Pages

Sunday, September 22, 2013

Tujuh Agenda Resolusi Muktamar PAS Pusat.

Tinggal beberapa bulan sahaja lagi, Pas akan bermuktamar, jadi demi untuk rakyat Malaysia Pas perlu ambik perhatian mengenai Desakan Aktivis Kelantan.

Harus diingat, Kelantan adalah satu-satunya negeri yang ditadbir Pas sejak tahun 1990 lagi,,, jadi aku rasa mereka ada kelebihan dan kuasa mendesak Muktamar PAS membincang dan mengambil kira beberapa resolusi seperti dibawah...




Aku terima melalui email, minta dipanjangkan...


Muktamar PAS : Desakan Gabungan Aktivis Kelantan


Menjelang muktamar PAS : Desakan Gabungan Aktivis Kelantan.

9 kumpulan aktivis di Kelantan mencatatkan sikap terkilan dengan perkembangan muktamar PAS yang akan diadakan hujung tahun ini.

Ini kerana perjalanan ke arah muktamar tidak diisikan dengan dasar dan isu kepentingan rakyat. Sebaliknya PAS menghidangkan pertembungan kasta dan label-melabel di antara satu sama lain.

Sesuai dengan slogan PAS UNTUK SEMUA, Gabungan Aktivis Kelantan mendesak 3 perkara. Pertama, perkembangan muktamar dijadikan medan perbahasan oleh PAS terhadap 7 agenda :

i. Royalti petroliam negeri-negeri pengeluar minyak.

ii. Dasar tenaga negara (petrol, diesel, elektrik, dll)

iii. Dasar buruh negara (gaji, kebajikan, pekerja asing, dll)

iv. TPPA dan ekonomi Islam

v. Dasar pendidikan negara (modal insan, aliran pondok, silibus sejarah, pendidikan percuma, IPT, dll)

vi. Dasar keperluan asas negara (monopoli, rezab makanan, rezab bahan api, dll)

vii. Dasar utamakan fokus parti terhadap rakyat sendiri berbanding rakyat luar

Kedua, gabungan aktivis mendesak pimpinan yang menerima pencalonan membentangkan hala tuju masing-masing terhadap 7 agenda tersebut. Gabungan aktivis bersedia menjadi penganjur.

Ketiga, gabungan aktivis mendesak pimpinan yang menerima pencalonan mengisytihar harta masing-masing.

Aktivis Kelantan (AK03)
Anak Muda Boleh (aMBo)
Permuafakatan Pekerja Muda Kelantan
Pelajar Pondok Kandis
Kumpulan Perikanan Pasir Puteh
Persatuan Peladang Gua Musang
Peniaga Kelantan Bersatu
SAMM Kelantan







4 comments:

  1. Mana pas boleh bawa usul2 atau agenda yg takda kena mengena dgn pkr..dap...atau komunis!!! Yg paling utama camana nk jdkn hari malaysia di tukar kpd hari chin peng...maulidur rasul dh tak penting lg slps guan eng kata tak perlu nak raikn maulidur rasul...aku ingt lps ni mesti ada kesepakatan antara pr, iaitu hari malaysia rakyat selangor, pp dan kelantan 'WAJIB' kibarkn bendera 3 bintang....

    ReplyDelete
    Replies
    1. apa la yg anda melalut ni juragan..???haha...tu PAU da start pukul2...dari atas smpai ke bawah..samseng...haha..

      dalam Mesyuarat nanti mesti ada adengan nagis2..nyanyi lagu anak kecil maen api..nenek moyang kaya raya...tergadai seluruh harta benda...lalalala...
      lepas PAU..dia ngan kroni yg dok tarah hasil bumi dan keringat rakyat...parti keraMAT kunun..kahkahkah...

      Delete
    2. Ini macam ajenda nasionalis dan sekular yang pas benci sangat
      Mana pergi hudud,negara islam ?.
      Takut guan eng ke?.

      Delete
  2. Menarik... berbeza sungguh antara manusia yang bekerja dengan manusia yang memburu title ulama, penghormatan kuasa dan jawatan.

    ReplyDelete