Pages

Friday, December 27, 2013

Dah nak mampos baru tak nak.... sebelum ini ?

Semasa jadi pemimpin,, sebelum menjadi veteran,, diam membisu,, tak nak pun nak bersuara... 



Veteran Umno, ISMA tolak sambutan tahun baru
  • 12:52PM Dis 27 2013
NGO Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) dan Kelab Veteran Umno Malaysia menggesa agar sambutan tahun baru 2014 dibatalkan kerana Malaysia adalah sebuah negara Islam.


Setiausaha Kelab Umno Veteran Malaysia, Datuk Mustapha Yaakub berkata hanya tahun baharu Islam iaitu 1 Muharam wajar dijadikan sambutan rasmi bagi negara ini.


"Sambutan tahun baharu Masihi juga ada kaitan dengan perayaan Krismas, sebab itu dalam lagu Krismas disebut Merry Christmas and Happy New Year.


"Perayaan itu juga menghidangkan hiburan melampau dan boleh melekakan majoriti muda-mudi Melayu Islam dan banyak maksiat yang dilakukan oleh mereka dalam menyambut tahun baharu," katanya seperti dilaporkan Utusan Malaysia hari ini.


Presiden ISMA, Abdullah Zaik pula menggesa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) agar tidak mengkaji permit penganjuran sambutan malam tahun baru di Dtaaran Merdeka kerana ia tiada makna khusus untuk umat Islam.


"Hanya DBKL yang berkuasa membatalkan sebarang acara di kawasan tersebut," katanya.

Hangpa ingat AlFadhil Tuan Haji Najib dengan Puan Hajjah Rosmah Mansor nak ikut ker cadangan veteran umno tu,, walaupun baru lagi balik dari Umrah...

Aku berani kerat jari kalau Njaib ikut... wakaka...




6 comments:

  1. itupun pasal nk tolak himpunan rakyat majoriti di dataran hehe....kalau nk sambut tempat lain umno halalkan,pesta seks dan mabuk lagi digalakkan,kalau tidak bukan umno si kaki putar alam le namanya

    -ex pukida

    ReplyDelete
  2. Satu cubaan yg baik untuk menggagalkan perhimpunan bantahan harga naik

    ReplyDelete
  3. masa sebelum veteran...tak boleh sebut,diam membisu...umpama kata...spt kambing kulum butir machang...kalau terbuka mulut...jatuh lah butir tu...(projek)...

    ReplyDelete
  4. kaya boleh la buat solusi itu ini. aku graduan yg masih tak ada kerja tetap ni macamana? Prof ada solusi? hutang ptptn aku yg puloh ribu ni prof ada solusi?

    ReplyDelete
  5. Dia org mangkuk ni tidak mahu sambutan tahun baru sebab TURUN nak buat himpunan pada tarikh itu. Barulah sibuk konon jgn sambut malam tahun baru. Padahal sebelum ini puak2 mangkuk inilah yg bersungguh-sungguh menyambutnya setiap tahun. Golongan munafik ini sejak zaman nabi SAW pun perangainya tetap sama.

    ReplyDelete
  6. Bodohnya ISMA. DBKL tu bukan setakat bagi permit. DBKL bagi 15juta utk sambutan tahun baru. ISMA dapat apa?

    ReplyDelete