Pages

Wednesday, December 18, 2013

Kah,kah,kah, berita baik untuk orang melayu umno...

Sejak semalam, hari ini dan esok, diri aku aku ni seolah-olah dalam penantian dan penuh debaran,,,, sehingga nak update blog pun tak kesempatan, tapi bila aku baca satu berita ni,, aku gagahi juga, semoga ada sedikit ilmu maklumat pengetahuan..



Lulus BM syarat baharu jadi pengawal keselamatan

December 17, 2013
Kita harap dapat bentangkan kajian tidak lama lagi untuk menambah baik industri secara keseluruhan




KUALA LUMPUR:  Lulus kursus Bahasa Melayu, antara syarat baharu yang bakal dikuatkuasakan untuk pengawal keselamatan asing tahun depan, sebagai langkah menambah baik industri keselamatan negara.
Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata penambahbaikan itu mengambil input daripada kajian yang dilakukan, yang turut melibatkan pelaksanaan mekanisme baharu bagi mengaudit kesemua pengawal keselamatan tempatan dan asing di negara ini.
“Kita harap dapat bentangkan kajian tidak lama lagi untuk menambah baik industri secara keseluruhan,” katanya pada persidangan Dewan Negara hari ini.
Beliau menjawab soalan Senator Datuk Boon Som Inong yang bertanya langkah kerajaan dalam mengatasi masalah komunikasi dengan pengawal keselamatan asing di pelbagai sektor dalam negara.
Pada masa ini terdapat kira-kira 300,000 pengawal keselamatan tempatan dan asing di negara ini.
Semasa menjawab soalan Senator Khairiah Mohamed mengenai pemeriksaan latar belakang pengawal keselamatan, Wan Junaidi berkata kaedah baharu Agency Link Up System (ALIS) telah diguna pakai baru-baru ini.
Menerusi sistem itu, pihak berkuasa dapat mengesan keaslian atau penipuan maklumat diri mana-mana pengawal keselamatan.
“Menerusi sistem itu, kita dapat kesan nama individu, gambar, cap jari dan segala butiran akan keluar. Jika tidak keluar, bermakna seseorang pengawal keselamatan itu bukan warganegara atau menggunakan maklumat palsu,” katanya.
Semasa menjawab soalan asal Khairiah mengenai pemberian lesen senjata api, Wan Junaidi berkata sejak 2010 hingga kini, sebanyak 20 buah syarikat telah digantung lesen dan 22 syarikat dibatalkan lesen di bawah Akta Agensi Persendirian 1971.
“Sebanyak 138 syarikat kawalan keselamatan telah diberikan lesen senjata api dengan 806 pucuk pistol dan pumpgun sebanyak 10,712 laras,” katanya.
- Bernama

Pertama sekali, kesian kat pendatang asing, yang berminat dengan kerja ni,, tertutup peluang,,,

Yang kedua,, ish,ish, ish,, umno ni pembohong besaq rupanya,, dalam duk kata nak mertabatkan bahasa ibunda, yang juga bahasa kebangsaan, bahasa melayu,,sekarang apa cerita ni... bahasa melayu letak tepi,,, jadi bahasa longkang,, sudahlah anak-anak remaja bahasa mereka dah jadi bahasa sms.... kacau bilau.... 

Siapa kepala yang pelingkup bahasa ni,, tolong habaq mai,,,

2 comments:

  1. Mengikut peraturan hanya rakyat yang layak jadi pengawal keselamatan dan orang asing yang dibenar hanyalah gurkha yang besara dari khidmat tentera.
    Apa ada rakyat Malaysia yang tak tau BM kah?
    Atau rakyat Banglasia yang tak tau.

    ReplyDelete
  2. WHY THE HELL YOU LET YOUR SECURITY INDUSTRY TO BE FLOODED WITH FOREIGNERS. COMMON SENSE WILL TELL YOU THAT THE SECURITY INDUSTRY CAN SURVIVE WITH LOCALS THE ONLY THING THAT I SEE IS YOU PAY PEANUTS YOU GET MONKEYS IN THE SECURITY INDUSTRY..... HEY MINISTER I THINK YOU DO NOT POSSESS COMMON SENSE.

    ReplyDelete