Pages

Tuesday, December 3, 2013

Ish,Ish, Datuk Dr Asri Mantan Mufti bakal nak jadi pengkhianat negara?

Baru-baru ni Najib duk merepek,, siapa yang mengelak tak mau bayar cukai jadi pengkhianat negara,, 

Bagaimana dengan situasi ni,,,mempertikaikan tindakan kerajaan nak kerkau duit dalammkocek rakyat...


Dr Maza: Tarif elektrik naik kurangkan sakit apa?


Mohd Asri Zainal Abidin
SHAH ALAM -  Profesor Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin hari ini, menyifatkan kenaikan tarif  elektrik yang akan berkuat kuasa pada 1 Januari 2014 nanti sebagai tidak munasabah sekaligus akan membebankan rakyat.

Menurutnya, Tenaga Nasional Berhad (TNB) baru-baru ini, telah melaporkan keuntungan yang tinggi, namun agak mengejutkan apabila tarif elektrik tetap dinaikkan dengan kadar yang sangat drastik.

“TNB melaporkan keuntungan yang tinggi malangnya tarif eletrik tetap naik dengan drastiknya.

“...tahun 2014 tarif elektrik baru bermula.. 2015 GST bermula.. rakyat Malaysia sentiasa ceria dengan kenaikan yang pelbagai.

“Jika bulan lepas gula dikurangkan subsidi kerana hendak mengelakkan rakyat kencing manis.. kini tarif elektrik dinaikkan untuk mengurangkan penyakit apa pula?” katanya yang dipetik menerusi laman Facebooknya.

Semalam Bernama melaporkan subsidi elektrik dan gas akan disemak semula, dengan kadar purata tarif elektrik di Semenanjung Malaysia dinaikkan sebanyak 14.89 peratus atau 4.99 sen sekilowat sejam (KWJ) kepada 38.53 sen/KWJ, berkuat kuasa 1 Januari 2014.

Tarif elektrik semasa ialah 33.54 sen/KWJ.



Aku tolong jawab,,bila letrik mahai, rakyat cepat tidoq, lampu tutup awai,,, jadi produktiviti bertambah,, agak-agak hangpa apa yang bertambah tu?...,

5 comments:

  1. Assalam MM! Produk keluaq anak la.Hahaha.

    ReplyDelete
  2. pada pendapat aku

    kenaikkan tarif elektrik ni disebabkan keuntungan yg "dijangka" telah berkurangan...

    manakan tidak...barang2 elekrtik kini semakin efisyen...

    dari peti sejuk, aircond, tv hatta lampu pon dah makin menjimatkan kos penggunaan elektrik...jadi ni adalah "masalah" bagi kerajaan yg dahagakan WANG...maka dinaikannya tarif...segala alasan boleh DICIPTA...selaras dgn tahap kebodohan makcik2 umno...makcik2 umno ni sama mcm penyakong2 sepahtu MLM 2013 lah...bulu ayam je pon dikatanya lawak...sampai tahap buat apa saja pon dah jadi lawak...taksub bukan main...sama dgn makcik2 penyokong umno...hari2 ada kes bunuh pon makcik2 tetap kata malaysia ni masih aman...aku pon x paham...dari kes besar bunuh timbalan pengarah kastam sampai lah kes bunuh 3 adik beradik...makcik2 umno tetap kata aman...

    kene tunggu menteri2 umno ni mati dibunuh kot baru makcik2 umno ni nak sedar negara dah x aman...org sabah yg sah sah ada pendatang haram dapat IC pon masih x ingat2..nak sokong umno jugak...sudahnya penyamun pon dah boleh jadi pengawal keselamatan bunuh melayu sendiri...

    trend2 ni dah makin jelas nak menuju ke kancah huru hara mcm di mesir, syria dan libya...tunggu masa je nak meletus...umno dah lari dulu dah ke luar negara...

    ReplyDelete
  3. mm
    mike x payah la letak iklan bekam tu kat paling atas...kat bawah utube najib haramjadah pon ok...kalo mcm ni lebih baik mike letak iklan ubat kuat...urat urat madu...dah rupa iklan harakah je aku tgk...jual ubat2 tenaga batin pulak...

    ReplyDelete
  4. Tipah nie...abggggg....!!!!December 4, 2013 at 6:55 AM

    Aduyai....Tipah Tertipu Bang...Tipah Tertipu Sudah Abggggg...!!!!Tipah nie Ibu Tunggal abggg...niage nasi lemak je bang nk tanggung 5 anak semua blajar abggggg...semua brg naik abgggg...bawang gula ikan bilis cili kering ikan masin minyak petrol molotop naiknya abgggg....duk rumah sewa pon nk naik juga thn dpn abggggg...aahhhh tak sanggup rasanya tipah lalui semua ini abggggg....

    ReplyDelete
  5. $$$$$ Tawaran Istimewa dan Rebutlah Peluang Keemasan $$$$$
    Kami pakar untuk mencuri elektrik(berlesen) dengan sedikit kerja pengubahsuaian pendawaian, sedia membantu anda mengatasi masalah kenaikan tarif elektrik. Anda tidak perlu khuatir, tiada siapa akan dapat mengesan pengubahsuaian itu. Anda sebenarnya bukan mencuri elektrik tetapi mengurangkan bayaran bil bulanan anda. Kos dikenakan amat berpatutan sekali.
    Berminat????? Sila hubungi kami sekarang juga!!!

    ReplyDelete