Pages

Friday, July 12, 2013

Jamil Khir menteri agama merendahkan undang-undang syariah!

Aku tak pasti apakah berita ini,, ataupun menteri berkenaan sendiri yang terkeliru....



Jamil Khir: Hukuman rasuah SPRM lebih berat berbanding undang-undang syariah

pada 12-07-2013 08:07


Post Pic
 
 
KUALA LUMPUR: Hukuman rasuah di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 lebih berat jika dibandingkan dengan hukuman di bawah undang-undang syariah di negara ini.
 
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata hukuman atau penalti bagi kesalahan memberi atau menerima suapan seperti yang diperuntukkan dalam Seksyen 24 Akta SPRM 2009 lebih tinggi berbanding hukuman di bawah undang-undang syariah.
 
"Ini jelas menunjukkan bahawa hukuman bagi jenayah rasuah lebih tinggi berbanding dengan hukuman yang boleh dilaksanakan di bawah undang-undang syariah yang berkuat kuasa di negara ini," katanya ketika menggulung perbahasan usul menjunjung kasih titah Yang di-Pertuan Agong di Dewan Rakyat semalam.
 
Beliau berkata demikian bagi menjawab cadangan Datuk Seri Abdul Hadi Awang (PAS-Marang) yang menyarankan supaya kesalahan rasuah dimasukkan dalam undang-undang syariah.
 
Jamil Khir berkata, di bawah Akta SPRM 2009, hukuman atau penalti bagi kesalahan memberi atau menerima suapan apabila disabitkan boleh dipenjara selama tempoh tidak melebihi 20 tahun dan didenda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai suapan. 

Apa yang dikatakan tu kalau dari teknikalnya memang betui,,,, tetapi janganlah disebutkan undang-undang syariah,,, itu adalah undang-undang enakmen yang datang dari majlis agama islam negeri-negeri,, yang mana digubal oleh adun-adun yang entah menepati atau tidak dengan hukum syariah... 
Sebagai contoh,,, hukuman berkhalwat (berdua-dua) apa hukumannya yang hakim syariah jatuhkan,, menepati ke dengan undang-undang yang sedia ada dalam syariah Islam... 

Tak payahlah nak sebut undang-undang syariah,,, memalukan intitiutsi Islam sahaja,,, Undang-undang Syariah sepatutnya adalah yang terbaik.... cuma penggubal undang-undang sahaja tak nak implementkan dalam kanun akta di malaysia ini.

3 comments:

  1. Kekadang bila manusia berada di atas, dia lupa dulunya ia pernah berada di bawah. Janganlah diangkat undang2 manusia. X sedarkah betapa kecilnya kita, makhluk ciptaan ALLAH

    ReplyDelete
  2. Who has the most wisdom....manusia yang kerdil seperti awak seorang Menteri Agama atau ALLAH SWT.

    ReplyDelete
  3. mcm ni pun blh jd menteri agama.patutlah bukan islam pandang lekeh orang islam kt msia ni.munafik sangat...bertobatlah tok oii...

    ReplyDelete