Pages

Saturday, July 6, 2013

Cerdik dan bijak sungguh Presidennya, Datuk Omar Osman..

Sifir dan matematik tahap apa Presiden Cuepac gunakan...,,hangpa baca sendiri apa dia idea... 



Cuepacs saran bina rumah bawah RM250,000


 Presiden Cuepacs, Datuk Omar Osman
Presiden Cuepacs, Datuk Omar Osman
SHAH ALAM - Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) menggesa kerajaan persekutuan dan negeri menyediakan rumah kos sederhana berharga RM250,000 ke bawah untuk penjawat awam.

Presidennya, Datuk Omar Osman berkata ini kerana kira-kira 45 peratus daripada 1.4 juta penjawat awam masih tidak mampu memiliki rumah sendiri kerana faktor harga.

"Kumpulan 45 peratus ini masih menyewa rumah dengan kadar RM800 ke RM1,500 sebulan walaupun ada yang sudah lima tahun berkhidmat. Sampai bila mereka nak menjalani kehidupan seperti ini (tidak memiliki rumah sendiri).

"Kita mahu ini (penyediaan rumah kos sederhana) dilaksanakan segera bagi membolehkan penjawat awam tinggal di rumah sendiri dengan selesa," katanya kepada pemberita selepas merasmikan persidangan dan mesyuarat agung tahunan Kesatuan Guru-Guru Dalam Perkhidmatan Pelajaran Malaysia (Kongres) di sini hari ini.

Omar berkata langkah penyediaan rumah kos sederhana yang mampu dimiliki penjawat awam berpendapatan RM7,000 ke bawah secara tidak langsung boleh meningkatkan produktiviti dan prestasi kerja mereka.

Mengambil contoh Putrajaya, beliau berkata majoriti penjawat awam di pusat pentadbiran negara itu tidak memiliki rumah sendiri, sebaliknya hanya menetap di kuarters kerajaan.

Omar turut mencadangkan supaya Jabatan Perumahan Negara dipertanggungjawab menyediakan rumah kos sederhana berbanding pihak pemaju.

Beliau berkata pihaknya bersedia memberi pandangan dan kerjasama kepada kerajaan persekutuan dan negeri bagi menyelesaikan isu itu.

Mengulas mengenai bonus, Omar berharap kerajaan menimbang pemberian bonus dua setengah bulan kepada penjawat awam di seluruh negara seperti yang dicadangkan Cuepacs sebelum ini.

"Kita telah bawa cadangan pemberian bonus ini kepada kerajaan dan telah mendapat maklum balas daripada Ketua Setiausaha Negera (KSN). KSN berkata terpulang kepada perdana menteri untuk memutuskan perkara ini.

"Apapun kita berharap penjawat awam akan menerima bonus setengah bulan gaji sebelum Hari Raya Aidilfitri dan selebihnya diumumkan perdana menteri pada pembentangan Belanjawan 2014, Oktober ini," katanya.

Dalam perkembangan lain, Omar berkata pihaknya akan mengadakan perjumpaan khas dengan semua anggota di bawah Majlis Permuafakatan Kesatuan dan Persatuan Guru Kementerian Pendidikan bagi mendapatkan maklum balas berhubung kesan penggabungan Kementerian Pelajaran dan Kementerian Pengajian Tinggi di bawah satu kementerian iaitu Kementerian Pendidikan.

Beliau berkata hasil perjumpaan itu yang dijadual berlangsung September ini akan diserahkan kepada kerajaan untuk tindakan lanjut.

Terdahulu, Omar menerima 17 resolusi daripada Presiden Kongres, Datuk Jemale Paiman untuk tindakan kerajaan persekutuan dan Kementerian Pendidikan, termasuk mewajibkan guru dan pensyarah yang mengajar subjek bahasa Melayu untuk mengajar mata pelajaran itu di semua peringkat termasuk sekolah vernakular tanpa kompromi ke arah memupuk keharmonian dan perpaduan kaum di Malaysia.

Ia juga antara lain memohon supaya 27 Institut Pendidikan Guru dinaik taraf sebagai Universiti Pendidikan Malaysia yang berfungsi melahirkan graduan guru yang mempunyai Sijil Profesional Standard Guru Malaysia untuk mengajar di semua sekolah. - Bernama

Sepatutnya dia minta kepada kerajaan rumah harga kurang dari RM200 ribu,, itupun dah mahal.... 

Lagi satu... 

Omar berkata langkah penyediaan rumah kos sederhana yang mampu dimiliki penjawat awam berpendapatan RM7,000 ke bawah secara tidak langsung boleh meningkatkan produktiviti dan prestasi kerja mereka

Kakitangan awam starting kerja berpa gajinya,,, kalau enginner gaji mula RM2,300, nak tunggu berapa tahun baru nak dapat gaji RM7,000.00.... baru nak selesa dapat rumah,,,, aduii....





19 comments:

  1. Habih sesapa yang bukan pegawai awam nak biarkan je terus menyewa... Mintaklah jangan jaga kepentingan penjawat awam semata-mata bila menyentuh soal kemudahan perumahan. APA LAGI YANG KAMU NDAK?

    ReplyDelete
  2. presiden ceupac yg bangang dan tau bodek saja.ranapkoan dia dari ceupac.

    ReplyDelete
  3. Asyik kena tukar je, nak beli rumah pun tertangguh sampai umur dekat 50 dah.

    ReplyDelete
  4. Dia sendiri duduk kuarters kerajaan... wakaka

    ReplyDelete
  5. Macam mana dia ni boleh jadi presiden ceupec ni...

    ReplyDelete
  6. kalau dah mangkuk katakan mangkuk , tidaklah aku ternanti-nanti....

    ReplyDelete
  7. kalo ikut sifir Omar Osman ni navy pakat duduk tngah laut kt Pangkor le kot.. x mampu nk beli umah.. he he he..

    ReplyDelete
    Replies
    1. apa kata kita pakat2 jadi robin hood,kita samun& bantu yg susah dan perlu....hahahahha.Navy boleh buat rumah rakit mcm dayak kg air.

      Delete
  8. Padan la manjungmari beli dua bini rumah,

    ReplyDelete
  9. Salam Manjung Mari

    Sah mamat ni bangang!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang betui dan betui manjung mari cakap tak serupai mari,

      Delete
  10. 45 percent yg masih menyewa tu trmasuk Omar Osman la kot.. beliau brcakap mewakili diri sendiri & org lain... he he he.. brsangka baek la..

    ReplyDelete
  11. ni semua adalah idea umno nak memastikan rakyat sentiasa miskin. kerana kemiskinan adalah PERHAMBAAN. aku dah lama dah perhatikan. kenapa umno jual tanah pada cina. apa pasal? duit tu bukan la utama. ianya hanyalah sebagai bonus je. yg penting KUASA. kira pakej la ni. nak kuasa mesti jadi kaya dan ada hamba. kuasa utk membentuk MINDA pak turut. org miskin ni aka HAMBA ni will do anything nak survive kelangsungan hidup. sanggup meminjam dgn kadar riba yg tinggi, ambik ptptn walaupon result bagus dan termasuklah jadi kuli batak pemerintah walaupon tahu mmg x betul. tu pasal la jenayah kini kian meningkat. bukan makin berkurang.

    pelikkan, hari2 tb3/4 kata negara makin maju tapi kadar jenayah meningkat. sampai rumah kj pon kene gak. sedar2 rupanya2 kadar hutang isi rumah negara dah meningkat jadi 80% dari nilai kdnk negara. bab ni tb3/4 x kan cerita. utusan x payah diharaplah. dia tabloi politik. untuk ahli2 sahaja. nak tahu kene g ke http://www.ubah.tv/. dgr persidangan perliment sendiri. jika diamati sejarah Islam pulak. kemajuan nya berkadar terus dgn penurunan jenayah. siap sampai ada zaman yg mana x sapa pon layak dapat bantuan zakat. ni baru betul dikatakan maju. maju bukan bermaksud bertapa megahnya banggunan2 tinggi...tapi maju bermaksud bertapa kayanya rakyat merhain.

    rupanya2 semata2 nak memastikan rakyat sentiasa tunduk, taat dan diperhambakan oleh golongan2 bangsawan keparat ni. benda ni benda baru ke? sapa kata baru mesti x baca sejarah. x percaya baca balik sejarah revolusi perancis. sama ke x situasinya dgn sekarang? sama kan. tapi kini diberikan nafas baru. monarki (bangsawaan umno) berbulukan demokrasi...hihihi. reboot la katakan. kini sejarah berulang kembali.

    kenapa letak harga rumah sampai 200K? pasal statistik MOF dah menunjukkan. dgn harga 200K ni adalah harga yg rakyat akan bayar SEPANJANG HAYAT (golongan pertengahan saja). cekek sampai kering. bawah dari tu g mampos la (dah jadi hamba lepas spm pon). sebab golongan pertengahan ni adalah golongan yg BERPOTENSI utk melawan umno mcm rafizi ramlee. umno cukup takut org2 mcm rafizi ni. jadi umno akan pk 1001 cara nak pastikan golongan ni sentiasa MISKIN. mcm aku cakap laa...kemiskinan adalah perhambaan..

    namun sejarah pon dah membuktikan. sehina hina seorang hamba pon, sampai limitnya terbalik gak negara. x caya? tgk la mesir, syria, tunesia dan lain2. semua kini sedang menjalani revolusi perancis. dan sejarah akan berulang kembali. ni la masalahnya dgn golongan bangsawan umno yg berotakkan lembu ni. nak kaya tapi x pandai bisness. yg dia pandai hanya cekek poket rakyat sendiri. rompak hasil negara dan rasuah sana sini. ni kerja SENANG. x payah belaja tinggi2. buang masa je. yg ni rakyat x nak. pemimpin lemah otak. org atas x produktif. menyekat pembangunan kemajuan org bawah. sudahnya harun salim bacik pon kene terajang dgn zack sembilu. baru ada akai.

    ReplyDelete
  12. harga rumah 250k + ins. api 4k + ins. nyawa 7k.....jumlah 261k + 183k. ...interest.....jumlah 444k. ....kl di bahagi 360 bulan........potongan rumah rm 1300.00.........gaji lepasan spm slps 5 tahun keje rm 1800............ fikir fikir lah CUEPACS

    ReplyDelete
  13. RM250,000 tu rumah kos sederhana? Berapakah kakitangan awam yang gajinya RM7,000 sebulan?

    ReplyDelete
  14. entah bila rumah nak murah ni....

    ReplyDelete
  15. Mmg tak logik..mmmml.tu gji dia ke apa 7k

    Ckplah umah kos sederhana @mampi milik untuk gaji rm2500 kebawah atau isirumah rm6 k..yg ni bru org betul2 mahu...terdesak nak duk umah sendiri wpun umah mampu milik atau sederhana..yg gji 7k..skang mmg duk umah semi D La skang....dan nk kerajaan nk tggu 7 k....pencen pun blum tentu..huhu...kecuali jd teng politik....

    ReplyDelete
  16. Yg ni yg susah bila fikir pakai lutut,ni la melayu yg d laung2kn hidup melayu.klau fikiran mcm gini baik gi mampos dr hidup..xguna btul,woi cuepacs aku ni dh keje ngan goverment 5thn,gaji xsmpai pun 3000/bln,rasa2 ko la brape thn lg aku nk tggu smpai gaji cecah 7000/bln??..masa tu lak brape ko rasa harga rumah??250k?jgn harap,skrg nk cri rumah yg harga 100k lbih pun teruk.. lain kali fikir pakai otak,jgn asyik nk menjilat je bodoh jdnye..

    ReplyDelete
  17. Memang patut minta rumah bawah RM 200k..kalau boleh, RM 140K ..kalau rumah sampai 250k, pegawai je yang boleh beli..itupun berapa tahun kerja baru boleh..

    ReplyDelete