Pages

Monday, July 1, 2013

Rompak - Petunjuk buat menteri muda umno...

Perompak kat Malaysia ni dia tak pilih bulu, siapa saja akan menjadi mangsa jika peluang yang ada depan matanya memudahkan untuk ia melaksanakan tugas merompak..


Bila tengahari semalam, berita jam 1 tgh, ada cerita rumah menteri kena rompak,, tak disebut menteri mana ?... Cuma ditunjukan tindakan polis yang pantas untuk mengesan perompak tersebut disebabkan mangsa seorang menteri... Dah petang baru keluar cerita menteri mana ?..

Rumah dirompak, KJ anggap jenayah negara serius






Khairy Jamaluddin
Khairy Jamaluddin
SHAH ALAM – Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin menyifatkan kegiatan jenayah rompakan di negara ini begitu serius, susulan insiden yang turut membabitkan rumahnya semalam.

Menurutnya, kejadian seumpama itu yang dikategorikan sebagai jenayah adalah masalah nyata bukan persepsi semata-mata.

“Insiden ini adalah peringatan kepada kita semua bahawa jenayah merupakan masalah serius di negara kita.

"Masalah ini adalah perkara yang nyata, bukan semata-mata persepsi,” katanya yang dipetik dari laman sosial Facebooknya hari ini.

Ahli Parlimen Rembau itu juga mengesahkan kejadian rompakan  di kediaman ibunya yang juga kediamannya berlaku pada Sabtu.

“Terima kasih kepada rakan-rakan yang telah mengirim mesej melalui SMS, FB dan Twitter tentang kejadian rompakan di rumah ibu saya semalam yang juga merupakan kediaman saya.

“Syukur Alhamdulillah tiada siapa yang cedera,” tulisnya lagi.

Khairy turut menyatakan perkara itu juga sudah dimaklumkan kepada pihak berkuasa untuk tindakan lanjut.

“Pihak polis sudah membuat kenyataan tentang kejadian ini dan saya serah kepada PDRM  (Polis di Raja Malaysia) untuk menjalankan siasatan,” ujarnya

Bila nama menteri muda ni, aku teringat balik kisah dia sewaktu jadi Ketua Pemuda Umno.....

Image

Moga-moga selepas kejadian ini, Khairy selaku Menteri,, akan diberikan hidayah oleh Allah lebih luas lagi untuk membantu Pas melaksanakan hukuman Hudud..... Insya Allah.

2 comments:

  1. Wahai pencuri aka perompak, elok sangatlah pi rumah menteri2, baru depa tau, jenayah kat malaysia ni dah menurun

    ReplyDelete
  2. ape nk heran MM.. perompak negara dirompak oleh perompak d kalangan rakyat biasa.. kira timbal balik nih..

    ReplyDelete