Pages

Thursday, October 3, 2013

Pencalonan Timbalan Presiden Pas - Terserlah profesonal !..

Apa yang tak kena dengan Naib Presiden Pas Dato Husam yang juga anak didik Tuan Guru Nik Abd Aziz, mengambil tindakan menolak pencalonan Timbalan Presiden Pas...

Pengalaman Muktamar PAS 2009 di Shah Alam telah mematangkan pimpinan Pas golongan bukan ulama... 

Husam: Saya tak akan lawan Mat Sabu
Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa berkata, beliau tidak akan mencabar Mohamad Sabu bagi merebut jawatan timbalan presiden pada pemilihan parti yang dijadualkan berlangsung pada muktamar ke-59 November ini.

Difahamkan Husam telah melepasi syarat pencalonan daripada dua kawasan untuk bertanding jawatan tersebut dan keputusannya bakal diumumkan oleh Jawatankuasa Pemilihan pada 21 Oktober ini.

husam musa pas interview 170507"Apa alasan yang terbaik untuk saya melawan Abang Mat (Mohamad Sabu)? Kamu ada alasan untuk saya melawan Abang Mat. 

"Kalau tidak ada alasan yang baik, kenapa (saya) mahu melawan beliau," katanya.

Beliau menjawab soalan hadirin berhubung pendiriannya sama ada mahu bertanding jawatan itu dalam sebuah dialog bertajuk 'Survival PAS dalam arena politik Malaysia' di ibu negara malam tadi.

Turut serta sebagai panelis dalam dialog tersebut adalah Naib Presiden PAS Salahudin Ayub, ahli jawatankuasa Pusat Dr Dzulkefly Ahmad dan ADUN Batu Burok Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi.

Mohamad Sabu telah menyatakan pendiriannya untuk mempertahan jawatan yang dimenanginya pada pemilihan parti lalu dalam persaingan tiga penjuru.

Selain Husam, ADUN Salor, yang dicalonkan untuk bertanding jawatan itu, dua lagi tokoh pemimpin yang disebut-sebut berminat merebut jawatan nombor dua dalam hierarki parti itu.

Ketua Penerangan Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Amar Abdullah, dikatakan antara yang mendapat cukup pencalonan untuk bertanding jawatan itu.

Bagi aku tak kira siapa, ulama atau bukan ulama, bukalah sebagai tiket sebagai nak jadi pemimpin, yang penting ketakwaan nya kepada Allah, begitu juga pengalaman dari bawah juga adalah penting untuk jadi pemimpin..

Cukuplah apa yang berlaku dengan Pas sebelum ini, bagaimana dengan calon-calon bintang yang dibawa masuk, apa kesudahannya, yang sekarang ni masih duk buat perangai selepas gagal mempertahankan jawatan tu siapa ya...?  

12 comments:

  1. Terbaik dan tabikspring kpd.Yb.Dato Husam.saya belum pernah jumpa ada pemimpin yg.jiwanya macam yb.Dato..

    ReplyDelete
  2. Hahaha...klu kena kat pas...tiba2 keluar istilah professional lah...klu ada pertandingan dlm pas pun, keluarlh pengamal demokrasi tulin lh dan berbagai....ttp klu parti lawan maka tiada istilah professional atau pengamal demokrasi.

    Hahaha berani ke penasihat 25% misai kontot nk lawan dgn abe mad...hahaha geli aku dngr abe mad ni, teringat cik normah brmnja2 dgn abe mad siraja lawak professional alaf baru... lainlh klu timb.pre.skrg ni ustaz nasha ke, atau dato dr hassan ali...tak smpt siang borang pencalonan dh smpi...sapa berani lawan dgn mentor 'anwarinas' klu dulu mad syabu paling kuat berkokok syeikh anwar al-juburi, tp skrg dia paling kuat follow anwar sana sini...hahaha lawaknya bangsaku..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kah! kah! kah!....aku pun nk tumpang gelak gak sbb mmg lawak kat M'sia ni mcm kisah 1001 malam he3..ya lah polis bolih hilang pistol pastu kata tak semesti jatuh kat tangan penjenayah barangkali jatuh laut, sungai....kah! kah! kah! mmg lawak jam harga 100 melayu bolih beli kat cukong dekat 4000 sebiji...kah! kah! kah! melayu suka k-pop bolih bayar 1.6j guna duit rakyat(kerajaan)..yg bestnya bolih nk menipu plak tu kata dibayar oleh penaja...xpe.xpe, xpe macai kan ado...lawak enjin jet hilang pun x abis laei dtg plak lawak baru...dan penutup kpd kisah2 begini mesti bertaraf lawak mega ...ada kambing yg akan dihitamkan kah! kah! kah! yelah kalo kita bising2 nnti ada yg kata dengki sesama melayu lah, nk perjatuhkan ketuanan melayu lah berbagai lah! entah lah ptg2 begini teringat plak cerita (akuan bersumpah) mendiang Bala ada 'melayu' entoot Altantuya kat singapore...ah! boring le citer2 semua nk pegi kat PD le malam ni.....he3

      Delete
    2. syoh syoh.....baik gi betulkan pemikiran pemimpin umno yang blanjakan duit bapak dia orang berjuta RM tuh

      Delete
    3. Kah kah kah lawak lawak. Nasib ada orang nampak guan eng silap kira sampai 1 billion untuk buat tunnel.
      Jika tidak dah tentu masuk kocek dia. Patut cina kaya sebab selalu terlebih kira.
      Kih kih kih

      Delete
    4. Bhai 05.34...ckp bala yg mmng dah dpt 'bala'lu pegang...hahaha yg video anwar entoot china doll tnpa di ambil tndakan oleh anwar kpd dato eskay wlupun dato eskay mngaku beliau yg mngatur rakaman tu, lu tak peduli...sbb anwar org pr sbb tu berzina pun tk jd hal...kemon bhai, ckp keling yg buat tuduhan tnpa mmpu beri bukti lu prcaya dan yakin seyakinnya...

      Hahaha...yg beli jam lu kata hrga rm100 ttp dibayar rm3k tu adalh penjawat awam..klu dh terang dan nyata penjawat awam tu rasuah atau buat tuntutan palsu..maka tak guna mnyalak dlm blog bhai...kan ke ada jalan yg sewajarnya, ehh tak kan lh lawyer yg ada dlm pr tak reti2 lg...tidak ada siapa pun yg akan halang...adakh menteri yg beli jam tu...

      Lu dah check ke dgn kbs tentang berapa penajaan yg telah diterima utk hari belia negara dan berapa yg telah dibelanjakn...bhai duit penajaan yg tlh diberi kpd akaun kbs, dan kemudian dibayar kpd org yg terlibat dlm program tersebut dikira duit rakyat???...ada akal utk mncari kebaikkan bkn hnya brfikir hidup ini penuh negatif...hahaha nk pergi pd pun nk war2kn lu nk g bkt bintang pun bkn org kenal pun...

      Delete
    5. ...he3 ho3 hi3 lawak!!! cakap Bala?no,no, no Akuan bersumpah ada paham? kalo nk jd macai pun kena paham semua keadaan, peraturan baca semua batu ngam...bukan nk bongkak ko x perlu ajar aku berfikir sbb aku baca dan dengar semua sbb aku mmg minat perkembangan politik dan x fanatik mana2(walaupun arah sokongan ttp ada)... kisah KBS (k-pop) ko gunakan hujah Mat Buih tu he3! TAPI apasal beza ngan citer Kery yek!!!

      Delete
    6. Hahaha...akuan bersumpah yg lu pegang...dia bersumpah dgn nama tuhan mana...brsumpah atas nama karpal...nama nik aziz...hahaha sumpah laknat yg dibuat atas nama Allah oleh dato eskay dan saiful lu tak yakin spti mana lu yakin dgn sumpah bala...apa2 je lah bhai..

      Delete
    7. Sumpah laknat ni cam mana?bole sesapa terangkan

      Delete
    8. Hmm ada gak org kafir nk belajar tntng islam ...bljr yg basic dulu ya..dlm dunia siber ni lu blh belajar apa saja...rajin2 mncari ilmu dgn sumber informasi, kitab2 dan guru yg tidak mnyesatkn...

      Delete
    9. Sapa yg kafir ni wahai juragan al sekularis

      Delete
  3. Seorang pemimpin yang menjiwai peranan sebenar dalam kepimpinan parti. Syabas Datuk Husam.

    ReplyDelete