Pages

Thursday, May 23, 2013

Perogol Budak Bawah Umur akan saman sesiapa yang buat kenyataan tentang dirinya..

Mentang-mentanglah kaya, tokeh restoren duit banyak, boleh guna lawyer untuk menyelamatkan mukanya dari di cemuh.. 





Peguam Riduan Masmud Minta Semua Pihak Henti Buat Kenyataan
KOTA KINABALU: Peguam yang mewakili Riduan Masmud, pengurus restoran yang didakwa merogol seorang gadis bawah umur di Mahkamah Sesyen Kota Kinabalu baru-baru ini dan mendapat liputan meluas media, meminta semua pihak terbabit berhenti mengeluarkan kenyataan berbentuk spekulatif, tidak berasas dan berbaur fitnah terhadapnya.
Loretto S.Padua berkata Riduan mendapati situasi itu amat tidak adil kepadanya kerana dia 'telah dibicarakan oleh media dan didapati bersalah oleh pembaca' sebelum perbicaraannya di mahkamah bermula.
"Dia tidak bersalah sehingga dibuktikan bersalah oleh mahkamah, dan ini adalah prinsip jelas dalam sistem keadilan jenayah kita yang berhak dinikmati setiap tertuduh kes jenayah," kata Loretto dalam satu kenyataan selepas diarah berbuat demikian oleh anak guamnya, di sini Khamis.
Beliau berkata anak guamnya juga mendapati 'tindakan Peguam Negara yang membuat kenyataan terbuka serta mendedahkan beberapa bukti yang kini dikatakan masih dalam siasatan, amat menjejaskan kerana dia sudahpun didakwa di mahkamah".
"Paksaan seperti ini memberi tekanan yang amat hebat bukan sahaja kepada beliau malah anggota keluarganya yang diminta memberi keterangan lanjut. Sebarang pengumpulan bukti pada peringkat ini oleh pihak berkuasa, tidak boleh diterima," katanya.
Loretto berkata anak guamnya juga ingin menyatakan "beliau tidak pernah, pada sebarang masa sebelum kenyataan akhbar ini, membuat sebarang kenyataan kepada mana-mana anggota media berkaitan kesnya".
"Sehubungan itu, anak guam saya berhak mengambil tindakan undang-undang dalam perkara ini," katanya.
Riduan didakwa merogol mangsa, 12 tahun enam bulan, dalam sebuah kereta yang diparkir di tepi jalan di Inanam pada kira-kira 10 pagi, 18 Februari lepas.
Perbicaraan kes itu ditetapkan dari 1 hingga 4 Julai ini. - BERNAMA


Dah dapat penyedap,, tak adil bila dirinya di komen,,, ni jenis pemimpin umno seketika dulu di Melaka..Dia terlepas, budak perempuan masuk sekolah khas,,, Lim Guan Eng masuk penjara....

3 comments:

  1. TAPI ADA YANG DAH TERBUKTI DAN DIHUKUM,BERI ALASAN KONSPIRASI

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau nk komen pun pakai akai le anon woi!Bukti apa yg ada?Tarikh di pinda,kondo blum siap & tilam tk keluar lg dr kilang!Kalau mcm itu punya bukti kamu blh percaya,makna ny otak kamu sama je dgn lembu peliharaan Shahrizat!

      Delete
  2. Ada juga yang masih belum dihukum tapi masih duduk di atas...

    ReplyDelete