lumut. kata tak mampu nak bayar. mengadu kata kawan yang pinjam kereta dia. khaik ptuhi

    ReplyDelete
  10. rosmah tahu PR akan perintah Msia lepas ni dan semua saman aes terbatal....tak sabo nk tengok mak badak ni kena awet dlm muzium

    ReplyDelete