Pages

Saturday, November 9, 2013

Apa kata mereka-mereka tentang Timbalan Presiden Pas..

Bukan aku nak adu domba sesiapa,, tetapi lihatlah keadaan pada situasi sebenar, lihat luahan hati pengamati politik...


Sengaja aku ambik dari laman FB seorang sahabat....baca apa katanya...  



Kemudian lihat pula,, apa kata penulis politik negara MSO,, walaupun beliau sendiri orang Kelantan, tetapi dari segi realiti politik Pas,, siapa penilaian beliau..

Bukan sahaja MSO, malah ramai lagi ... lihat pula apakata dari akhbar Sinar..

Mat Sabu perlu menang demi hubungan politik


muktamar pas

SHAH ALAM - Penganalisis politik berpendapat Mohamad Sabu perlu menang dalam Muktamar Pas ke-59, 22 hingga 25 November ini bagi menguatkan hubungan parti itu dengan PR.

Dekan Pusat Pengajian Antarabangsa Kolej Undang-undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa, Universiti Utara Malaysia, Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani berkata peluang penyandang Timbalan Presiden Pas, Mohamad  adalah "aset"  yang berguna untuk  hubungan politik antara parti perikatan pembangkang yang lain.

Menurutnya, perwatakan dan sikap Mohamad yang disenangi semua pihak terutama rakan PR akan turut menyumbang kepada kemenangannya dalam pemilihan muktamar kali ini.

"Orang PR suka dia, dia juga pemimpin popular yang boleh dianggap profesional.

"Dia juga yang banyak bersama PR dalam aktiviti anjuran PR, dalam soal hudud, dia disenangi pemimpin PR lain terutama DAP akan mengeratkan lagi hubungan politik PR dan Pas," katanya kepada Sinar Harian Online, hari ini.

Sebelum ini, media melaporkan dua daripada lima calon Timbalan Presiden Pas, Ketua Penerangannya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub telah menarik diri dan memutuskan akan bertanding untuk jawatan naib presiden.

Hari ini, seorang lagi calon Timbalan Presiden, Datuk Husam Musa turut membuat keputusan untuk mempertahankan jawatan Naib Presiden Pas.

Bagaimanapun, Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Mohd Amar Nik Abdullah masih belum mengumumkan keputusan muktamad untuk penawaran jawatan tersebut.

Dalam pada itu, Azizuddin berkata, jika Husam tidak menarik diri dan wujud pertandingan tiga penjuru antara Mohamad dengan  Husam  dan  Nik Mohd Amar untuk jawatan timbalan presiden, peluang masih cerah bagi penyandangnya.

Katanya, Mohamad juga calon popular dan mempunyai penyokong tersendiri.

"Mat Sabu ini popular juga dia sama seperti Husam.

"Namun Husam ini mungkin disebabkan krisisnya di Kelantan penyokong akan 'split' undi, dan mampu juga bagi saingan sengit.

"Kalau Nik Mohd Amar ini pendekatan politiknya agak sederhana dan agak kabur, dan hanya mungkin mendapat undi daripada ulama sahaja, jadi peluang Mat Sabu masih cerah walaupun ada sedikit berlaku pecah undi," katanya lagi.


8 comments:

  1. Kalau anda dilantik sebagai perwakilan, anda pilih calon kerana menjaga kepentingan parti atau untuk menjaga kepentingan agama ? Jika tak faham..... perlu bertanya kerana sesal dulu berpendapatan..sesal kemudian tiada guna.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak payah sembang banyak la. Hujah pun terhuyung-hayang. Buat masa ini Muhammad Sabu adalah pilihan terbaik untuk jawatan timbalan presiden. Takde apa nak disesalkan. Mat sabu adalah pejuang sejati. harap nik amar faham dan kalau boleh fokuskan negeri kelate dulu...

      Delete
    2. Pastilah ugama. Parti tu jemaah, jemaah tu wasilah dan mesti menurut landasan ugama yakni AlQuran dan sunnah nabi. Bab tu yang aku tak faham kau Anon 5.52pm. Pentingnya kena tengok semua mesti ikut AQuran dan sunnah nabi. Kena tengoklah ulama betul ke, ularmak ke, fulus lulus ke, fees sabilillah ke. Yang ada dalam Majlis Syura tu betul-betul ke ulamanya. Kena $$$ hancus juga. Tanah wakaf pun ada cuba ambik buat sendiri punya dengan alasan dah buat bangunan. Dia lupa duit bangunan tu orang derma bukan ulama je yang derma; ada cik gu, ada buruh, ada guard, ada pegawai kerajaan, ada profesional peguam, akauntan, banker, auditor, engineer,infak untuk wakaf. Alahai.... ularmak.

      Delete
    3. Beruk kat atas ni komen seolah-olah nik amar bertanding melawan karpal singh... bodoh betul

      Delete
  2. Jaga parti dan juga agama.Dan bkn nk pilih jaga parti atau agama tetapi kedua2 nya.Tlg jgn tanya soklan yg rendahkn IQ sndiri.

    ReplyDelete
  3. Pada aku Mat Sabu ni tak layak jadi Tim Presiden Pas kerana ilmu dia cetek. Bila seseorang dah pegang jawatan dalam kerajaan yg berkaitan dengan pentadbiran cara pertuturan dan pemikirannya dah lain. Cuba tengok Mat Sabu bagi syarahan, apa yg dapat kita hayati selain dari kata2 kesat,maki hamun,lawak jenaka dan cerita2 kosong. Ada pernah tak Mat Sabu ceritakan apa pendekatan mereka utk mentadbir negara sekiranya berpeluang? Takdak bai....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anon 11.10 pm, agak aku, kau mungkin boleh tanya dia terus itu pun kalau kau mahu. Apa yang dia komen dalam ceramahnya boleh menjadi dasar dan asas apa yang dia nak buat. Bacalah dan dengarlah tulisan-tulisan pihak lain mengenai beliau dan ceramah-ceramah beliau dengan telinga dan hati yang terbuka. Kalau ikut gelak je dan seronok dengar jokenya je mana nak faham apa aliran pemikirannya. Ada pernah terbaca perkara-perkara yang disentuhnya yang aku tak faham camna parti PAS tak ambil pot. Antara lainnya penubuhan seperti CAT dan SELCAT di negeri yang di perintah PAS dan menetapkan ahli parti terutama yang pegang jawatan exco dan MB jangan guna harta kerajaan ke majlis dan program; - parti DAP/PKR pulak yang boleh buat. Itu tak termasuk mengenai AP yang didapati kerana menjadi wakil rakyat bagaimana ia patut digunakan. Aku sentuh benda-benda senang takut kalau-kalau kau tak faham. Itulah perangai puak-puak yang kurang mendengar mesej. Cuba bawa fikir baik-baik sikit bhai.

      Delete
  4. walaupun jenaka mat sabu dikatakan kosong, tapi boleh bantu PAS dpt sokongan tak salah kan? Atau kena bercakap baca al-quuran dan hadis semata2 tapi tak dpt tarik sokongan? Lawak tak salah asalkan lawak itu ada faedah yg boleh buat kita kenal musuh kita...dan kita sayang parti kita..

    ReplyDelete