Pages

Sunday, September 15, 2013

Buat Perhatian Perwakilan PAS Kawasan Lumut..

Aku duk sangka kut kekalutan berlaku dalm Pas Pusat sahaja, rupa-rupanya tidak... aduiiii... sakit kepala...


Baru sekejap tadi aku pi pasar malam,, jumpa dua tiga orang sahabat, duk cerita kat aku,, rupa-rupanya cerita yang aku duk dengar sebelum ni,,, ada persamaan...
Esok Pas Kawasan Lumut akan bermesyuarat dan ada pemilihan....
Dengar cerita dari kawan-kawan mai kat aku ada pertandingan,, waduiii,, apa cerita ni... 
Kalau betui ini sudah kira satu yang sihat,,, tapi betui ka sihat,,, 
Kalau tanya aku jawapannya tak sihat... sebabnya... kepimpinan Pas Kawasan yang duk ada sekarang dah cukup terbaik,,, nak pi bertanding apa lagi,,,, apa yang lagi tak kena dengan kepimpinan Pas kawasan Lumut...

Kalau bab Pas Kawasan tak dapat mempertahan kerusi Dun Pasir Panjang, bagi aku itu bukan salah Pas kawasan, itu salah beberapa orang ostad, dalam kuliah-kuliah mereka duk pertikai kerjasama Pas dengan Dap... itu puncanya Pas tewas ditangan Umno...
Malah bila Pas kawasan letak calon muslimat pun ada ostad yang sama tak puas hati juga sebab letak muslimat,, dan akhirnya Pas Lumut tewas dengan umno,,,

Jadi aku berharap sangat-sangat pada perwakilan, jika hangpa nak perjalanan perjalanan gerak kerja  Islam berjalan lancar sehingga kita dapat merampas kembali kerusi Dun Pasir Panjang pada PRU 14, maka kekalkan lah kepimpinan Pas Kwasan Lumut yang ada sekarang... 

Kalau hang sanggup nak Pas Lumut nak berterabuq, itu lantak ke hangpa lah,, aku sekadar mengingatkan sahaja... Demi Allah, aku hanya mahukan kemenangan kembali kepada Pas pda PRU14 nanti,, itu sahaja,,,

Selamat Bermesyuarat Buat Pas Kawasan Lumut besok.



2 comments:

  1. Ohhh....kesahnya....ohhhh moga2 semua brjalan lancar...dgn demokrasinya...dgn adapnya...semoga cec dlm parti big brother (dap) jd panduan....selagi brnama manusia selagi itu nafsu ttp brsama...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Juragan al kucing kalo x jd tukang komen terawal memang x sah.. mcm ni jugak.. http://theflyingkick.blogspot.com/2013/04/kalau-kata-dap-komunis-korang-tak.html

      Delete