Pages

Wednesday, June 19, 2013

Awal-awal lagi,, kempen untuk Husam dah bermula ..?

Bulan lepas,,, sebaik habis sahaja hari mengundi, bermula  dari 6/5/13 sehinggalah beberapa hari seterusnya, aku telah dihubungi oleh seorang blogger Pas tegar,,,, meminta aku buat entry sokongan untuk Husam menjadi calon Timbalan Presiden Pas,,,

Aku hanya berdiam diri tanpa memberi jawapan,, setuju tidak, bangkang pun tidak,, bagi aku,, kali ini biarlah perwakilan di muktamar yang menentukan,,,,cukuplah... parasit yang ada dalam Pas dah tak ada lagi...sekarang sesiapa sahaja pimpinan yang dicalonkan jikalau bertepatan dan ada kesuaian aku akan sokong,, Insyaallah.

Cuma bila aku terbaca berita ni,,,,


Masa depan PAS cerah jika Husam jadi presiden

pada 18-06-2013 04:06 Ditulis Oleh Shuhaniza Said


Post Pic

SHAH ALAM: Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Zaid Ibrahim berpendapat masa depan PAS akan lebih cerah sekiranya dipimpin oleh naib presiden parti itu Datuk Husam Musa.
 
Ini kerana, kata beliau, majoriti penyokong PAS sekarang terdiri daripada golongan muda dan berdasarkan pemerhatian beliau, Husam adalah pemimpin paling digemari oleh golongan itu.
 
Menurut Zaid yang juga pernah bersama PKR dan Pakatan Rakyat, PAS kini yang dipimpin oleh golongan 'veteran' perlu melakukan pendekatan berbeza sekiranya mahu menarik minat penyokong majoritinya. 
 
"Saya nampak orang-orang muda yang penyokong PAS, masa depannya (PAS) terdiri daripada golongan ini. Saya nampak pemimpin yang mereka minat dan dapat ikut ialah Husam. 
 
"Jadi saya rasa untuk generasi akan datang, pemimpin macam beliaulah yang lebih memikirkan masalah-masalah negara.
 
"Kumpulan (pemimpin) yang tua-tua atau ulama banyak kepada dosa pahala. Jadi saya rasa pendekatan PAS perlu berbeza. Itu saja," kata beliau kepada Antarapos setelah diminta mengulas dalam Twitternya pagi tadi.
 
Beliau sebelum ini menulis 'Saya fikir masa depan Pakatan bergantung di mana Husam Musa ditempatkan'.
 
Tambah Zaid, Husam mempunyai kredibiliti dan ciri yang perlu ada dalam diri seorang pemimpin, terutama dalam mendekati generasi muda. 
 
"Jadi (PAS) perlu dipimpin oleh orang yang ada pendirian, cara-cara yang lebih relevan macam Husam," katanya.
 
Husam ketika ini berdepan dengan pelbagai masalah dan dianggap semakin terpinggir dari arus perdana perjuangan PAS apabila tidak dilantik sebagai exco kerajaan negeri Kelantan apabila Datuk Nik Aziz Nik Mat memilih untuk berundur dari jawatan menteri besar.
 
Ada pihak cuba mengaitkan dirinya dengan tidak mendapat perkenan Sultan Kelantan tetapi Husam tangkas menafikannya dan meminta semua pihak tidak mengheret istana Kelantan dalam kemelut politik negeri itu.
 
Terbaru, pelbagai pihak membidasnya kerana mengeluarkan 'fatwa' sendiri, dengan mengatakan bahawa mana-mana peserta yang terkorban ketika menyertai Himpunan Blackout 505 bagi membantah penipuan pada Pilihan Raya Umum ke-13 yang lalu adalah mati syahid.
 
Ketika diminta mengulas mengenai isu itu, Zaid beranggapan kenyataan itu 'tidak pelik' dan sinonim dengan parti Islam tersebut. 
 
"Dalam perjuangan mesti ada risiko. Itu maksud beliau (Husam).
 
"Itu cara orang Islam, orang PAS bercakap. Dia selalu guna perkataan, pendekatan begitu. Maksudnya perjuangan mesti ada risikonya. Macam itulah maksudnya," katanya.

Malas dah nak komen banyak-banyak,, mungkin Husam sekarang sudah ada masa terluang,, tidak seperti dulu ada sibuk dengan jawatan exco,,, dan mungkin juga semangat semakin menebal selepas sahaja menjadi calon Ahli parlimen Putrajaya....

1 comment:

  1. Salam Bhai MM,

    Biaq pi depa nak kempen, pas bukan macam umnu ada jawatan yang tak boleh ditanding. Kalau Husam jadi presiden pun tak jadi masalah jika itu kehendak ahli, beliau pun ada karisma seorang peminpin dan ada pengaruh lihatlah ketikamana beliau dicalunkan di Putra Jaya dulu kecut habis teloq lawan dia, kalau tak kerana magic sekarang beliau ialah MP Putra Jaya.

    ReplyDelete