Pages

Tuesday, May 7, 2013

Pasca PRU 13 - Terima Kasih Wahai Bani Melayu...

Tamat sudah penantian selama lebih dari 5 tahun,, keputusan sudah diketahui walaupun terdapat penuh kesangsian dan curiga...


Apa lagi nak dikata, nak difikirkan,, teringat balik komen Pak Ali sebelum ini, boleh baca Klik Sini

Terima Kasih Wahai Bani Melayu dan yang sama waktu dengannya,,, 

Berbahagialah makluq berdua kat bawah ni ....lepas ni demer akan lebih bermaharalela....padan muka hangpa...


Cincin permata dah dapat,  beg tangan dah, PERMATA akan menjadi keutamaan dia....







28 comments:

  1. Manjung mari...kah ;;;kaha '''''kah''''kah'''kah
    org sudah menyampah......

    ReplyDelete
  2. Another 5 years of corrupt administration.

    ReplyDelete
  3. aku x percaya melayu masih sokong umno lagi. 5 tahun PR dah bongkar mcm2 penipuan umno. dari lembu sampailah ke cincin. pelik sungguh PR boleh kalah gak. tapi aku percaya mmg wujud penipuan oleh SPR. Aku terbaca penulisan berikut:

    Tolong Be REALISTIC!Mmg PR X Akan Menang PRU13 Kali NI.Sebab...

    Oleh: MSK
    Dalam PRU 1999, orang Melayu lari meninggalkan Umno dan BN kerana kes Anwar. Terengganu terlepas ketangan PAS manakala Kelantan terus kukuh. Di Kedah, majoriti 2/3 dapat dihapuskan…tapi UBN masih dapat mengekalkan Putrajaya kerana undi orang Cina dan India. Cina, India dan SPR menjadi talian hayat kepada Umno.

    Selepas 1999, Umno tak percaya kat Melayu. Melayu tak boleh diharap…dan untuk mengekalkan kuasa, maka UBN menggunakan SPR untuk mengubah sempadan pilihanraya. Sempadan pilihanraya dimanipulasi dengan memastikan dalam setiap kawasan Parlimen atau DUN, mesti ada peratus-peratus tertentu undi Cina dan India.
    PRU 2004..Umno dan BN menang besar. Tapi masa tu mungkin kerana faktor Pak Lah. Lagi pun Mahathir yang dibenci oleh orang Melayu dah berundur.

    Nasib Pak Lah tak baik sebab isteri tersayang meninggal dunia..dan bila dapat bini baru..selalu la kerja overtime.

    Akibatnya, Pak Lah selalu tertidur dalam waktu kerja.
    Bila tiba PRU 2008, keadaan menjadi terbalik. Orang Cina dan India yang dianggap fixed-deposit bagi BN sudah berubah angin.

    Akibatnya, BN kehilangan lima negeri. Satu negeri berjaya dirampas balik dengan tipu helah.

    Tapi sekarang tak sama macam 1999. Lepas tahun 1999, Bn masih boleh mengubah sempadan pilihanraya dan menambah kerusi kerana depa masih lagi menguasai 2/3 Parlimen. Sekarang tak boleh! Undi Cina dan India pun sudah tidak boleh diharap.

    Hanya satu talian hayat yang tinggal yang boleh digunakan oleh Umno dan BN iaitu SPR.

    Selepas PRU 2008, SPr duduk termenung memikirkan apa nak buat untuk memastikan UBN terus berkuasa. Sapa yang fikir SPR adalah badan bebas untuk mengendalikan pilihanraya…mereka tergolong dalam kalangan orang-orang yang *******. SPR diwujudkan untuk memastikan BN terus berkuasa.

    ReplyDelete
  4. Nak tambah kerusi tak boleh. Nak ubah sempadan tak boleh. Tapi ada satu perkara yang boleh dibuat oleh SPR iaitu “Belah bahagi kawasan”.

    Benda ini dibuat sejak Jun 2009. Kalau dulu pengundi dipindahkan..sekarang lokaliti dipindahkan. Contohnya, kalau dulu lokaliti Taman Anggerik termasuk dalam Parlimen Kuala Kangsar, sekarang Taman Anggerik sudah berada dalam Parlimen Padang Rengas.

    SPR tak pindah pengundi..tapi bila lokaliti dipindahkan, maka secara otomatik pengundi-pengundi “terpindah”. oleh kerana lokaliti yang dipindahkan, maka pertambahan dan pengurangan pengundi tidak dimaklumkan dalam Daftar Pemilih Tambahan.

    Akibatnya, ramai la orang parti yang tak tau. Tup-tup..bila ada Pilihanraya Kecil..baru terpinga-pinga, “macam mana 14,000 pengundi sudah dipindahkan?”. Masa tu tak payah cakap dah..sebab bila tiba pilihanraya, apa yang SPR cakap adalah wahyu. Tak boleh dipertikaikan. Nak bising…bawa ke mahkamah. Tapi nak buat apa? pilihanraya dah habih.

    Sapa yang nak pantau apa yang SPR buat? Nak harap parti-parti politik..aku tak harap. Dulu Khalid Ibrahim pernah mengumumkan peruntukan sejuta ringgit untuk memantau SPR. apa yang dibuat dengan duit tu aku tak tau la…tapi bila nama Khalid Ibrahim sendiri kena pindah..baru ada akai!!

    SPR kata, apa yang depa buat ialah untuk menyelaraskan peta SPR dengan peta rasmi negara. Hei..SPR boleh bagi macam-macam jawapan. SPR juga kata “…menteri besar Selangor telah didaftarkan sebagai pengundi di Jalan 16/2 di Seksyen 16, Petaling Jaya, yang telah tersilap dimasukkan sebagai sebahagian daripada kawasan Petaling Jaya Selatan sebelum pembetulan sempadan itu dibuat.”
    Nak terima atau tidak jawapan SPR tu? Kalau tak mau terima..nak buat apa?

    Aku boleh terima la jawapan SPR tu sebab masa SPR buat belah bahagi kawasan dulu pun hangpa buat tak tau. Aku cakap pun bukan hangpa nak dengaq.

    Macam mana dengan kes yang ini pulak? Ini cuma satu contoh.
    Dalam PRU 2008, seramai 308 pengundi pos yang terdiri dari anggota polis dari IPD Teluk Intan mengundi dalam DUN Pasir Bedamar…manakala hanya 4 anggota polis yang mengundi secara pos dalam DUN Changkat Jong.

    Dalam PRU tersebut, DUN Pasir Bedamar dimenangi oleh DAP dengan majoriti 7914 undi..manakala DUN Changkat Jong dimenangi oleh PAS dengan majoriti 899 undi.

    Kalau hangpa jadi orang Umno..apa yang hangpa nak suruh SPR buat?
    DUN Pasir Bedamar tu mampuih pi la. Susah nak dapat balik. Tapi..daripada membazirkan undi di Pasir Bedamar..mengapa tidak dipindahkan pengundi yang dah gerenti mengundi BN ke Changkat Jong? BN hanya perlukan 450 undi baru untuk mengalahkan PAS!!

    Tapi kalau dipindahkan terus macam tu saja..nanti orang Pas tau pulak!! Jadi kena buat diam-diam. Dan yang paling selamat dipindahkan ilah undi Pos.

    ReplyDelete
  5. Langkah pertama ialah dengan menukarkan nombor kad pengenalan polis. Pasai apa ditukar..yang tu toksah risau..jawapan boleh dicipta.

    Pada akhir 2009, nombor-nombor anggota polis sudah siap ditukar didalam daftar pemilih. Masa tu orang tak perasan..sebab sapa yang nak check satu persatu?

    Masuk tahun 2010, pengundi pos yang terdiri dari anggota polis IPD Teluk intan ini ditukar ke DUN Changkat Jong. Tiba-tiba saja DUN Changkat jong mendapat 107 pengundi pos yang baru. Mai dari mana? Bukan ada balai polis baru!

    Check punya check..tengok-tengok anggota polis kat IPD Teluk Intan ditukarkan dari DUN Pasir Bedamar ke DUN Changkat Jong. Yang ni SPR nak cakap apa?

    Apakah sebahagian daripada IPD Teluk Intan sudah dipindahkan ke Sungai Kerawai dalam DUN Changkat Jong? Tak pelik ka…satu balai..tapi anggotanya mengundi di dua DUN yang berbeza?
    Kat bawah ni cuma sebahagian saja. Kalau nak senarai penuh..aku boleh bagi.



    Ini sikit saja..banyak lagi yang kita tak tau. Berapa ramai pengundi Pasir Bedamar yang telah dipindahkan ke Changkat Jong? Tu pasai aku masukkan DUN Changkat Jong sebagai salah satu DUN yang dimenangi oleh PR akan tumbang. Bukan pasai PAs tak bagus..tapi SPR punya kerja.

    Tu baru pindah pengundi pos. Macam mana pulak dengan pengundi baru? Berapa ramai pengundi baru di Perak?

    Jangan terkejut nanti kalau pertambahan pengundi baru di Perak ini lain macam. Kalau tengok gerakkerja, setiap majlis DAP depa akan buka kaunter pendaftaran pengundi baru. Tapi bila tengok statistik..kawasan DAP la yang paling kurang pertambahan pengundi baru di Perak.



    Macam mana boleh jadi macam ni?

    Tapi tengok pulak yang dibawah ni.



    SPr dah buat tak tau kat kawasan DAP sebab depa dah tak harap BN boleh menang. Apa yang depa boleh harap, ialah dengan memenangi kawasan-kawasan PKR dan PAS. Kawasan sedia ada diperkuatkan, manakala kawasan Pas dan PKR dikucarkacirkan.


    Apa yang kita nampak dalam statistik diatas hanyalah pertambahan pengundi secara keseluruhan. (jumlah sekarang tolak jumlah dulu). Tapi kalau dikaji dengan teliti lagi, baru kita boleh tau berapa jumlah yang pindah masu dan pengundi baru…dan berapa pula yang pindah keluar atau mati. Ambik contoh..di Simpang Pulai, jumlah pertambahan ialah 12.2% ataupun 4620 pengundi. Tapi berapa yang dipindah keluar dan berapa yang dipindah masuk?

    Lagi detail kita kaji..lagi banyak manipulasi SPR yang kita boleh bongkar. Kita akan tau macam mana kampung ini dipindah masuk DUN sana. Taman ini boleh dipindah masuk Parlimen sana.

    Kita mungkin ingat pengundi-pengundi kita masih sama sebab tengok jumlah pengundi masih 500 dalam satu UPU itu…tapi kita tak tau ada kemungkinan 500 yang dulu dikeluarkan dan 500 pengundi yang baru dimasukkan.

    Hangpa pi tanya depa yang teringin sangat nak jadi calon tu. Ada Daftar Pemilih terbaru tak?

    Aku yakin..ada tempat yang masih pakai Daftar Pemilih 2008. Kalau ada yang terbaru pun..ada dalam laci Ketua Cabang..
    Kalau nak tumbangkan Umno..kena tumbangkan SPR dulu. Tapi sapa nak buat kerja ni?

    Kalau takat AJK Cabang..aku tak harap. Pegang mouse pun ngetor.

    ps: TT tetap x nak MAMAK Jadi MB Perak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam...ipd teluk intan dah tukar tempat bro.bangunan baru di kwsn dun changkat jong..

      Delete
  6. harga PERMATA akan menjadi lebih mahal dari cincin permata.......rakyat akan meyumpah seranah....sesiapa yg mengundi makhluk diatas akan mendapat saham dari doa,sumpah seranah rakyat malaysia.......

    ReplyDelete
    Replies
    1. bukan nk sokong sesapa. rasanya issue cincin permata dh dijawab. baik dari pembekal atau rosmah sendiri. nmpk sgt tak pernah nk cari kebenaran.

      Delete
  7. Syukur Alhamdulillah....gerombolan Dajal yang bernama PAS, PKR dan DAP telah digagalkan untuk menghancurkan Islam/Malaysia dalam PRU13 ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Syukur alhamdulillah jgk krn lepas ni kalau kos sara hidup naik,umngok ngan kawan2 karibnya 1Malaysia-MCA & MIC pun kena tempias jgk...

      Delete
    2. satu jari ditunjuk kearah orang, tiga jari ke arah diri sendiri....that's you dear friend

      Delete
  8. tumpang MM punya blog utk balas menulisan C++ berikut
    http://cipantapirtenuk.blogspot.com/2013/05/khas-buat-pencacai-umno.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+CipanTapirTenukc+%28Cipan%2C+Tapir+%26amp%3B+Tenuk+%28C%2B%2B%29%29

    ------------------------------------------------------------------------
    salam c++

    nampak gayanya umno sedang seronok mainkan isu perkauman memandangkan mmg SPR dgn sengaja menambah bilangan pengundi baru di kerusi di kawasan melayu. so bila umno "menang" dgn mejoriti kawasan melayu (guna undi hantu). maka perangkap umno sudah mengena dan 5 tahun akan datang umno dgn SENANG HATI akan tipu api perkauman di kalangan melayu yg buta ilmu politik. so mcm mana nak mengatasi masalah ni. umno cuma menunggu percikan api saja utk mencipta 13 mei. senang saja. pemimpin2 PR kene pandai main politik jugak jgn terikut2 dgn rentak umno. caranya guna isu HUDUD. PR kene mainkan isu HUDUD dimana DAP mesti sokong hudud. so org kampung, pulis, tentera, penjawat awam dan sitaksub melayu akan pening kepala cina DAP sokong hudud??? ni salah satu cadangan aku.

    kalo x. PR akan lingkop selama lamanya. bukan takat cine. melayu pon kalo hari2 kene provok mana tahan. nak mintak koprat2 cina menyerap lebih ramai pekerja melayu pon susah gak, berapa ramai cina yg sanggup berkorban utk menyerap tekanan kempen umno anti cina ni? so org2 politik PR mesti jadi lebih bijak dari umno yg sudah mengupah YAHUDI jadi penasihat.

    lagi satu jgn sebut isu kalimah allah lagi. org kampung dan taksub umno mana tahu hal sebenar dimana warta 1982 jajaan mahadir dan jala adalah PUNCA kenapa kalimah Allah boleh digunakan di dalam mesia. kita kene CARI sendiri di google.

    so bersedialah utk berdepan dgn api perkauman yg umno sedang lancarkan sekarang. lawan umno mesti guna OTAK jgn guna nafsu. TQ

    ReplyDelete
  9. Cadangan aku Pakatan kena kerja keras dari sekarang... target 80% pengundi akan menyokong pakatan pada pilihanraya akan datang..baru aku rasa Umporno dan sekutunya BN termasuk SPR tak akan dapat nak menang cara tipu lagi. Cadangan aku:
    1.Gerakkan semua ahli & penyokong......buat gerak kerja tarik ahli dan penyokong serta penyebaran maklumat ala2 MLM, sebab kita tiada TV, radio dan surat khabar harian. Redah setiap DUN setiap 3 ke 6 bulan. Tekan kan tentang menifesto/ kempen kita secara berterusan. Tekankan menifesto BN yang belum ditunaikan.
    2. Pihak atasan Pakatan kena memantau setiap cawangan untuk pastikan mereka buat kerja....kawasan yang lemah ...kena usahakan tambah cawangan yang aktif...kerja berpasukan dan bijaksana. Buat macam kerja pejabat...yang prestasi tinggi...jadi calon p/raya. Mungkin kena ada KPI.
    3.Pastikan setiap cawangan buat mesyuarat sekurang2nya sebulan sekali...pastikan seramai boleh ahli hadir.
    3.Buat kajian dari setiap sudut...SPR mesti dipantau dan ditekan setiap masa..
    Dari pemerhatian aku pada masa kempen dan hari mengundi itu hari di tempat aku....kita kekurangan sukarelawan buat kerja..ramai veteran2 dari geng reformasi 1998...yang muda kurang sangat...
    Kalau geng ada cadangan lagi sila la kemukakan..

    ReplyDelete
  10. napalah korang pilih puak korup ni. x taulah. x boleh nak fikir dah.di tawarkan benda-benda free x mau.nak kan yang berbayar semua .x faham

    ReplyDelete
  11. analisis yg bagus dari brader MSK..

    Masalahnya org2 PKR, Pas dan DAP xnk dengar pendapat org2 mcm MSK ni..

    Kalau mereka tak nak dengar sanggup tak kita sendiri yg buat?? Kita tukar lokaliti pengundian kita, saudara kita, kawan2 kita.. mana tempat menang besar ubah ramai2 ke lokaliti yg tak menang.. Depa blh buat kenapa kita tak boleh main game yg sama..

    Saya personally akn tukar lokaliti saya dari Damansara Utama ke area Setiawangsa krn sy ada property yg di beri sewa di sana. Buat dgn rela tanpa mengharpkan ahli2 politik dari PR..

    p/s Saya buat demi generasi ank2 saya dan bukan krn fanatik kpd parti2 PR

    ReplyDelete
  12. islam ke hapa korang ni. Allah dah pilih BN untuk memerintah negara. Redha lah sebagai orang Islam. kecuali korang ni melayu kapiaq
    manjung mari,,,,, hahahahahahaha khaik ptuhi,,,,

    ReplyDelete
  13. Selagi SPR jadi talibarut BN smpi kiamatlah PR tak kan menang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Orang islam kena percaya qada& qadar. Tentu ada sebab Allah tidak membenarkan pr menang.
      Muhasabah diri . Cari sebab. Bukan cari alasan.Allah sentiasa bersama orang yang bersana islam

      Delete
  14. Ini lah sikap, tak boleh terima kenyataan. Kalau tidak macam mana pepatah ini hanya ada pada orang melayu sahaja.

    1. Rumah siap pahat berbunyi
    2. Sudah terhantuk baru tengadah
    3. Baling batu sembunyi tangan.

    Ngapa tidak yang ini
    1. Killing two bird with one stone

    Sikap suka menyalahkan orang lain harus di kikis. Kita sepatutnya berbaik sangka, pandang kehadapan, perbaiki kesalaha. Bukan menyalahkan orang lain.

    ReplyDelete
  15. ramai kawan saya yang sebelum ni mengundi di sekitar gombak dipindahkan ke setiawangsa....dan parlimen setiawangsa kononnya menang bergaya....errmmm

    ReplyDelete
  16. Terima je kekalahan bro....dah ketentuan ALLAH.

    ReplyDelete
  17. jika pakatan ambil alih akan tambah satu lagi menteri iaitu menteri demontrasi kah.kah.kah......

    ReplyDelete
  18. tambah yg melayu belakang najib tu,tersengeh memanjang...

    I Love PM,berpeluk laki bini bg 1 dunia tengok apa hukumnya?

    betullah kata kawan saya umno, sebelum telambat pengikut2 laki bini perlu bertobat mengikut jejak langkahnya tapi hangpa kena kami buat macam seolah hangpa tu hassan ali.

    Ini kali lah !

    ReplyDelete
  19. Dah kalah tu buat la mcm kalah. PR pun DAP yg dominan. Nak tegak Islam mcm mana. Cakap ja pandai....

    ReplyDelete
  20. Perasuah2 dan perompak2 harta negara terus diberi mandat memerintah...maka gelak gempita membelah bumi semua penyokong2....Allah terus smemberi mereka kemewahan, terus memberi kesenangan kpd mereka hingga ke satu masa yg ditentukan, maka terbeliak mata mereka melihat apa yg terbentang di depan mata...bacalah di dalam al quran..apa benda yg terbentang tu!! Kemewahan dan kesenangan hidup yg diberi Allah kpd orang hipokrit adalah dinamakan istidraj!Dah terang lagi bersuluh akan UMNO yg hipokrit dan merompak harta negara, dok sokong depa juga...bodohnya penyokong2 UMNO ni.Buta kare!!!Buta hati!!!

    ReplyDelete
  21. dalam berita jam 8 mlm td, timbalan pengarah spr maklumkan tiada laporan berlaku blackout masa pengiraan undi..... semoga Allah memberi hidayah kepada semua petugas spr pru13

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam.knp spr selalu dituduh dgn pelbagai tuduhan.sedangkan petugas spr tu sendiri bukan semua penyokong kerajaan.kwn2 sy yg jd petugas spr.dr ketua pusat undi, kerani dll penyokong pembangkang tegar.ni perkara benar.bukan sy reka...di tempat mengira undi.ada petugas n wakil calon.diorg sentiasa ada.jd klu berlaku xpuas ati.tnye la wakil calon yg sentiasa ada bersama peti undi...dimana ruang spr nak menipu? Bila rmai calon pr menang.ada ke penyokong bn kate spr tipu? Berape ramai tokoh bn yg tumbang? Tp bn redha....bila pr xdpt majoriti mudah.bising ckp spr tipu...jgn slalu percaya pada kbr2 angin.selidik dulu.....jgn la tlalu taksub....muhasabah diri....tentu ada hikmah disebalik kekalahan pr.....jgn termakan hasutan org yg nk pecah belahkan masyarakat islam.cukup la kite selama ni terpecah kerana parti...selepas pru13.mari lah kite bersatu demi agama.xkira pas or umno...klu org islam bersatu.xde sapa brani ni permainkan kite.....bangsa lain seronok tgk kite berpecah....kpd manjungmari.saudara renungkan lah....kite mungkin boleh merancang yg hebat2.tp kesudahannya....allah jua yg menentukan....renungkan lah setiap yg terjadi...cri titik persamaan.jgn cri titik utk kite terus bersengketa.gunakan blog saudara ni utk menyatukan umat islam di malaysia.bukan sbgai platform utk memecahkan umat islam malaysia.....ingat lah.parti pas or umno hanya lah parti politik....kite bersengketa.tp bangsa lain bersatu....cukup la bertahun2 kite berbalah.memaki hamun saudara seagama kite.tolong lah.bersatu.saudara tutup la blog saudara ni.bukak lembaran baru.azam baru utk menyatukan umat islam di malaysia.tidak kira umno, pas.kite bersaudara.kite memerlukan antara satu sama lain.sy risau jika kite terus alpa dgn politik perpecahan.kite akan rebah....rebah yg tidak mampu kite bangun lagi....maaf atas komen sy ini....sy impikan umno n pas bersatu suatu hari nanti.insyallah......

      Delete