Pages

Saturday, July 13, 2013

PRK Kuala Besut - Calon Bn bukan anak tempatan?

Nampaknya umno awal-awal dah kantoi dalam isu calon... Apakan senario PRK Kuala Terengganu 2008 akan mengulangi sejarah PRK di Malaysia?






BERITA

PAS Serang Calon BN Dakwa Bukan Anak Tempatan
Malah serangan peribadi terhadap Tengku Zaihan juga membabitkan dakwaan kononnya pemilihannya sebagai calon bertanding dalam Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut tidak mendapat restu pemimpin tempatan.
Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali berkata, beliau dimaklumkan bahawa Tengku Zaihan tidak dilahirkan dan dibesarkan di Kuala Besut seperti yang dilaporkan media sebelum ini.
"Calon BN ini kurang dikenali oleh masyarakat setempat. Ada yang kata beliau tidak dilahirkan dan dibesarkan di sini...cuma keluarganya ada di sini.
"Mengikut sumber juga calon BN ini bukan kehendak masyarakat setempat. Tetapi beliau didatangkan dari pilihan orang Putrajaya," katanya pada sidang media di markas PAS di Kampung Baharu di sini, Sabtu.
Menurut Mustafa, berbanding wakil PAS, Endut @ Azlan Yusor, beliau merupakan calon akar umbi yang menjadi pilihan masyarakat setempat di Kuala Besut.
"Azlan tak pernah pun bercita-cita nak jadi calon pilihan raya. Tapi memandangkan beliau mempunyai kriteria 'calon rakyat', maka kita beri kepercayaan kepadanya," katanya.
Media sebelum ini melaporkan Tengku Zaihan merupakan anak kelahiran Kuala Besut dan pernah berkhidmat sebagai jurutera awam di Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Besut sebelum dipindahkan ke Putrajaya

Ish..ish... rasanya 16-16 dah ni pada ptg 24 Julai 2013.... Ins Sya Allah..

3 comments:

  1. nampoknyer begitu ler kisahnyer 16-16....insyaallah boleh dicapai.....cumer kene peghatikan SPR sianjing UMNO/BN tu.....jgn bior kencing merate-merate....hihihihihih

    ReplyDelete
  2. apa nak heran...pengundi CIMB pon bukannya pengundi org tempatan...kahkahkah

    ReplyDelete
  3. husam bertanding di putrajaya x jadi masalah pun

    ReplyDelete