Pages

Sunday, April 7, 2013

Terhebat dan terhangat - Malaysia negara popular Rasuah...

Apa cerita ni, semasa mula pegang jawatan PM, 2009 macam-macam slogan yang didendangkan, intergriti, NKRA, KPI dan bermacam-macam lagi...

Namun akhirnya ........!



'Aku Janji' BN Bakal Tubuh Mahkamah Khas Rasuah.

alt


KUALA LUMPUR 7 April - Barisan Nasional (BN), dalam usaha memerangi dan menghapuskan rasuah, akan mewujudkan Mahkamah Sesyen Khas Rasuah serta menambah Mahkamah Tinggi bagi membicarakan kes rasuah.
BN dalam manifesto bertajuk 'Menepati Janji, Membawa Harapan' yang dilancar Pengerusinya, Datuk Seri Najib Tun Razak di sini malam tadi, turut berjanji melaksanakan akujanji integriti untuk anggota Parlimen dan Dewan Undangan Negeri.
Dipetik Bernama, BN berjanji untuk mempertingkat ketelusan dalam prosedur perolehan kerajaan dengan mendedahkan kontrak kepada awam serta mewujudkan akses yang cepat terhadap Laporan Audit Prestasi Ketua Audit Negara untuk tindakan segera.
BN juga berjanji untuk memberi kuasa kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menerusi penubuhan Suruhanjaya Perkhidmatan SPRM yang akan bertanggungjawab terhadap perkhidmatan dan pengambilan petugas serta menaik taraf kedudukan Ketua Pesuruhjaya dan pegawai kanan SPRM ke satu peringkat yang lebih tinggi. [MANIFESTO BN]

Hallo.... hallo...hallo.. Ini pun nak dijadikan manifesto ka... sepatutnya, bila pegang jawatan PM 2009,, ini yang perlu ditubuhkan dahulu,,, bukannya bila nama negara dah tersenarai paling bawah dalam kategori rasuah, nak tunggu PRU kemudian umum dalam manifesto... wueekkk...

Lihatlah sendiri apa yang berlaku... ini standard bilis....















2 comments:

  1. haahaahah.......mahkamah khas rasuah......kaki penipu betul.....yg taib mahmud siap sergah...tak mahu melayan SPRM....senyap dan terkedu jer koooo.......ini nak buat mahkamah khas utk rasuah......pembongak betullah ekau nie....

    ReplyDelete
  2. Betultu.sesiapa sja yang rasuah patut sumbat didalam penjara.
    Takkira parti , pangkat atau penguatkuasa.
    Jangan bila dalam kerajaan senyap.Tapi bila keluar jawatan jadi macam anjing yang terlepas.Terpekik telolong.
    Satu contoh manusia MUNAFIK.

    ReplyDelete