Pages

Friday, April 5, 2013

Seorang abang yang otaknya dah dilembukan...

Cukup-cukuplah... apa yang berlaku sebelum itu udahler.. Tak kan sekadar jawatan Pengarah Yadim yang diberikan bersama pingat gelaran Datuk,, maka bila dah pencen pun nak tunjuk taat setia lagi....



Bekas Naib Presiden PAS mahu BN dapat mandat di Baling

Kuala Lumpur: Bekas Naib Presiden PAS, Datuk Nakhaie Ahmad menegaskan beliau tidak akan mengundi adiknya, Datuk Najmi yang dicalonkan PAS bertanding di Parlimen Baling pada Pilihan Raya Umum (PRU) nanti. 

Beliau yang menjadi pengundi di kawasan itu menyatakan iltizam berkenaan kerana mahu memastikan BN mendapat mandat kukuh untuk terus memerintah, sekali gus menjamin kepentingan agama, bangsa dan negara. 

Katanya, beliau tidak menghalang hasrat Najmi bertanding mewakili PAS walaupun tidak setuju dengan perjuangan parti itu yang semakin celaru dan mengelirukan umat Islam. 


Bebas amal fahaman politik 

Ini kerana, katanya mereka berada dalam keluarga politik dan bebas mengamalkan fahaman politik berbeza. 

“Kami adik beradik tidak campur dalam soal politik kerana masing-masing ada pandangan sendiri. Najmi ada meminta pandangan saya sebelum ditawarkan menjadi calon tetapi dia tetap memilih untuk menerima tawaran PAS. 

“Malah, adik saya yang ke-11, Musaddaq juga dijangka bertanding mewakili PAS di Dewan Undangan Negeri (DUN) Guar Chempedak tetapi itu tidak menghalang hubungan kekeluargaan antara kami, hubungan kami tetap mesra walaupun mereka tahu pendirian saya yang menyokong BN,” katanya kepada BH. 
Najmi, 62, yang juga bekas Pengarah Kor Agama Angkatan Tentera Malaysia (KAGAT) diumumkan sebagai calon menggantikan penyandang Datuk Taib Azamudden Md Taib yang mengalami masalah kesihatan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Selasa lalu. 

Sebelum ini, abang Nakhaie, Zawawi pernah menjadi Ahli Parlimen Padang Terap sebelum tewas kepada Datuk Ghazali Ibrahim pada PRU 2004 dengan majoriti 2,172 undi. 

Pendirian jelas 

Nakhaie yang keluar PAS pada 1988 sebelum menyertai UMNO setahun selepas itu berkata, beliau mempunyai pendirian yang jelas dalam memilih parti dan sehingga kini beliau tidak yakin dengan kemampuan dan janji pakatan pembangkang termasuk dalam isu moral pemimpin mereka. 

“Sampai sekarang saya tidak boleh terima perjuangan pembangkang, walaupun adik saya menjadi calon PAS, saya tetap pangkah BN,” katanya.


Kenapa ia dilembukan,,, bekas Naib Presiden Pas, masuk umno,, apa yang ia dapat... sekadar Pengarah Yadim,,, nak jadi calon pun tak merasa,,, itu pun duk sokong melangit umno.... 

Berbanding adiknyanya lagi cerdik,, duduk dalam Pas, dapat kepercayaan,, diberi jadi calon.... 

Itulah lah pasainya masuk umno,,, akai kurang...



9 comments:

  1. dia hnya memandang habuan dunia yg sementara...

    ReplyDelete
  2. satu undi tarak hal

    ReplyDelete
  3. Setiap orang ada pendirian tersendiri.
    Samada nak flip flop ikut keadaan atau berpendirian tetap.

    ReplyDelete
  4. Assal mm aku ngan setuju 110% ngan anon 1038 tu nak habuan dunia ja duit banyak pun sampai kat lubang jamban ja.nak wak camna otak dah tepu kena cuci ngan bapa dan mak lembu.

    ReplyDelete
  5. takpe laa nakhaie ada prinsip dalam berpolitik. itu hak demokratik dia.

    yang penting kita tolak BN :)

    ReplyDelete
  6. manjung mari, saya nak tanya laksamana (b) Imran masuk pas ke Pkr. Ini kerana anuar umum beliau mewakili pkr parlimen lumut.

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya pun agak confuse gak tp aaaahhhhhh....x kesah la PAS ke PKR ke...klu wakil DAP sekalipun saya tetap sokong...sbb PR.....

      Delete
  7. Tak hairan kerna dalam keluarga nabi-nabi ada yang mati kafir.Apa pon kita mohon kepada Allah agar mereka diberi hidayah sebelum mati.Ingat antara perjuangan PAS dan UMNO tak sama.Sejauh bumi dan langit.

    ReplyDelete
  8. kesian..walau pun ilmu agama penuh didada..tetapi tak mau mengamalkan dan dimanfaatkan..ibarat pokok subur tetapi tak berbuah..baik buat kayu api je..

    ReplyDelete