Pages

Thursday, May 30, 2013

Mufti tua pencacai komen, Mufti pencen tolong jawab..

Ilmunya bukan aku nak kondem, tak setara mana pun, tapi bab mengampu memang nombor wahid...nak buat macam mana, dah jenis melayu mengampu....


Menentang kerajaan dianggap penderhaka
WARTAWAN SINAR HARIAN
30 Mei 2013






Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria
Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria

SHAH ALAM – Mana-mana pihak yang cuba menentang kerajaan yang sah boleh dianggap sebagai penderhaka kepada negara.

Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria berkata, mereka yang tidak berpuas hati sepatutnya guna saluran betul iaitu mahkamah dan bukan melakukan demonstrasi di jalan raya.

“Sebarang usaha untuk menentang kerajaan yang sah, itu namanya penderhaka. Menentang secara aman pun dianggap sebagai penderhakaan kepada negara.

“Apatah lagi, jika ada yang mahu melakukannya dengan keganasan. Kalau tidak puas hati, failkan petisyen ke mahkamah. Mengapa mahu tunjuk perasaan?” katanya semalam.

Beliau berkata demikian ketika mengulas usaha sekumpulan NGO pro-pembangkang yang mahu mengadakan protes jalanan besar-besaran sekiranya pegawai kanan SPR tidak meletak jawatan.

Sabtu lalu, penyelaras Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin atau CheguBard menyeru rakyat Malaysia menjadi sukarelawan ‘Suara Rakyat 505' untuk menggesa pimpinan SPR meletakkan jawatan.

Katanya, gerakan itu akan ke ibu pejabat SPR di Putrajaya bagi menuntut peletakan jawatan pimpinan badan tersebut.

Beliau turut mendakwa, selagi kedua-dua pentadbir tertinggi SPR tidak meletak jawatan, rakyat akan terus bersama PR membuat tuntutan tersebut melalui himpunan.

Menurut Harussani, mereka yang terlibat perlu dikenakan tindakan keras sekiranya ia ke tahap menggugat ketenteraman awam.

“Kalau sampai mengancam nyawa orang lain, itu sudah tergolong dalam dosa besar. Mereka perlu bertaubat segera,” katanya.



Apa pun, persoalan ini terus mendapat respon segera....  





Berapa harga,,,, sambung lagi kontrak jawatan mufti,, sampai malaikat maut datang mengundang..... 


23 comments:

  1. mufti tak nak keluar fatwa tipu pilihanraya tu apa hukumnya? you help me i help you...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tipu pilihanraya tipu sunat kot. tu pasal mufti diam je.

      Delete
    2. Takpe.....kita tunggu ijtihad juragan 69

      Delete
    3. ...atas alasan kununnya demi kuasa melayu islam...tipu tuk mng tu jd sunat...he3, dan kuasa tu pula digunakan tuk memunggah segala harta kekayaan negara demi kaum keluarga dan kroni. Maka berhujah plak pencacai2 bawahan, ah! aku tak kisah janji melayu yg kaya...kah! kah! kah! 5 x 2, 2 x 5

      Delete
    4. mahal harganya kalau nak di bandingkan sebotol budu cap ketereh,,,,,,,,,,,mufti ni nampak sangat tidak adil dalam mengekuarkan fatwanya

      Delete
    5. Perghhhh macai vs mufti...

      M empercayai
      A pa saja
      C akap
      A nwar
      I brahim

      Delete
    6. Tima kasih atas ijtihad juragan69.....kalau bole bg nama kitab yg juragan69 gunakan....mein kampf ke

      Delete
    7. Hahaha bhai RG tak perlu utk jd burung kakak tua...jaga jew lu punya RG sport tu..
      Hahaha lu memang kurang ----

      Delete
    8. Kurang apa....ce citer ce citer

      Delete
    9. Bg le tau juragan69....jgn le kedekut

      Delete
  2. Terdapat satu hadis yg myebutkan: pemimpin yg menipu rakyat tidak akan masuk syurga. Cerdik pandai ilmu agama, pula akan dikurniakan kekangan api neraka disebabkan tidak bercakap sbgmana apa yg diturunkan oleh Quran dan hadis,

    ReplyDelete
  3. kalau doktor salah ubat mungkin seorang pesakit saja yg mati.. tetapi kalau seorang berjawatan mufti atau ulamak memberi pandangan, tentu masyarakat ramai yg akan ambil guna. kalau pandangan tidak betul, masyarakat ramai akan lingkup.

    ReplyDelete
  4. Semoga dato harussani terus diberkati Allah dgn rezeki umur,kesihata serta.pemikiran yg mngikut alquran dan sunnah...amin.. yarabbal alamin

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul, sebelum terlambat.....

      Delete
  5. Sepatutnya c harus sini ni hurai dulu hukum spr yg menipu dkwat kekal yg ta kekal...senrai pengundi yg mrgukan...

    ReplyDelete
  6. Mufti tua tu pencacai amno dulu kini dan selamanya...kita jumpa di akhirat wahai tok mufti oiii...

    ReplyDelete
  7. Kalau setakat nak keluarkan Fatwa Penderhaka, tak payah ambik PHD mengaji kat surau dan masjid pun boleh bagi aku jadi mufti rock lagi bagus pada mufti pasir berdengung.

    ReplyDelete
  8. helo kawan2...boleh bagi tau, apa kelulusan utk nak jadi mufti....aku sekolah agama sampai darjah empat aje...agak2 boleh tak...?

    ReplyDelete
  9. Harap ingit satu fadis yang berbunyi tt kepada Allah, taat pada Rasul dan Taat pade pemimpin. Jadi, betullah cakap Mufti itu. Harap seudara2 tidak ikut perasaan hingga rosak iman. Wallahua'lam

    ReplyDelete
  10. malang sunguh le sape yg sokng bn/umno ni....

    ReplyDelete
  11. Ramainya yg pandai cakap pasal agama dalam ni. Tp setakat pandai cakap kat sini ja la.duk ngutuk org serupa tu jgk. Tindakan apa pun x dak

    ReplyDelete
  12. BLOG INI UNTUK AHLI PAS SAHAJA

    ReplyDelete