Pages

Wednesday, July 17, 2013

PRK Kuala Besut - Berita yang mengembirakan PAS Terengganu..

Aku terbaca satu coretan yang rasa-rasa perlu kita ketahui... moga-moga beri peransang buat kemenangan PAS pada 24 Julai nanti .... Ins Sya Allah.




Nampaknya calon UMNO BN K.Besut semakin gundah gulana setelah didedahkan beliau tidak layak dan calon yang Umno tersilap kutip. Kononnya engineer dan hebat dimata Umno tetapi telah menyusahkan ribuan keluarga di besut dek isu empangan yang nak runtuh dan dibiarkan olehnya. Paling malang kerana berada di bawah kelolaan dan tugasan jurutera itu yang kononnya hebat. Itu isu besar yang tidak media Umno tayangkan kepada seluruh rakyat.

Kalau sebelum jadi wakil rakyat sudah menyusahkan 400 orang petani di sana yang melibatkan ribuan keluarga tidak mendapat hasil pendapatan kerana empangan yang dibiarkan juga kerana projek kroni sebagai penyebabnya, bagaimana jika menjadi wakil rakyat. Jadi sekarang Umno kepanasan dan calon jadi tak betul, pencacai mula meroyan. Ini tanda awal, good indicator untuk kemenangan PAS jika tanpa berlaku penipuan.

Umno seharusnya memilih calon di hati rakyat, bukan calon yang telah menyusahkan ribuan rakyat. Pada masa yang sama jangan hina calon PAS yang sememangnya di hati rakyat. PAS tidak jadikan calonnya terus diam membisu. Beliau akan membawa suara rakyat setelah menang. Umno mungkin takut jika saya bersuara. Ke macam mana?? Sehingga mengatakan calon PAS perlu ikut telunjuk parti. Beliau che long lebih tahu hal penduduk setempat dan sampai masanya untuk rakyat hantar che long ke dewan bagi membuat perubahan di kuala besut. Hantar dulu, kemudian tengok perubahan.

Bukan perangai PAS untuk mendedahkan keburukan calon lain. Sebab itu Umno mesti faham dan tidak menghina calon yang kita tampilkan. Beliau orang kampung yang sesuai dengan keadaan di kuala besut dan penduduk di sana rata-rata mengenali beliau. Seorang yang zuhud dan bersahaja bahkan menolak projek untuk menjual agama. Jadi jangan marah apabila kita mendedahkan dan mengatakan calon Umno tidak berguna itu sememangnya tidak berguna untuk rakyat Kuala Besut.

Menyusahkan rakyat sejak awal dan tidak menjalankan tugas sebagai seorang jurutera yang hebat kononnya tetapi pengaduan penduduk sangat jelas kepada kita. Sepanjang berkampung di k.besut, perubahan rakyat amat ketara sehingga Umno takut saya bersuara. Maka SPR dan Umno mesti adil, jangan guna jentera kerajaan untuk kempen. Jangan sesuka jati menghabiskan wang rakyat untuk membeli rakyat kuala Besut. Mereka memang orang susah, dan sebab itu kita minta penduduk di sana jadi bijak. Ambil semua yang Umno bagi, 24 Julai undi BULAN sempena bulan ramadhan kareem.

Selamat Bertarawih...

11 comments:

  1. Replies
    1. LAIN KALI LAH.....PAS BOLEH BELAH

      Delete
    2. setuju dgn AnonymousJuly 18, 2013 at 10:28 AM
      hanya SPR yg boleh tentukan umno menang ataupon kalah di KB...Allah pon x boleh nak tumbangkan umno di malaysia...kahkahkah

      Delete
    3. ini kali lah.........PAS menang rakyat Kuala Besut senang. PAS kalah rakyat kuala Besut miskin dan papa kedana

      Delete
    4. kpd AnonymousJuly 18, 2013 at 12:20 PM, igt kuasa Allah S.W.T. adalah tidak trhad.....anda pn tak pasti bila anda dpt hidup ke tidak esk hari...jgn pnuh dgn sifat takbur dlm hati....mgucapla...

      Delete
  2. rakyat bukan pilih parti yg konon2nya bagusss
    rakyat wajib pilih yg bnar2 utk rkyat..
    yg dipilih itu bukan parti..bukan wakil parti..ttpi sbnr2 wakil rkyat!

    rkyat TAK perlu..TAK perlu kpd PAS DAP PKR @ BN
    ttpi..PAS DAP PKR lah yg sgt2 memerlukan rkyat!

    rakyt wajib bijak, supaya dpt melihat sume parti2 politik itu kelahap undi drp rakyt!

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg pas perlu undi dr rakyat sama juga umno. .mu ni bodo pilihanraya mmg nak undi lah bodo ke org masuk pilihanraya nk mkn nasi...bodo mok mu x ajar ko bahalol

      Delete
  3. Pas x kan menang sampai KIAMAT...bukan sebab PAS x bagus...tapi sebab SPR yg lebih berkuasa dari Allah

    ReplyDelete
  4. PAS menang.. 16-16.. WIN-WIN SITUATION. Kan BN suka situasi Win-win... mcm yg selalu Dato' Seri Rais cakap...

    ReplyDelete
  5. Anon 12.20 dan 12.22 bartaubatlah anda kerana mempersendajan ALLAH lihat sehebat Firaun pun mati ditelan laut inikan pula UMNO cuma masanya belum tiba.

    ReplyDelete
  6. Allah maha besar...jgn sesekali memperkecilkan kuasanya....anon yg kat atas tu mu ni setanding dgn firaun..bertobatlah sbb mu dh kafir..

    ReplyDelete