Pages

Friday, January 3, 2014

Masya Allah,,, malu besaq weiii....

Woi,, mana nak letak muka,,, nak tutup dengan apa ni,,, dengan kulit babi pun aku rasa tak hilang malu,,,, wooii... 



BAHASA   

Mahasiswa Islam desak Mufti Perak minta maaf atas kenyataan darah peserta Turun ‘halal’



JANUARY 02, 2014
LATEST UPDATE: JANUARY 02, 2014 05:31 PM
Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM) mendesak Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria (gambar) memohon maaf kepada rakyat kerana melabelkan para peserta perhimpunan ambang Tahun Baru yang lalu sebagai 'bughah' atau pemberontak.
"Jangan hanya tahu salahkan rakyat semata-mata," kata Presiden PMIUM, Mohd Bukhairy Sofian dalam kenyataannya.
Harussani sebelum ini berkata peserta perhimpunan pada 31 Disember lalu perlu ditangkap kerana menderhaka kepada kerajaan, sambil berkata darah mereka “dihalalkan" kerana tergolong dalam kategori pemberontak.


“Sepatutnya semua peserta perhimpunan ditangkap kerana menderhaka kepada kerajaan dan dari hukum syarak, dihalalkan darah golongan bughah,” katanya seperti dilaporkan Berita Harian hari ini.
Mufti itu juga membidas pembabitan pembangkang, khususnya PAS, dalam perhimpunan “haram” malam kelmarin, yang disifatkannya cuba berlagak alim tetapi tidak memahami al-Quran.
Beliau juga dilaporkan berkata bahawa adalah haram bagi mana-mana pihak menyertai perhimpunan itu.
Bukhairy bagaimanapun berkata tujuan himpunan adalah untuk memberi isyarat kepada kerajaan rakyat terbeban dengan kenaikan harga barang, bukannya mengguling kerajaan.
"Kalau guling kerajaan yang adil barulah bughah (pemberontak) namanya di dalam Islam," katanya.
Beliau bertanya, dalam keadaan negara yang menanggung hutang yang banyak, pembaziran terus berlaku,
"Adakah mufti tidak nampak perkara ini. Adakah itu tidak zalim?"
Bukhairy juga mempersoalkan pendirian mufti itu berkenaan peruntukan untuk konsert di Dataran Merdeka sebanyak RM15 juta.
"Adakah mufti melihat ini sebagai langkah bijak menyambut tahun baru?" soalnya.
Bagi beliau, mufti harus berfungsi menasihati pemerintah, bukan mengampu semata-mata.
"Orang di bawah dan rakyat begitu susah untuk mendapat sesuap nasi. Mereka tidak ada elaun dan dibayar gaji seperti mufti," tambahnya. – 2 Januari, 2014.

kalau yang buat desakan tu orang politik, aku tak berapa nak ambik pot sangat,, biasalah.. tetapi yang desak ni kira golongan sebaya dengan anak-anak kita, malah kalau nak dibanding dengan harussani ni, aku rasa sebaya dengan cucu atau cicitnya,,, besar kemaluan weiiii,,,, 

Daripada percakapan sebgini secara tak langsung menunjukkan diri sebenar tu tak berilmu,,, macam mana ni pegang jawatan mufti ni... 

Harap ketua agama negeri Perak tolonglah ambik berat dalam hal sebegini,,, ini bukan lagi hal nak berpolitik, tetapi dari segi keilmuan adalah penting sebelum nak menjatuhkan hukum...

Kisah nya boleh juga baca Klik Sini dan juga Klik sini dan kelulusan Harussani Klik sini juga Klik sini

11 comments:

  1. Salam MM,
    Aik? TanSri itu ialah kelulusan yang kedua tertinggi universiti?

    ReplyDelete
  2. Patutlah dia ni selalu cakap mcm orang kurang ilmu. Memang betul pun.

    ReplyDelete
  3. diploma jer bolih jadi mufti? yg spm jer pun bolih jadi pengurusi tabung haji? apa dh jadi ni..?

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lah dia kerajaan negeri pasola...cuba tanye mufti haru sana sini tu...apa dia najis mughallazah selain dari anjing...aku takut jawapan dia lagi teruk dari najib...najib degree woo...tu pon susah nak jawab...kahkahkah

      Delete
    2. Bro...ilmu lu org mmmg lbh tngi dari mufti perak ya...moga2 lu org akan mmpu mnjd mufti yg tersohor dan ketua mufti tntunya ulamak tersohor bertaraf wali...iaitu syeikh manjung mari...

      Delete
  4. dulu mufti perak ini amatlah disanjumg dan dihormati kerana ilmunya, tapi dgn kehendak ALLAH sekarang ini beliau dihina dan dikeji sedemikian rupa dan kenyataan-kenyataan yg dikeluarkan amatlah mengelirukan seolah-olah datangnya dari org yg kurang keilmuanya. adakah ilmu yang beliau ada telah ditarik sedikit demi sedikit oleh ALLAH? mungkinkah beliau lebih mementingkan "dunia" drp akhirat atau mungkinkah sumber-sumber rezeki yg beliau dapat tidak "bersih" sehingga menjadi demikian rupa.

    ReplyDelete
  5. Hampir semua @ 99% ahli2 PAS tak sebulu dan benci dgn mufta-mufti setan2 dikenali nih..

    Tetapi maseh ada segelintir atau 1% dikalangan kumpulan PAS yg paling FAKEH yg sekepala dan sgt sebulu/setuju dgn mrk ini,

    Inilah puak2 ddlm PAS(1%) yg mnjd gunting ddlm lipatan dan mnjd halangan besar kpd ummat
    Dan mrk ini pula adalah yg paling 'elit' sekali utk setan2 sgt mudah bersembunyi ber ug2!?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kah kah kah...99% tu pula adalh pngikut pas yg bangang dlm kmpulan bangang...sngup mensetankn dan mmbabikn waima seorg mufti atau ustaz andai mereka menegur atau pertikai apa yg salah dlm politik pas..

      Ttp kumpulan 99% ini juga akan mngangkat kafir yg secara jelas bnci kn islam ttp mngatakn pas itu betul sbb mnjd balaci dap..maka kafir itu lbh mulia dari ustaz dan mufti...aduhai bangangnya manusia 99% ini yg mudah ditipu oleh musuh islam....kah kah kah...

      Delete
  6. Kalau dia panggil peserta TURUN bughah, habis kalau pemimpin zalim nak panggil apa. Halal ke darah pemimpin mcm ni, asyik tekan rakyat je.

    ReplyDelete
  7. Saya gelar dia mufti dunia ribu ribu sayang oiii, Alhamdullilah Allah bagi aku sijil darjah enam sahaja kalau diploma nampak aku lagi teruk pada dia, ayah ku berpesan jangan sangka orang lagi pandai lagi baik aklaknya. Kerana lagi pandai lagi banyak pusing. Hidup zaman sekarang bukan masaalah pandai masaalahnya ketirisan akhlak itu sendiri kerana tidak mengamalkan nya.

    ReplyDelete
  8. Dulu2 kalau jawatan mufti org cukup hormat. Sekarang ni dah jadi terbalik pulak. Puncanya apa. Kerana mufti ni dah dibelit setan hingga pentingkan pangkat kehebatan dunia dan wang dan harta kekayaan. Jadi penjilat pemerintahan jjahat dan zalim. Keluar fatwa macam org tak berilmu. Sebab tu Allah malukan dia dengan ilmunya yg semakin rosak. Kenapa, sebab ia tidak ikhlas dng ilmunya. Dia gunakan ilmunya untuk cari kedudukan. Insaflah wahai mufti. Kan dah tua tu berapa hari lagi nak masuk kubur. Cukuplah kau menyesat org sebanyak itu.

    ReplyDelete