Pages

Monday, July 22, 2013

Bala dalam bulan Ramdhan di Johor akibat kecuaian manusia!

Jika kejadian musibah berlaku di Pulau Pinang hebaoh sentor Malaysia,, tetapi bila kejadian berlaku di negero totok umno Johor,,, sunyi sepi....

BAK MEDAN PERANG: Orang ramai melihat kerosakan di Jalan Bukit 2, Bandar Seri Alam, Johor Bahru, kelmarin menyusuli kejadian bongkah-bongkah batu berterbangan dari sebuah kuari berhampiran. Dalam kejadian itu, sekitar 20 kereta remuk akibat dihempap bongkah-bongkah batu yang berterbangan itu. 


'Hujan batu' di Johor

Satu mati, 14 kilang rosak, 20 kereta remuk selepas bongkah batu berterbang ekoran letupan di kuari granit
JOHOR BAHRU: Dalam masa kurang lima minit, kawasan perindustrian Seri Alam berubah menjadi bak medan perang dengan sekitar 20 kereta remuk akibat dihempap bongkah-bongkah batu yang berterbangan.
Kejadian yang berlaku sekitar 12.30 tengah hari kelmarin itu menyebabkan seorang pekerja kilang warga Nepal terbunuh, menurut laporan akhbar The Star, semalam.
Selain warga Nepal itu, seramai 11 orang lain cedera dalam kejadian yang berlaku menyusuli satu letupan di kuari granit yang berada di atas bukit, sekitar 500 meter daripada sebuah kilang plastik.
Para pekerja kilang plastik yang panik melarikan diri mencari perlindungan setelah batu pelbagai saiz, termasuk ada yang sebesar kereta Perodua Kancil, menghujani kawasan perindustrian itu.
Batu-batu yang melayang akibat letupan di kuari itu turut merosakkan 14 kilang lain di kawasan perindustrian berkenaan.
Pekerja Nepal yang berusia sekitar 30-an tahun itu meninggal dunia di tempat kejadian setelah kepalanya dihentak batu yang melayang.
Seorang lagi pekerja Nepal di kilang itu yang hanya ingin dikenali sebagai Encik Bador berkata beliau dan rakan-rakan sekerjanya terlibat dalam tugas membungkus apabila mereka terdengar bunyi dentuman kuat.
"Tiba-tiba 'hujan batu' bermula. Saya lihat mangsa terkena batu dan rebah," katanya sambil menambah beliau segera lari keluar dari kilang itu untuk menyelamatkan diri.
Kuari milik syarikat Mados Sdn Bhd itu telah beroperasi selama lebih 20 tahun.
Seorang saksi berkata beliau sering mendengar kuari itu menjalankan kerjakerja meletupkan batu sekitar waktu tengah hari, tetapi ini merupakan kali pertama bongkah-bongkah batu terpelanting ke kawasan kaki bukit.
Menurut Timbalan Penolong Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Johor, Encik Mohd Rizal Buang, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 1.14 petang.
Beliau berkata seramai 37 kakitangan jabatan itu, dari balai bomba Pasir Gudang dan Johor Jaya, telah dikerahkan ke tempat kejadian sementara mayat mangsa dan mereka yang cedera telah dibawa ke Hospital Sultan Ismail.
"Kami telah memberitahu pengendali kuari supaya menghentikan semua kerja sementara kami melaksanakan operasi mencari dan menyelamat.
"Letupan itu menyebabkan batu dan serpihan melayang dalam lingkungan satu kilometer daripada kuari berkenaan," katanya.
Sementara itu, Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, semalam merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa yang meninggal dunia dalam kejadian itu.
Dalam kenyataan media yang dimuat naik ke akaun rasmi beliau di Facebook semalam, Datuk Seri Khaled berkata beliau "kini sedang menunggu laporan terperinci daripada agensi penguatkuasaan terlibat untuk diteliti bagaimana kejadian itu boleh berlaku".
Tambahnya, kerajaan Johor tidak akan teragak-agak mengambil tindakan tegas sekiranya "terdapat unsur-unsur cuai" yang menyebabkan berlakunya kejadian tersebut.

Sumber : Klik Sini

11 comments:

  1. Hell0 BABI Manjung Mari...itupun mau salah UMNO ke,,,,Tokey Kuari tu CINA DAP.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Indahnya bahasa UMNO di bulan mulia ni, menggambarkan akhlaknya di bulan-bulan yang lain.

      Delete
    2. Hei puasa tak? Sedap mulut panggil orang lain BABI. Lupakah yang kita ni dah 3 kali jadi BABI dengan tuduhan tu????? Awat tak Cina MCA, mau juga Cina DAP? Ini tentu UMNO totok @ Melayu totok yang sembah busut anai-anai kot.

      Delete
    3. Asalkan cina DAP yang dari MCA tu bukan Cina ke ker JAWA

      Delete
    4. Salaam Bro kau ni hati hitamlah...aku tanya kau yang rasis sangat...seluar dalam kau tu buat sendiri ke?

      Delete
    5. Tak kiralah tokey kuari tu cina ke, mamak ke, nepal ke, bangla ke, indon ke, israel ke, yang kita mau tau macam mana lesen kuari itu dikeluarkan. Adakah telah dibuat penilaian terlebih dahulu atau PTG terima arahan supaya diluluskan saja...

      Delete
    6. Ya lah memang salah UMNO sebab UMNO yang perintah Johor, Cina MCA tak termasuk sbb tolak exco dan Cina DAP kapir harbi lagi tak ada apa2 sbb pembangkang.

      Orang macam kamu nih akan kata babi haram dan rasuah pun haram...tapi rasuah akan halal bila sampai dimulut kamu.....

      Delete
    7. PESANAN DRPD ORG UMNO: jngan la kita trpengaruh dngan provokasi pihak pembangkang yg sngaja mnyalahkan UMNO.. terutamanye d bulan yg mulia ini.. yg penting Melayu semua slamat sejahtera.. syukur.. Johor negeri kesayangan kita masih aman.. -:) keh keh keh keh...

      Delete
  2. Memang dah tengok berita pun. Penulis baru tahu ke.

    ReplyDelete
  3. kalau betul milik mados sdn. bhd., berani ke mb nk ambil tindakan...mados ni milik kerabat diraja johor...

    ReplyDelete