Pages

Tuesday, May 14, 2013

Pasca PRU 13 - Tsunami Politik melanda MIC !

Parti Etnik Cina pro BN seperti MCA dan Gerakan, presidennya masing-masing akan letak jawatan, kini dah menular kepada MIC...




KUALA LUMPUR: Datuk S.Murugesan meletak jawatan sebagai Setiausaha Agung MIC, pagi Selasa namun difahamkan parti belum membuat sebarang keputusan berhubung tindakannya itu.
Menurut sumber, Murugesan telah menyerahkan surat peletakkan jawatannya kepada Presiden parti, Datuk Seri G Palanivel dan beliau memaklumkan akan mengambil cuti selama seminggu.
Dalam satu kenyataan, Murugesan berkata beliau akan tetap berkhidmat untuk parti sebagai ahli jawatan kuasa pusat dan Pengerusi MIC cawangan Kota Raja.
"Saya ingin ucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak termasuk media yang banyak memberi sokongan sewaktu berkhidmat sebagai Setiausaha Agung MIC.
"Bagaimanapun saya percaya masa telah tiba untuk saya berundur dan memberi peluang kepada yang lain meneruskan proses membangunkan semula parti," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.
Pada Pilihan Raya Umum ke-13, Murugesan,49, daripada Barisan Nasional bertanding di kerusi Parlimen Kota Raja.
Beliau bagaimanapun tewas kepada penyandang kerusi Dr Siti Mariah Mahmud daripada PAS dengan majoriti 29,395 undi
Sumber : Klik Sini

Duk tertunggu-tunggu,, bilalah Muhyiddin nak jadi Presiden Umno...



1 comment:

  1. Bhai...agak2 ketiga2 presiden + 1 ketua umum bila nk bersara...tak menang2 pun utk tmbangkn umno peringkat pusat...ini kali lah kasi org lain kot...takkan hidup nk menongkat dunia...mat sabu masih timbalan presiden pas ke...saja tnya mat sabu tu ulama ke atau profesional...sbb dua2 ciri tu takda pada mat sabu...

    ReplyDelete