Pages

Monday, August 12, 2013

Cadangan Haramkan ....!. - Terima Kasih Pemuda Umno Perak -

Satu cadangan yang cukup baik,,, konon-kononnya nak tutup satu bau busuk yang cucuk meloyakan,,, namun bila ditutup ia bakal meletop....




Pemuda Umno Perak: Haramkan penjualan buku Pak Lah

August 12, 2013
Barisan Pemuda Umno Perak merasakan buku ini mempunyai unsur sebotaj namun kita menyeru KDN untuk mengkaji dan membaca isi kandungan buku ini dan sekiranya ia selari dengan apa yang kita rasakan, penjualannya haruslah diharamkan





IPOH: Pemuda Umno Perak mahu Kementerian Dalam Negeri mengharamkan penjualan buku ‘Awakening: The Abdullah Badawi Years In Malaysia.
Ketua Pemudanya, Khairul Azwan Haron berkata langkah itu wajar kerana buku tersebut mempunyai unsur untuk mensabotaj dua mantan Perdana Menteri Malaysia.
“Barisan Pemuda Umno Perak merasakan buku ini mempunyai unsur sebotaj namun kita menyeru KDN untuk mengkaji dan membaca isi kandungan buku ini dan sekiranya ia selari dengan apa yang kita rasakan, penjualannya haruslah diharamkan,” katanya.
Beliau yang juga calon Naib Ketua Pemuda Umno berkata demikian kepada pemberita selepas majlis rumah terbuka Pemuda Umno Perak di Kompleks Belia dan Sukan, semalam.
Buku itu yang disunting oleh Bridget Welsh dan James UH Chin telah menimbulkan kontroversi apabila ada kandungannya mengandungi temuramah bersama Tun Abdullah Ahmad Badawi memperlekehkan pentadbiran Tun Dr Mahathir Mohamad yang dilihat umum sebagai usaha untuk melaga-lagakan bekas pemimpin utama negara.
“Saya masih belum membaca isi kandungan buku tersebut, walaubagaimanapun saya telah mengkaji buku ini di internet memang terdapat unsur sabotaj terhadap Tun Abdullah dan Tun Mahathir,” katanya.
Beliau mengesa  agar rakyat tidak terkeliru dengan isi kandungan buku tersebut serta berprasangka buruk.
“Jika mahu jual luar, terpulang, tetapi tindakan mengharamkan buku ini harus diambil serius oleh kerajaan kerana kemungkinan besar isi kandungannya boleh menjatuhkan imej negara,” tambahnya.


Inilah standard org melayu dibawah jajahan umno,,, bila keluar sesuatu isu,,, nak selesai senang saja ..HARAMKAN. apakah akan selesai masaalah... 
Tolonglah jawab balik apa yang tertulis dalam buku tu,, ada kan simposium, seminar,, biar rakyat jadi celik dengan ilmu... ini,,sikit-sikit,  haram... haram,,, haram,,, mana pergi cerdik pandai dalam umno semua.... 

Tun Mahadhir tu idup lagi, masih waras dan belum lagi nyanyuk,,,, 

Rasanya isu buku yang agak panas sebelum ni,, 
itu pun Mahathir dan juga umno tak berupaya nak jawab.. 

Kini timbul lagi satu,,, tak apa nak jawab,, jalan mudah haram,,,,,, 

Tetapi bila diharamkan lagi baguih,, lagi ramai rakyat yang ingin membacanya sebab haram,, orang-orang  Malaysia memang suka yang haram...






10 comments:

  1. baek kalo haramkan UMNO skali..

    ReplyDelete
  2. paklah lembik, sebab tu depa berani tunjai.
    madey masih mencengkam, sebab tu depa kecut. alahai umno!

    ReplyDelete
  3. umno mughollazoh !

    ReplyDelete
  4. lawan yeop lawan sampei TUMPO, khak khak khaaaak PTUIII

    ReplyDelete
  5. Kan lebih baik haram kan saja UMNO...!

    ReplyDelete
  6. aku cadang pulak haram kan pemuda umno sebab lembik , takdak kerja,dan perabih duit rakyat

    ReplyDelete
  7. Pemuda UMNO Perak bebal dan pengampu no wahid...tak baca lagi dah sibuk komen...Banyak buku Dr Mahathir komen PM terdahulu kenapa tak haramkan?....Nak jadi pemimpin tapi bodoh....

    ReplyDelete
  8. Orang bodoh macam kome je yang masuk UMNO. Half past six punya manusia

    ReplyDelete
  9. Apalah KP UMNO Perak ni, Tak payah jadi pemimpinlah kalau dengan buku pun takut! Haramkan sekali dengan ngko lagi baik! Jenis lampam bawah jamban lah ngko ni!

    ReplyDelete
  10. bakal dapat DATUK mangkuk niee!

    ReplyDelete