Pages

Sunday, October 6, 2013

Terkini dari Umno - Pilih pemimpin macam pilih durian..!

Perebutan sesama mereka,, suruh macam pilih durian,, woi,,  ha ha ha..



BERITA


Pilih Pemimpin Seperti Pilih Durian - Isa Samad

SEREMBAN: Pilih pemimpin Umno dengan teliti seperti mana anda memilih durian - memilih yang terbaik dan paling harum dalam timbunan buah yang banyak.
Itulah nasihat calon naib presiden Umno Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad yang meminta akar umbi parti tidak 'termakan' percubaan calon-calon untuk bertanding sebagai satu pasukan.
"Apabila kita membeli durian, walaupun ia dijual longgok, kita masih perlu memeriksa setiap biji buah dengan teliti. Kita mesti bau dan goncang buah dengan teliti. Kita mesti memilih hanya yang baik. Prinsip yang sama digunakan apabila memilih pemimpin," katanya.
Pemimpin senior parti ini berkata seorang pemimpin perlu dipilih berdasarkan keupayaan dan keupayaan untuk berkhidmat.
"Akar umbi boleh membuat keputusan untuk mengekalkan penyandang, menggabungkan muka lama dan baru atau membentuk satu pasukan pemimpin yang benar-benar baharu. Tetapi saya tidak bersetuju apabila pasukan (pemimpin) dibentuk," katanya.
Isa mula menjadi mangsa pemimpin bertanding sebagai " pasukan" pada tahun 1993 apabila beliau tewas kepada Tan Sri Rahim Tamby Chik, ahli "Team Wawasan " untuk jawatan Ketua Pemuda Umno.
Pengerusi Felda berusia 64 tahun ini berharap ahli-ahli Umno akan memberi satu lagi peluang untuk beliau menjadi naib presiden parti dan dapat memberikan perkhidmatan dalam kapasiti itu.
Beliau menang jawatan dalam pemilihan Umno 2004 dengan jumlah tertinggi undi tetapi terpaksa melepaskannya dan juga meletakkan jawatan sebagai Menteri Wilayah Persekutuan setahun kemudian selepas didapati bersalah melanggar etika pemilihan parti.
"Saya menawarkan perkhidmatan saya kerana saya percaya saya boleh menggunakan pengalaman dan pengetahuan saya untuk berkhidmat. Saya mahu berbakti kepada parti ini yang telah memberikan begitu banyak jasa kepada saya.
"Saya rasa peluang saya adalah baik. Itulah sebabnya saya menawarkan diri untuk bertanding," kata Isa, yang menyertai Umno pada tahun 1972 dan memulakan perjalanan aktif politik beliau enam tahun kemudian apabila beliau bertanding dan memenangi kerusi DUN Linggi di Negeri Sembilan.
Beliau juga berkhidmat sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan selama 22 tahun dari tahun 1982 hingga 2004.
Isa berkata, dalam Umno terdapat tempat untuk semua - tua dan muda, menunjukkan bahawa peremajaan parti tidak bermakna yang tua harus diketepikan.
"Untuk memulihkan Umno bermakna kita tidak menghalang orang-orang muda turut serta bertanding.
"Tetapi mereka juga mesti bersedia untuk kalah. Jika mereka gagal (mendapatkan jawatan), mereka yang masih baru tidak boleh merajuk dan berputus asa. Mereka perlu melalui proses seperti orang lain," katanya.

Woiii,, yang suruh macam pilih durian tu, durian jenis apa,,, musang king atau lembu king...wakaka...


6 comments:

  1. Isa oh isa... apolah jaso kau pd n9 selama 22 tahun jd mb. terlampau politiking hingga abaikan kemajuan ekonomi orang melayu....porrah

    ReplyDelete
  2. Perumpamaan memilih durian yang dikaitkan dalam pertandingan itu sebenarnya menyindir orang lama atau lebih mudah difahami, ditujukan kepada orang tua bangka yang masih aktif dalam parti agar memilih mereka yang sudah ada nama, ada pengaruh, dan ada pengikut.

    Pada kebiasaannya kata-kata itu tidak akan memberi kesan kalau tidak disertakan dengan cendera hati, buah tangan, belanja makan, dan duit belanja...... Dalam parti UMNO Baru rasuah adalah pekara yang dihalalkan.

    Dalam parti PAS juga wujud perumpamaan seperti itu cuma cara penyampaiannya saja yang berbeza kerana parti itu parti ulamak maka cakap mesti serupa ulamak. Presiden parti itu menghasut ahli parti yang layak mengundi agar membuat pemilihan pemimpin dalam Muktamar Tahunan PAS nanti dengan berpandukan sejarah dalam Islam.

    "Antara syarat utama untuk dilantik menjadi pemimpin yang dinyatakan dalam surah ...... ialah seseorang itu mesti taat kepada Allah,".

    Makna nya apa....?

    Cuba kita lihat dari percakaran yang sedang berlaku, pemimpin yang mana ketika ini yang tidak taat pada Allah ? Diantara Mat Sabu dengan Tuan Ibrahim, siapa yang lebih taat kepada Allah ?

    Sudah pasti orang yang bijak akan mengeluarkan pendangan yang bernas dan menguntungkan, orang bodoh akan mengeluarkan pendapat bangang yang merugikan.

    Anda nak pilih durian nak makan durian atau pilih durian nak jadikan tempoyak ?

    ReplyDelete
  3. Umno - pilih pemimpin macam pilih durian
    Pas- pilih pemimpin macam pilih cempedak.
    Sebab kedua duanya harap dapat habuan.
    Dap- pilih pemimpin macam pilih agjing.
    Sebab nak tengok siapa paling kuat menyalak.
    Pkr-nuar dah tentukan siapa jadi ketua. Jadi tak payah nak susah.

    ReplyDelete
  4. kalo gitu kome pilih doroyan mangkor le gamak nye,, nk buat tempoyak pun teman tak sior.,,

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha...ada ke sapa2 yg pelawe yob oiii...jgn kira doroyan org jew yob, doroyan sndiri kot berulat2...

      Delete
  5. Hahaha...bhai MM baik lu tumpu perhatian atau fokus kpd tugasan lu utk brkempen bagi pihak syeikh mat syabu (kena letak syeikh baru nmpk ulama) jgn nk telanjang kn org sdgkn taukeh lu mat syabu dah terbogel...

    Pada aku...pimpinan ulama pas tidak menolak golongan professional utk mnjadi pemimpin utama atau pertama dlm pas... cuma professional yg camana...hahaha klu ikut umno syeikh mat syabu, pastinya bkn ulama dan juga bkn professional..ttp lbh kpd 'loser'

    Golongan ulama pastinya tidak menolak seorg yg benar2 tulin sbgi seorg professional. ..ttp dgn syarat calon tersebut mmpunyai pemikiran kritis dan bkn NEGATIF...calon itu bila bersuara beliau mngeluarkn kata2 umpama mutiara dan bukan NISTA....calon itu mnjaga pergerakan dan tngkahlaku yg beradap dan bukan BIADAP...

    'Anwarinas' juga mnyebabkn kumpulan ulama mnjadi lbh berhati2 krn mereka pasti resah andai pengaruh anwar lbh mnguasai parti pas lbh dari perjuangan asas pas iaitu kerana islam dan bkn individu...

    Pihak didlm atau diluar pas masih trtanya2 dgn sikap yg syeikh mat syabu tunjukkn kpd anwar semasa anwar didlm umno dan juga selepas anwar di PECATdari umno...jika anwar didlm umno syeikh mat syabu menyerang anwar dgn skandal luar tabie, hnga anwar digelar syeikh anwar al juburi...

    Adakah anwar difitnah dgn kes liwat sebelum, semasa atau selepas di pecat dari umno...jika kini anwar mnjadi 'pojaan' hati kpd sesetengah ahlul pas (anwarinas) maka persoalannya 'apa yg mat syabu tahu tntng rahsia anwar'dan knp skrg tuduhan (dibuat di parlimen) hilang begitu saja...adakh anwar mnjadi suci slps dipecat...atau suci slps tubuh pkr...atau slps anwar mnjanjikn 'sesuatu' utk kesinambungan karier politik lbh gemilang kpd sesetengah ahli politik...

    Bhai MM...soalan aku kpd lu..apa beza antara syeikh mat syabu dgn karpal singh dlm isu anwar dgn kes liwat..kedua2 mereka mmbuat tuduhan dlm parlimen suatu ketika dulu...adakh kedua2 ini mmfitnah anwar atau mereka mngetahui siapa anwar...inilh hipokrik politik...

    Bhai...adakh ahli dan golongan agama dlm pas benar2 merestui dgn hubungan pas dlm pr yg dibayangi oleh dap dan anwar dijdkn boneka kpd dap...adakh ahli pas mnhormati karpal jika beliau pemimpin mic atau ppp dgn prjuangan yg sama sprti skrg...dan adakh guan eng akan dianugerah khalifah jika guan eng yg sama ttp mnjd ahli mca atau gerakan...

    Bhai...sebahagian besar ahlul pas yg berumur linkungan 50an adakh mereka menerima lim kit siang secara peribadi atau semata2 kerana politik..dan golongan mana yg didlm pas yg mngamalkn perjuangan politik secara peribadi melebihi perjuangan parti...golongan yg meletakkn konsep 'matlamat mnghalalkn cara...'

    ReplyDelete