Pages

Friday, October 18, 2013

Boleh Murtadkah Dr Asri Zainal Abidin !..

Dua tiga hari yang lepas, seorang tokoh agama (kononnya) meneluarkan kenyataan,, jangan pertikai keputusan mahkamah,, boleh jatuh murtad woo... hangpa tau ka apa itu murtad..? 

Jadi bila aku duk baca tulisan artikel Dr Asri ni macam mana.. mana satu yang betui,,, 






Ha ha sebelum nak baca,, pakat tarik nafas dulu... tahan.... lepas.... ok baru baca dengan tenang dan fikiran terbuka.. ,,

RENCANA   

Kalimah Allah: Emosi dan realiti — Dr Mohd Asri Zainul Abidin

Ramai minta saya tulis artikel tentang isu nama Allah yang dipanaskan semula dan terus menjadi krisis antara sesetengah pihak Muslim dengan sesetengah pihak Kristian. Saya sebenarnya telah coretkan hal ini pada tahun 2007 masa saya masih memegang jawatan Mufti Negeri Perlis. Di sini saya sentuh sekali lagi.
Hanya di sini
Isu kalimah Allah ini akan menjadi satu sejarah yang menarik dan tersendiri di Semenanjung Malaysia. Isu seperti ini tidak wujud di negara-negara Arab kerana Kristian Arab dan Bible dalam Bahasa Arab sejak sebelum dan selepas Nabi Muhammad s.a.w. memang menggunakan perkataan Allah merujuk kepada Tuhan. Bahkan kaum Quraish sebelum kehadiran Nabi Muhammad s.a.w. juga guna nama Allah. Bapa Nabi Muhammad s.a.w. bernama Abdullah yang bermaksud hamba Allah. Padahal bapa Nabi Muhammad s.a.w. tidak sempat pun bertemu dengan Nabi s.a.w. sebagai RasululLah. Kristian Qibti (Coptic) di Mesir juga sejak sekian lama memanggil Tuhan ‘Allah’. Demikian Kristian Lebanon dan Jordan, gereja-gereja mereka berdoa dengan memanggil ‘Allah’ sejak zaman silam. Apa yang hendak dihairankan, asal-usul ajaran mereka daripada ajaran Nabi Isa a.s. Justeru bukan sahaja perkataan Allah, banyak lagi perkataan yang membabitkan akidah yang sama antara Islam dan Kristian seperti nama para nabi; Ibrahim, Musa, Harun, Isa dan lain-lain.
Orang Islam seluruh dunia setiap hari melafazkan ayat dalam Surah al-Fatihah (maksudnya): ‘segala puji bagi Allah tuhan segala alam’. Tiada Muslim pun yang menyebut ‘segala puji bagi Allah Tuhan kaum muslimin sahaja’. Ini kerana Muslim mengakui Allah itu tuhan untuk semua, bukan tuhan untuk kaum dan pihak tertentu sahaja.
Maka isu kalimah Allah tidak pernah timbul di negara-negara Arab. Bahkan mereka mungkin sukar untuk faham dan hairan apabila kita memberitahu kita menghalang pihak Kristian memanggil Tuhan itu Allah. Di Sabah dan Sarawak juga sudah berpuluh tahun mereka menggunakannya.
Kristianisasi
Di Semenanjung Malaysia, dalam kitab agama Sikh, nama Allah disebut. Sementara orang cina yang bukan Muslim di Kelantan terbiasa dengan kalimah ‘inshaa Allah’. Ada lagu negeri-negeri yang terdapat  ‘kalimah Allah’ yang dinyanyikan oleh semua rakyat berbilang agama. Logo-logo Polis dan Tentera tertulis ‘Allah’ dan ‘Muhammad’. Logo-logo itu dipakai oleh anggota yang Muslim dan non-muslim.
Namun apabila orang Muslim di Malaysia digembar-gemburkan isu tentang Kristianisasi, maka keadaan resah mula timbul dalam kalangan umat Islam. Kristianisasi sesuatu yang benar-benar wujud. Orang Muslim dalam negara ini bimbang. Maka, apabila timbul edaran pihak Kristian dalam bahasa Melayu yang menyebut Tuhan sebagai Allah yang selama ini dari segi kebiasaan orang Melayu Semenanjung hanya mereka sahaja memakai kalimat ini, maka emosi mereka mula bangkit. Apa tidaknya, mengapakah hanya versi Melayu sahaja yang hendak digunakan ‘perkataan Allah’?! Mengapa tidak edaran gereja yang berbahasa Inggeris, Cina, Tamil dan lain-lain juga menggunakan Allah?
Provokatif
Kelihatan seolah macam macam ada ‘hidden agenda’ ataupun ‘mala fide’ di situ. Maka ramai yang membantah dan menganggap ada unsur provokasi agama di pihak Kristian, bukan kerana mereka memang ingin memanggil tuhan itu Allah, tetapi sekadar umpan yang hendak digunakan bagi memancing umat Islam yang terbiasa dengan kalimah itu. Maka kelihatan unsur provokatif di situ.
Maka, bantahan untuk orang bukan muslim menggunakan nama Allah dalam edaran bahasa Melayu kelihatan macam mempunyai alasan di sudut keharmonian masyarakat berbilang agama dan ijtihad pentadbiran. Ia bukan berasaskan nas yang jelas melarang secara langsung hal itu, tetapi atas asas pemerintah bertindak demi kepentingan awam.
Jika sekadar itu, maka bolehlah terima pendapat yang melarang. Ia bukan larangan mutlak bahawa bukan-Muslim sama sekali tidak boleh menyebut dan menggunakan nama Allah, tetapi menggunakan nama tersebut dalam bentuk provokasi agama dilarang.
Salah faham
Malangnya ada Muslim yang tidak jelas hal ini sehingga menyatakan bukan Muslim sama sekali tidak boleh menggunakan nama Allah. Kononnya nama Allah eksklusif untuk Muslim sahaja. Ada pula yang berfatwa ‘murtad sesiapa yang membenarkan. Pada hal nas asal, dalam al-Quran dan al-Sunnah membenarkan bahkan menggalakkan mereka menggunakannya selagi mana penggunaan itu merujuk kepada Tuhan Yang Sebenar ataupun ‘The Supreme Being’. Banyak ayat al-Quran yang menegaskan hal ini. Firman Allah:(maksudnya) “Dan sesungguhnya jika engkau (Wahai Muhammad) bertanya kepada mereka (yang musyrik) itu: “siapakah yang menurunkan hujan dari langit, lalu dia hidupkan dengannya tumbuh-tumbuhan di bumi sesudah matinya?” sudah tentu mereka akan menjawab: “Allah”. Ucapkanlah (Wahai Muhammad): “Alhamdulillah” (sebagai bersyukur disebabkan pengakuan mereka yang demikian), bahkan kebanyakan mereka tidak menggunakan akal (untuk memahami tauhid) (Surah al-Ankabut ayat 63).
Bahkan Nabi s.a.w. ketika mencabar orang-orang Kristian bermubahalah ataupun bersumpah laknat, mereka diminta bersumpah dengan nama Allah, bukan nama Jesus. Firman Allah: maksudnya) “Sesungguhnya bandingan (kejadian) Isa di sisi Allah adalah sama seperti (kejadian) Adam. Allah telah menciptakan Adam dari tanah lalu berfirman kepadanya: "Jadilah engkau!" maka jadilah ia. Kebenaran itu datang daripada Tuhanmu, maka jangan sekali-kali engkau dalam kalangan mereka yang ragu-ragu. Kemudian sesiapa yang membantahmu (Wahai Muhammad) mengenainya, sesudah engkau beroleh pengetahuan yang benar, maka katakanlah kepada mereka: "Marilah kita menyeru anak-anak kami serta anak-anak kamu, isteri-isteri kami serta isteri-isteri kamu, dan diri kami serta diri kamu, kemudian kita memohon kepada Allah dengan bersungguh-sungguh serta kita meminta supaya laknat Allah ditimpakan kepada orang-orang yang berdusta". (Surah Ali ‘Imran 59-61).
Jika Islam larang mereka secara mutlak menyebut Allah, bagaimana mungkin mereka disuruh bersumpah dengan nama Allah?!
Al-Imam Muslim dalam sahihnya pula meriwayatkan hadis mengenai perjanjian Hudaibiah antara Nabi s.a.w. dengan Quraish Mekah, seperti berikut: “Sesungguhnya Quraish membuat perjanjian damai dengan Nabi s.a.w. Antara wakil Quraish ialah Suhail bin ‘Amr. Sabda Nabi s.a.w.: barangkali aku boleh tulis Bismillahirrahmanirrahim. Kata Suhail: Adapun Bismillah (dengan nama Allah), maka kami tidak tahu apa itu Bismillahirrahmanirrahim. Maka tulislah apa yang kami tahu iaitu BismikalLahumma (dengan namaMu Ya Allah!)”. Dalam riwayat al-Bukhari, Nabi s.a.w menerima bantahan tersebut.
Ertinya, Nabi s.a.w membenarkan penggunaan nama Allah seperti yang pihak kafir Quraish minta. Jika itu dilarang, tentu cadangan mereka ditolak!.
Lojik
Kita bayangkan jika mereka langsung tidak boleh panggil Allah, bagaimana dengan Kristian Arab jika datang ke Malaysia? Apakah mereka terpaksa menahan diri dari menyebut masya Allah dengan diganti ‘masyaa God’.
Jika bukan Muslim bertanya siapakah tuhan saya yang sebenar. Muslim hendaklah menjawab Allah. Dia tidak boleh berkata ‘tuhan awak lain dan tuhan saya lain. Awak tidak boleh menyebut nama tuhan saya’. Jika dia berkata demikian, maka dia syirik.
Maka, sepatutnya larangan itu hanya apabila ia dalam bentuk provokasi yang menimbul ketegangan masyarakat. Kenyataan yang menyatakan larangan itu mutlak adalah tidak berasaskan ajaran Islam. Apatah lagi kenyataan yang memurtad sesiapa yang mengizinkan seakan memurtadkan Nabi s.a.w., dan umat Islam di seluruh dunia.
Maka, kita Muslim hendaklah mengendali isu dan mengetahui hubung kait sesuatu itu sebelum hendak dibangkit sentiment agama mengenainya. Jangan kita melebihi kadar yang sepatutnya, juga jangan kita lalai tentang keamanan dan keharmonian hidup dalam negara yang pelbagai agama. Dakwah Islamiah hendaklah ditingkatkan. Sebarkan Islam dan banyakkan dialog antara agama seperti yang Dr Zakir Naik lakukan. Kenapa kita sentiasa ketakutan ditewaskan sehingga begitu defensive?! Bawalah mesej Islam dengan penuh hujah dan hikmah.
* Prof Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin ialah bekas Mufti Besar Perlis.

6 comments:

  1. Tujuan utama mereka mengeluarkan kenyataan demi kenyataan isu kalimah Allah adalah supaya kita bercelaru pandangan yang akhir nya timbul sengketa diantara sesama kita. Ini yang mereka mahukan agar mereka boleh muncul sebagai penyelamat dan pejuang agama.

    Kerana mereka yang mencipta masaalah itu sehingga timbul kekeliruaan dan kebencian. Biarkan mereka menyelesaikannya. Jangan buang masa dengan isu remeh yang membosankan. Kita tonton dan kita tepok tangan ramai-ramai, menyaksikan kebodohan mereka memperjuangkan nama yang tidak memberi apa-apa kebaikan tanpa pengetahuan dan amalam.

    Sedarkah kita, orang melayu diperbodohkan dengan wujud dua jenis judi yang mereka buat tak nampak, judi halal dan judi haram..... apa tindakan ?

    ReplyDelete
  2. Bila seorang bekas mufti vs bekas mufti berhujah maka bekas mufti manakah yang kita boleh percaya? Aku lebih percaya dengan bekas mufti perlis berbanding bekas mufti kaki ampu dan penjilat punggung sultan. Bekas mufti misai tebal ala-ala ayahanda pekida {puak melayu low class} ni bolehlah kita kategorikan sama spesis dengan juragon yang cari makan dengan mengampu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha...bhai trpulang kpd kita hujah atau pndapat mana yg kita nk guna pakai, Allah mmberi akal fikiran utk kita menerima mana yg trbaik utk kita.jika lu rasa ini yg trbaik utk mnyelesaikn permasalahan kalimah Allah kpd umat islam...

      Adakh maza mmberi pndapat tntng implikasi jika kalimah Allah dibenarkn diguna di negara yg brbagai kaum dan ugama...bhai utk diarab aku tidak pertikaikn sbb satu bangsa (arab)satu bahasa, ttp brlainan agama...

      Ttp kita bkn arab, pnganut kristian di malaysia juga bkn arab (99.9%) dan biasanya mereka gunakn 'god'atau 'jesus' utk gmbrkn sifat 'tuhan' didlm agama kristian...adakh bila mereka guna pakai 'god, jesus atau tuhan' utk mereka yakini itulah Allah sbgmana yg kita percaya dan yakin...

      Persoalannya...apakh tndakan lu dan kaum yg sependapat dgn lu tntng kebebasan kalimah Allah jika kita jmpa dgn sandal, stokin, spender dll yg brcetak kalimah Allah..apakh kita redha dan terima sbb kalimah itu tak semestinya utk Allah yg sebenar2nya.

      Bhai...lps ini bebaslh utk penganut agama lain (budha hindu) utk letakkn kalimah Allah di premis perniagaan mereka samada di restoran yg secara jelas sediakn makanan dan minuman yg tidak halal...di pusat perjudian, hiburan serta maksiat...kerana kalimah Allah bkn gmbrkan
      agamaNya iaitu islam.

      Apakh waktu itu kita dgn beralasan politik dgn mudah salahkn kerajaan jika tidak ambik tindakan kpd pasangan alvin vivian merakam hubungan sex berlatar belakangkn kalimah Allah...sbb kalimah Allah itu utk Allah dlm bahasa arab utk god atau jesus...

      Jika bekas mufti perlis lbh pakar dlm beragama dibndingkn dgn tokoh agama(kononnya*kata mm) mknanya majlis syura dan ulama pas tak setaraf maza...hmm nik aziz dan hj hadi 'terpaksa' buat u-turn utk tnjuk setaraf dgn maza dan bukan tokoh agama (kononnya)...wallahualam

      Delete
    2. bodoh punya juragan tonggang terbalik kan dah bagi tau penggunaanya hanya ditempat yang betul sesuai dengan kedudukan allah itu.nabi pun tak pernah larang. lu sapa bhai.kucing kurap.apa lu melalut sampai kat stokin ,spender,pusat hiburan dan premis perjudian lu betul betul bengong la bhai.di negara arab tak da pun benda macam ini timbul.

      Delete
    3. Hahaha...lu lagi bodoh bhai...klu kristian tahu tntng kebesaran Allah dan mereka menyakini zat serta sifat 20 Allah, maka takdalh agama kristian...klu setakat pndi mmbodohkn org tp sndiri tak leh pikir...lu lbh tau dimana kedudukan lu...apakh ilmu lu lbh tngi dari ulama dlm majlis syura yg tidak brsetuju...ttp aku yakin bhai yg lu bkn islam pun...

      Delete
  3. mana saudara juragan 69, idak ke nak menguleh....

    ReplyDelete