Pages

Thursday, June 27, 2013

Setelah di matikan, dihidupkan semula, 25 tahun berlalu, baru nak bertelor..

Kerana kuasa,,, mereka sesama mereka berebutan, ada penipuan dibawa ke mahkamah,, lalu parti mereka diharamkan... maka matilah parti itu...
Lalu segera ditubuhkan semula dengan kuasa yang ada pada mereka... sehinggalah 



Jawatan tertinggi Umno boleh dicabar


Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor
Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor
KUALA LUMPUR -[DIKEMASKINI] Jawatan presiden dan timbalan presiden Umno akan dipertandingkan dalam pemilihan parti itu hujung tahun ini.

Perkara itu disahkan oleh oleh setiausaha agungnya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Menurut Tengku Adnan, parti itu tidak menghalang mana-mana pihak untuk menawarkan diri bertanding termasuk bagi merebut jawatan nombor satu parti.

"Semua jawatan boleh bertanding. Semua jawatan dari peringkat presiden hinggalah ke jawatan Majlis Tertinggi.

"Hanya daftarkan diri... semua boleh bertanding," katanya ketika ditemui di lobi Parlimen, hari ini.

Seramai 146,500 perwakilan Umno daripada 161 bahagian di seluruh negara akan membuat pemilihan pucuk pimpinan parti pada akhir tahun ini selaras dengan pindaan perlembagaan parti pada 2009.

Isu membabitkan kedua-dua jawatan tertinggi parti itu dibangkitkan oleh Badan Perhubungan Umno Negeri Sembilan yang dilaporkan mencadangkan supaya jawatan tersebut tidak perlu dipertandingkan.

Cadangan itu disambut baik di pelbagai peringkat dalam parti supaya perkara itu direalisasikan.

Bagaimanapun ada juga yang membantah dan tidak bersetuju dengan cadangan berkenaan termasuk Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob yang tidak mahu Umno menjadi parti yang eksklusif.

Adnan dilaporkan berkata bahawa kesemua jawatan harus terbuka untuk dipertandingkan bagi menjadikan Umno kekal relevan kepada golongan muda dan berpendidikan.

Apakah dengan kedatangan jerebu yang melanda negara dalam sehari dua ini memberi petunjuk sekali lagi apa yang akan bakal berlaku pada umno kali ini.... sama-sama kita dan lihat... 



No comments:

Post a Comment