Pages

Thursday, October 24, 2013

Memalukan - Pimpinan Umno Kelantan ikthiraf tindakan Dato Husam Musa.

Situasi semasa politik melayu di Kelantan dah umpama macam cerita melayu arahan P Ramlee Keluarga 69... 

Dah terbalik .. apa tidaknya..


Kalau pimpinan kerajaan negeri kelantan menjadi kecoh,, sehinggalah semalam bila Presiden dah mengeluarkan kenyataan,, aku tak pasti apakah kenyataan Presiden Tuan Guru Haji Hadi pun ada kaitan dengan kenyataan di bawah ini..

Husam bangkang, Umno Kelantan kena malu



Husam Musa
SHAH ALAM - Berbeza pandangan mengenai isu Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa yang mengkritik Kerajaan Negeri Kelantan, Bekas Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, Tan Sri Annuar Musa menyatakan Umno di negeri itu perlu malu dengan tindakan berani pemimpin itu.

Menurutnya, isu pentadbiran negeri tersebut seharusnya Umno yang perlu memainkan peranan sebagai pembangkang.

"Umno patut malulah sebab sepatutnhya Umno yang bangkang.

"Ini Husam pula yang tolong bangkang. Patut orang Umno kena malulah," katanya kepada Sinar Harian Online, dalam satu wawancara khas baru-baru ini.

Tambahnya, Umno tidak boleh menganggap tindakan Husam tersebut membantu parti untuk menang dengan mudah.

"Sebab orang tengok, Pas dia sendiri tolong betulkan diri dia sendiri.

"Kita pula tengok, oh sebab Husam tolong bangkang, maka kita akan menang dengan mudah. Tidak macam itu politik ini," ujarnya.

Dalam sidang Dun Kelantan 8 Oktober lalu, Husam yang juga Adun Salor kerajaan negeri menarik perhatian ramai apabila mendedahkan beberapa tindakan kerajaan negeri yang disifatkannya tidak wajar dan menyimpang daripada konsep ketelusan.

Antara yang disentuh adalah permohonan aktiviti pembalakan Hutan Simpan Kekal Ulu Sat di Machang oleh sebuah syarikat melalui proses runding terus dan kenaikan tarif air yang berkuat kuasa Ogos lalu.

Bagaimanapun, Annuar yang juga Ahli Parlimen Ketereh itu turut memuji tindakan Husam yang dikatakan mencuba untuk menyedarkan kerajaan negeri itu dari terus melakukan kesalahan.

"Tapi baguslah Husam sudah tunjuk contoh. Kalau Husam tolong membangkang Pas, maka Pas akan terselamat kerana Husam.

"Jadi, apa yang Husam buat membantu kerajaan Pas, menyedarkan kerajaan Pas.

"Tapi kalau Umno terus lena...oh tak mengapalah Husam tolong buat kerja, Husam buat kerja bukan nak tolong matikan Pas tetapi dia buat nak selamatkan parti dia.

Jadi kena sedarlah, wakil-wakil rakyat yang berjuang dalam Dun dan pemimpin-pemimpin tempatan," katanya.

Ha ha ha ,,, ni sorang lagi,,, Husam bukan ulama, bukan faqih ilmu agama pun,,, tapi tindakan Husam tu sama menyamai dengan ulama.... berani menegur kepincangan... sebab apa,, sebab Husam ialah Naib Presiden Pas, bagi aku Husam ada kuasa dan hak untuk menegur kerajaan Pas Kelantan,, 

Pimpinan Pas Kelantan tak suka dengan tindakan Husam,  hairan bin ajaib,, pimpinan Umno pula yang suka,, tunjuk sikap gentlemen... malu woi.. Pas Kelantan..

Jadi tak perlulah ada pihak yang tak puas hati dengan tidakan Husam tu,, kalau rasa tak puas hati juga,, tak apa... pencalonan rasanya dah ada pun,,, jadi apa lagi .. masuklah bertanding sebagai calon Timbalan Presiden Pas,,, lawan dengan Tuan Haji Mat Sabu,, jika ada rezeki,, menang masa tu,, nak komen apa yang Husam lakukan ,, silakan,, sebab waktu tu enta dah Timbalan Presiden Pas..




9 comments:

  1. Hahaha...barisan pembangkang negeri kelantan tngk dan dengar je lah sbb dah ada org tolong buat kerja bangkang ni... pastu org yg nk jd pmbnkang ni bukan calang2 org...org kanan nik aziz tu, pastu bekas exco negeri...

    Klu umno yg ckp dan bagi buktipun, apa yg dipertua dewan boleh buat...sampai ke kg paling ulu pun akan ckp 'ini fitnoh belako...'ttp Allah maha kaya bhai, kerana kuasa dlm politik manusia akan berubah dan rakyat malaysia amnya dan kelantan tunggu dan lihat 'ketelusan'kerajaan pas... munkin lps ni baru rakyat kelantan rasa kemajuan sikit kot...ttp aku respek pd pimpinan pas sbb tak menonjol dgn harta dunia...ttp dlm akaun hmm entahlah..sbb Allah tak larang..nabi muhammaf pun tak prnah brsabda agar umatnya tidak cari kekayaan...bezanya cuma klu melalui parti isle pas, maka halal sokmo....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Husam dah kena warning dengan hj hadi. Hj hadi suruh husam guna cara beradap. Yakni melalui parti. Bukan dun.
      Nampaknya pas pun bukan baik sangat. Semua keburukan kena cover.Silap silap husam kena pecat.
      Sebab undi lebih penting.

      Delete
  2. Janganlah PAS jadi macam UMNO yang tak berani tegur penyelewengan yang dilakukan oleh pemimpin depa malahan masih diangkat menjadi pemimpin lagi. Penyelewengan dan kesilapan wajib ditegur bersesuaian dengan Islam, "Cegah Yang Mungkar, Tegak Yang Benar".

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha jawapan plg 'klise' dari org pr kpd pr...org pas kpd parti pas...hahaha

      Delete
    2. Bg la jawapan tak klise pd perkara yg Andre irwan sebut tu.. Ko tau kan maksud dia.. Takkan nk kena bgtau kot..

      Delete
    3. juragan tonggang terbalik akan tetap mempertahan kan org umngok walau pun busuk macam bangkai.sebab dia pun bangkai bernyawa.

      Delete
  3. Umno dah beli husam kot.

    ReplyDelete
  4. keluarga 69 , juragan 69 ,

    ReplyDelete