Pages

Thursday, June 13, 2013

MB Ingkar araran atau PKR yang kemaruk jawatan.

Politik gila kuasa... sama sahaja... baik BN mau pun PR... masing-masing kebuloq jawatan bila parti dah berkuasa...
Malah yang tak ada kuasa pun nak juga...


Kat mana tu,, ni kat negeri aku,,, satu kerusi pun tak menang,, tu pun nak juga,,, kerusi speaker pun jadi ler,, sebab penggal PRU12 yang lepas, kaum dari parti demer yang jadi speaker..

Bila mai kat PR.... nun... negeri jiran sebelah negeri aku... masih tak selesai lagi,,, dari isu siapa nak jadi MB,, itu pun satu hal,, nasib baik dalam parti aku yang duk gila jadi dah kena pecat,,, kalau tidak sure huru hara,,, pimpinan Pas lain pun teringin juga,, tapi apa kan daya,, Dap pun ada kuasa juga,,, 
Nak marah kat Dap pun tak boleh juga,, sebelum ini dia dah puas hati dgn prestasi MB yang sedia duk ada,, jadi lebih baik terus kekalkan....he he.. Pas negeri nak kata apa,, setuju juga la... 
Bila Pkr di berikan kepercayaan,,, ada pula otai-otai yang tak puas hati,, dia nak jadi MB,,,, nasib baik ada ketua Agama penentu siapa yang berhak jadi MB,,, otai-otai Pkr melopong gigit jari...

Bila sifat tak puas hat ada dalam diri,, sampai bila-bila pun tetap tak puas hati,, timbul pula isu jawatan Exco,,, pun otai-otai nak juga,,,, he he pada muka,,, MB pilih wanita-wanita,,, sampai ke speaker pun wanita.... otai-otai nak kata apa,, Presiden parti depa pun wanita juga....

Ingatkut dah selesai,,, wo ooo No no,, belum lagi,,, timbul pula isu...

Pegawai seranta politk: MB ingkar arahan PKR?

pada 13-06-2013 07:06 Ditulis Oleh Farah Eliana Adnand


Post Pic

PETALING JAYA: Spekulasi mengenai jawatan pegawai seranta politik kerajaan negeri Selangor semakin kusut apabila Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution mendedahkan bahawa Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim masih belum mengeluarkan sebarang surat rasmi berhubung pelantikan beliau.

Katanya, bidang kerja yang perlu dilaksanakan juga tidak dijelaskan oleh pihak kerajaan negeri mahupun oleh Khalid, walaupun arahan berhubung pelantikan itu dibuat bulan lalu.

"Tiada hitam putih. Tiada maklumat (mengenai bidang kerja)," kata beliau yang ditemui Antaraposselepas menghadiri Mesyuarat Biro Politik PKR di sini malam tadi.

Pada Kongres Nasional PKR ke-9 bulan lalu, Ketua Umum Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan Saifuddin akan dilantik sebagai pegawai seranta politik kerajaan Selangor.
 
Cadangan tersebut timbul selepas Khalid menyatakan keperluan pentadbiran beliau untuk meletakkan wakil politik bagi menjadi perhubungan di antara pentadbiran dan politik di Selangor.
 
Namun dua minggu selepas cadangan itu disuarakan, Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Selangor tampil membangkitkan isu tentang pelantikan Saifuddin yang tidak dibincangkan dengan kepimpinan negeri terlebih dahulu.

Selain daripada itu di tanya pemberita berhubung cadangan daripada DAP dan PAS untuk meletakkan calon masing-masing bagi memegang jawatan yang sama seperti beliau, Saifuddin cuba menngelakkan dirinya daripada memberikan jawapan.


"Saya tidak boleh komen, saya pihak berkepentingan parti. Itu dalam bidang kuasa menteri besar. Takkan saya yang ada kepentingan parti nak komen pasal parti semua. Itu tak betul," katanya.

Sebelum ini, Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP mencadangkan Naib Pengerusi Kebangsaan DAP, Teresa Kok juga dilantik sebagai pegawai seranta politik bagi mewakili parti Cina itu.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dalam satu kenyataan akhbarnya berkata, pelantikan Teresa harus menyamai status dan syarat lantikan yang serupa dengan yang diberikan kepada wakil PKR.

Manakala PAS turut mennyatakan minat yang sama apabila mencalonkan Dr Dzulkefly Ahmad sebagai pegawai seranta parti itu di Pejabat Menteri Besar.

Namun sehingga kini Khalid tidak memberikan sebarang kata putus berhubung cadangan yang dikemukakan oleh parti sekutunya dalam Pakatan Rakyat itu.

Woi... Kesian ler sikit kat MB tu,,, pening kepala ler member, dah sebulan setengah dah selesai dari PRU 13,, apa agenda kerajaan negeri untuk rakyat,, bukannya  nak selesai jawatan kosong kepada calon-calon parti yang kalah dalam PRU 13 yang lalu... 
kalau rasa nak berjuang dalam parti,, tak semestinya kena ada jawatan yang bergaji tetap setiap bulan,,, bagi saja kat pimpinan-pimpinan yang tak berjawatan dan bergaji tetap,,,itu baru pejuang untuk rakyat...

Woii .. Tan Sri Khalid dilantik sebagai MB Negeri Selangor,, bukannya MB Pkr atau MB PR...  Bagi ler peluang dia buat keputusan....  


.






4 comments:

  1. Jawatan pegawai seranta politik kerajaan negeri Selangor yang dicadangkan oleh pemimpin tertinggi PKR kepada Datuk Saifuddin Nasution sebenarnya masih dalam penilaian sama ada jawatan tersebut memberi tindakbalas yang positif mengekalkan pengaruh dan kuasa Pakatan Rakyat dinegeri Selangor atau ianya hanya satu pembaziran saja.

    Tidak timbul soal gila kuasa kerana orang yang bersemangat untuk berkhidmat pada masyarakat akan sentiasa menonjolkan diri bagi tarik perhatian supaya kreditibiliti dirinya dinilai sebaris dengan calon yang menang dalam pilihanraya lalu.


    ReplyDelete
    Replies
    1. apa pon mm...teruk lagi umno

      Delete
    2. Terus tang mana tu,,,,,,,,,,,

      Delete
    3. Ini jew komen pejuang isle...mana pergi komen2 yg hebat dari ahli pas bila admin mm buka isu dlm kain pr...hahaha isle pun ada double standard ke...

      Delete