Pages

Thursday, July 25, 2013

Apa yang boleh dikatakan,,, tengok dan nganga ajalah... Undang-undang Malaysia...

Nak harap umno selaku tonggak pemerintahan dalam negara nak membela agama Islam... Phuiii...

Yang depa tau, buat isu,, depa yang izin, depa yang bising balik kalimah Allah... 

Kini ada satu lagi masaalah....


Perakuan pengislaman 3 anak guru tadika tak sah



Mahkamah
Mahkamah
IPOH - Mahkamah Tinggi di sini hari ini memutuskan perakuan pengislaman terhadap tiga anak seorang guru tadika, M. Indira Ghandi, adalah batal dan tidak sah.

Pesuruhjaya Kehakiman Lee Swee Seng memutuskan pertukaran agama yang dibuat Mohd Ridzuan Abdullah, bapa kepada Tevi Darsiny, 16; Karan Dinish, 15 dan Prasana Diksa, 5, adalah tidak mengikut peraturan.

"Berdasarkan Enakmen Pentadbiran Islam Perak, ketiga-tiga anak itu perlu mempunyai hasrat untuk memeluk agama Islam tanpa sebarang paksaan.

"Dalam kes ini, ketiga-tiga anak berkenaan tidak dapat dibuktikan melafazkan dua kalimah syahadah dan mereka serta ibunya tidak hadir ke Pejabat Agama Islam untuk mendaftar bagi tujuan menukar agama," katanya dalam penghakimannya yang dibaca selama 1 jam 40 minit.

Lee berkata penukaran agama itu juga tidak sah dan batal kerana tiga beradik itu tidak hadir di hadapan pegawai agama bagi tujuan melafazkan pengisytiharan memeluk Islam (mengucap dua kalimah syahadah).

Katanya keputusan itu dibuat bukan untuk kemenangan mana-mana pihak tetapi lebih penting adalah keharmonian untuk semua agama dalam negara ini.

Mohd Ridzuan, yang sebelum ini dikenali sebagai K. Patmanathan, membuat pertukaran agama daripada Hindu kepada Islam bagi ketiga-tiga anaknya pada April 2009 dan memperoleh sijil pertukaran itu daripada Jabatan Agama Islam Perak untuk ditunjukkan kepada Indira Ghandi sebagai bukti.

Pada 25 Okt 2009, Indira Ghandi, 38, memfailkan permohonan semakan kehakiman di Mahkamah Tinggi di sini untuk membatalkan Perakuan Memeluk Islam tiga anaknya.

Wanita itu kemudian membuat permohonan kepada mahkamah sama supaya kes itu dipindahkan ke Mahkamah Persekutuan bagi menentukan empat persoalan berkaitan perundangan bagi kes ibu bapa dan anak-anak yang terbabit dalam perkahwinan didaftarkan mengikut Akta Pembaharuan (Perkahwinan dan Cerai) 1976.

Ia termasuk persoalan sama ada ibu atau bapa secara sebelah pihak boleh menukar agama anak mereka yang masih di bawah umur kepada Islam selepas perkahwinan tanpa mendapat persetujuan sebelah pihak lain dan keputusan mana terpakai jika berlaku pertentangan perintah yang dikeluarkan antara Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Syariah.

Kes pasangan berkenaan pernah mendapat perhatian umum hingga ke Kabinet pada April 2009, memutuskan kanak-kanak mesti kekal menganut agama asal ketika ibu bapanya berkahwin walaupun selepas seorang daripada pasangan itu menukar agama.

Keputusan itu bagi mengelak individu yang tidak bersalah, terutama anak-anak, menjadi mangsa dan dilayan secara tidak adil.

Pada April 2009, Mahkamah Tinggi Syariah Ipoh memberi hak penjagaan tiga beradik itu kepada Mohd Ridzuan, tetapi 11 Mac 2010, Hakim Mahkamah Tinggi di sini, Datuk Wan Afrah Wan Ibrahim, memutuskan hak penjagaan tiga beradik itu diserahkan kepada bekas isterinya iaitu Indira Ghandi.

Sementara itu, Indira Ghandi ketika ditemui di luar mahkamah berkata beliau gembira dengan keputusan ini setelah menanti selama empat tahun.

"Saya berterima kasih kepada peguam saya yang banyak membantu dalam kes ini," katanya.

Kes berkenaan membabitkan enam responden iaitu Penolong Penasihat Undang-Undang negeri, Norazura Mokhtar mewakili responden satu, dua dan tiga iaitu Pendaftar Mualaf, Pengarah Jabatan Agama Islam Perak dan kerajaan Perak serta turut menyebut bersama responden empat dan lima iaitu Kementerian Pelajaran dan Kerajaan Malaysia.

Peguam Hatim Musa mewakili responden keenam iaitu Mohd Ridzuan manakala Indira Ghandi diwakili peguam M. Kulasegaran, N. Selvam dan K. Shanmuga. - Bernama

Dimana Mufti Harussani,,, di mana Kazim.... selaku pembela melayu dan Islam...


8 comments:

  1. pada mereka berdua,kes ini tak ada nilai komersial.so buat pekak telinga n butakan mata aje lah...

    ReplyDelete
  2. elok lg yg mati pucuk dari dua 'tokoh agamawan' ni...wallahualam

    ReplyDelete
  3. KES NI DAH LAMA...MCMX2 AKU DENGAR SAMPAI SAUDARA RIDZUAN NI DIGERTAK DAN DIUGUT..MACAM MANA INDRA NI XMENANG..HAKIM KAFIR..LAGIPUN HINDU BERSATU PADU MENANGKAN INDRA NI..BANYAK DANA DIA DAPAT SAMPAI 3 LAWYER DIA BOLEH HIRE..MANA DIA AMIK DUIT KALAU X PERTUBUHAN AGAMA HINDU DAN KRSITIAN BANTU?DAH MENANG..KES NI AKAN JADI REFERENCE LAW UTK KES AKAN DATANG...SEPATUTNYA SEBAGAI AGAMA ISLAM AGAMA RASMI DAN PEMERINTAH ISLAM SULTAN PUN ISLAM..KITA ADA LEGIMATE UTK TIDAK MEMBIARKAN KES NI DIBAWA KE MAHKAMAH CIIVIL !

    ReplyDelete
  4. Ala Kazim..................
    Harus sana sini..........

    ReplyDelete
  5. Riduan teh pun senyap?

    Apa nak jadi?

    Nnt bala dah mai, baru nak alih kepala lutut ke kepala, masa tu dah lambat.

    ReplyDelete
  6. dah lama dah aku dengar2 tentang krjn mlay ni yg bodoh sngat.mcm tak dak kuasa.ada kuasa tapi org lain bleh mempermain2kan.itulah be end....

    ReplyDelete
  7. biar umno yg murtad kan melayu dari DAP yg murtad kan melayu kata ketua wanita lembu...kahkahkah

    ReplyDelete
  8. kalo tanye umno...ni salah mak bapak...kahkahkah

    ReplyDelete