Pages

Thursday, May 2, 2013

PRU 13 - Lihat kehebatan calon winable Candidade Najib terserlah..

Dalam duk heboh beberapa tahun sebelum senarai calon PRU 13 BN diumumkan beberapa minggu lepas, Najib mahu calonkan winable candidade, pilih punya pilih, dua orang tersangkut adalah bekas ahli Pas,


Dua orang yang dimaksudkan, sorang di N23 Dun Manjoi Ipoh Perak, difahamkan yang ini masih lagi ahli Pas, manakala seorang lagi di Parlimen Permatang Pauh lawan Anwar Ibrahim...

Dan yang terserlah kehebatannya buat masa ini dari Permatang Pauh...

BUKIT MERTAJAM, 2 Mei -- Calon Barisan Nasional (BN) Parlimen P44 Permatang Pauh, Dr Mazlan Ismail mengimamkan solat hajat sempena Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 di Masjid Al-Hidayah, Jalan Baru, Perai di sini malam ini.
-- fotoBERNAMA (2013) HAKCIPTA TERPELIHARA

BUKIT MERTAJAM, 2 Mei -- Calon Barisan Nasional (BN) Parlimen P44 Permatang Pauh, Dr Mazlan Ismail memanjatkan doa selepas mengimamkan solat hajat sempena Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 di Masjid Al-Hidayah, Jalan Baru, Perai di sini malam ini.
Turut hadir calon BN DUN N10, Seberang Jaya Datuk Mohammad Nasir Abdullah (kiri).
-- fotoBERNAMA (2013) HAKCIPTA TERPELIHARA


Agak-agak hangpa la, kalau lah calon Permatang Pauh ialah Ketua Bahagian Umno atau pun pure pemimpin umno, ada ker sembahyang hajat semua nie,,, sorry lar,, karaoke atau dangdut adalah,,, 
Tapi bila calon dah ditarbiah oleh Pas, maka adalah program sembahyang hajat... Tapi itulah,, tengok sendirilah makmum yang ikut,, tolong bilang ada berapa orang,, dan apa yang aku rasa, itu semua makmum masjid....
Tal malu ker pemimpin umno,,, Najib sendiri dah kurang yakin kpd calon ahli setia parti, lebih yakin kepada calon luar,,, kesian,, ahli terpinggir, wanita dibiarkan,,,, Nampaknya Najib lebih selera pada puteri umno ku... 

14 comments:

  1. yang patut dikeji adalah jika ada perkara mungkar yang dilakukan, bukannya bilangan jumlah makmum.

    politik tak kenal sempadan.

    ReplyDelete
  2. Baca doa pun kena lihat Kitab MasyAllah bekas ketua PAS bagi gua malu

    ReplyDelete
  3. kesian pulak aku tengok dia ni.

    apa la yg dia nak kejar.

    sudah2 la menyokong pemimpin rasuah kamu tu.

    jom la kita berubah kpd yg lebih baik.

    kami pilih pakatan rakyat.

    ReplyDelete
  4. Pi masuk lubuk taik buat apa?
    Dulu dah elok dah...nak juga gatai terjun dalam lubuk hanyir tu.
    Ini lah orang kata...bila dah berjuang....duit ringgit yang jadi taruhan.
    Bila susuah siskit....terus lompat.
    Kalau lompat ke tempat yang lagi baik tak pa la....
    Ini tidak....pi lompat terjun dalam lubuk taik.
    Mana pi mata hang ni Mazlan.
    Dah jadi juling ka mata hang tu?

    ReplyDelete
  5. Ingat ManjongMari...
    Islam bukan PR, PR bukan Islam.
    Inikalilah??? Lainkalilah

    ReplyDelete
  6. Yang jadi makmum ialah dari saloran satu dan berkemunkinan besar jawatankuasa masjid itu sendiri (faham2 sajalah).

    ReplyDelete
  7. PENGEMUMAN! BLOG SAYA INI MAMJUNGMARI BLOGSPOT AKAN DITUTUP PADA 6HB MEI, HARAP MAKLUM SEKIAN TERIMA KASIH.

    ReplyDelete
  8. mamat gila ni baca surah felca.kaakakakkak

    ReplyDelete
  9. Itulah melayu yang sedar diri ambil tindakan betulkan kesilapan lalu demi melayu dan islam. Tengoklah pak aji imran pun dahsanggup masuk gereja demi politik. Mm bila nak buat kuliah kat gereja tarbiah org kristian. Cukuplah tu sedarlah diri anda semua jangan terlalu taksub membabi buta. Hentikanlah fitnah dan cerca sesama melayu dan islam. Ingat msa depan anak cucu org melayu dan islam. Bertaubatlah dan sedarlah dari terus sesat.

    ReplyDelete
  10. Bro semua, Dr Mazlan ni kat TM mmg orang kuat, rajin dan berwibawa. Anggota bawahan mmg sayang dengan dia sbb tiada "barrier" jawatan bila bekerja dgn dia. Cakap pun bernas & banyak menolong seta mendidik orang bawahan. Aku pernah minta nasihat dia utk thesis DBA, mmg baik dia punya nasihat & supervision.

    Sayang la dari bekas ketua Pemuda PAS meloncat ke "Tong Taik". Aku rasa dia dapat offer yg baik (banyak masyukkk kot) dari BN ... atau kalau gagal utk jadi MP tentu jawatan kat MCMC dah menunggu (kalau BN menang lagi la).

    Apa-apahal pun kami tetap mendoakan agar dia kembali kepangkuan PAS.


    Emperor7

    ReplyDelete
  11. pahala dan dosa tuhan yang tentukan bukan pas yang tentukan.nak buat fitnah g duk kedai mamak pekene teh tarik.panggil member lain cerital pasal politik dari pagi sampai petang

    ReplyDelete
  12. Kenapa masa tengah solat calon DUN N10 takde kat saf depan... tapi masa baca doa, ada pulak muka dia kat saf pertama tu.

    ReplyDelete
  13. entah faham entah tidak kalu doa yang dibacakan tu dalam bahasa arab..x pa janji org tau dia tgh berdoa...

    ReplyDelete