Pages

Monday, January 27, 2014

Perghhh... Nasib baik Khairy Jamaluddin bukan Menteri Pendidikan..

Sepatutnya ibu bapa atau penjaga kepada anak-anak sebelum menghantar anak-anak mereka ke Sekolah Cina (SRJK) , kaji dulu budaya di sekolah Cina...

Cara sistem pengajaran di Sekolah Cina adalah tak sama dengan Sekolah Kebangsaan,, guru-guru di sekolah di beri kuasa untuk mendenda murid-murid jika engkar arahan sekolah,, manakala ibu-bapa pelajar Cina pula tak ambik kisah jika anak-anak mereka dikenakan hukuman,,, 

Jarang sekali dengar cerita ibu-bapa pelajar Cina buat laporan anak-anak mereka kena pukol atau sebagainya diakhbar-akhbar...

Tetapi bila pelajar melayu kena denda di sekolah Cina,,, dah jadi satu isu lain pula...

Manakala menteri pembodek no1 najib dah mula bersuara... 




KJ gesa cikgu 'terlampau' dibuang perkhidmatan



Khairy Jamaluddin

SHAH ALAM - Susulan insiden seorang guru yang memaksa dua murid makan rumput selepas gagal menyiapkan tugasan, Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin hari ini menggesa Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP) mengambil tindakan tegas dan drastik terhadap tenaga pengajar tersebut.

Menurutnya, tindakan menukar tempat perkhidmatan guru itu tidak mencukupi sebaliknya perlu dibuang daripada perkhidmatan tersebut mengikut tatacara yang terdapat dalam suruhanjaya itu.

"Saya minta SPP mengambil tindakan tegas terhadap guru itu, bukan hanya dengan pindahkan guru tersebut, ia tak cukup, sebab ramai orang di luar sana marah dengan tindakan guru itu.

"SPP perlu menggunakan tatacara yang ada termasuk membuang guru tersebut daripada perkhidmatannya," katanya kepada Sinar Harian Online, hari ini.

Minggu lalu, guru berkenaan bertindak menggantung loceng di leher Muhammad Nasvinder Muhammad Amit dan Mohd. Izat Iqbal Mohd. Harith masing-masing 10 tahun dan memaksa mereka makan rumput selepas gagal menyiapkan tugasan mata pelajaran Bahasa Inggeris.

Semalam, media melaporkan guru yang mengajar di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Khai Meng dekat Sungkai, Perak telah ditukar ke sekolah lain dan turut diberi surat amaran yang atas tindakan keterlaluannya.

Aku bukan menyokong guru tersebut, tetapi itulah budaya disekolah Cina,, tindakan Displinnya memang tegas jika nak dibandingkan dengan Sekolah Kebangsaan, mereka nak anak-anak kaum bangsa mereka berjaya, 

Apakah dengan membuang atau memecat guru tersebut, imej melayu akan bertambah baik...pelajar-pelajar melayu disekolah cina tu akan bertambah peningkatannya...

Apakah Khairy tahu, berapa ramai anak-anak melayu belajar di sekolah Cina,,, dan kesan dari pemecatan guru tersebut, apa akan terjadi kepada pelajar melayu di sekolah cina..

Akibatnya sekarang kita boleh lihat jurang antara pelajar melayu dengan pelajar cina,, apabila keputusan peperiksaan keluar,,, anak-anak melayu yang berjaya cemerlang hanya di kelompok Kelantan atau Terengganu.

Negeri lain...?..

16 comments:

  1. Cikgu buat salah hanya kpd 2 org murid. Cadangan hukuman lucut jawatan walaupun sudah dihukum tukar sekolah sertamerta. Huh.. tegasnya, bagus... tapi bila pemimpin buat salah songlap duit rakyat juta2 melibatkan kesan pada ramai orang bukan dua org, tindakan sangat lambat dahlah tak kena apa2 hukuman diberi pegang jwta baru pula. Inilah melaisyia oh tanah airku....
    Ada pemimpin berjiwa rakyat..
    Ada pemimpin membabikan rakyat.. siapa.?. Ehem....

    ReplyDelete
    Replies
    1. syukur m'sia aman..
      lembu mkn kangkung..
      huhu

      Delete
  2. Wow...bhai mm syg betul lu pd cina ya...dh masuk ketahap taksub tu...bkn anak lu atau cucu lu kena camtu, blh lh lu ckp camtu...apakh pndirian lu yg tndakan guru cina itu betul kpd anak melayu??? Dan tindakn guru trsebut juga betul dan tepat bila tak kena denda yg sama kpd anak cina wlupun kesalahan yg sama??? Wow dh mcm hudud pas pula bila ada yg kena dan ada yg lepas atas kesalahan yg sama...

    Hahaha...jd benar dan tepat juga lh tndakn pngetua dan lmbaga sekolah yg memaksa guru mmbuka tudung...kemon bhai, klu lu taksub ngan cina (terutama cap dap) pun beranilah brkata yg benar...

    Bhai apa maksud lu dgn kesan kpd pelajar melayu di sekolah trsebut...adakh guru tu guru super yg tak mmpu diganti oleh guru lain...lu takut klu cina balas dndam kpd budak melayu...hualoh, blm apa2 dah takut dgn cina...ptuiii lu bikin melayu malu lh bhai...lu ajak dan hasut org turun kejalan utk menentang kerajaan melayu ttp lu goyang berdepan dgn seorg guru cina...lagi sekali bhai ....ptuiiiii (sorry bhai aku jarang biadap dgn org, ttp lu tak lbh dari seorg 'gurkha' cina)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dan Juragan69 al kafirun plak barua kuat penghina Baginda Nabi s.a.w.

      Delete
    2. juragan.....nyatakan disini apa itu hudud PAS dan apa itu hudud Allah swt.dimana perbezaan nya.

      Delete
    3. Juragan hang ni jenis apa meraban tak tentu hal mana ada hudud pas dan tak pernah pun dilaksanakan dimana-mana negeri di Malaysia, hang ni teruk sangat hang besa kena kut dengan hudud pas patut la hang cakap macam orang tak siuman saja jaga mulut tu nanti disambar api neraka. bercakap benda yang tak ada. Bila pas nak lak sana hampa juga yang nak saman, melayu berjiwa apa tlg jawab.

      Delete
    4. Kenyataannya bukan lagi bertaraf hampas tapi sampah dan najis belaka, hasil kangkungan UMNO

      Delete
    5. orang melayu bodoh umno suka sebab senang dia orang control.tak boleh kena denda sikit dah melalak satu dunia.zaman gua dulu kalau kena macam budak tu mampus dikerja kan oleh orang tua gua.dia tak salahkan cikgu.budak budak melayu sekarang banyak yang kurang ajar macam JURAGAN 69 paling kurang ajar hasil didikkan umno.

      Delete
    6. kahkahkah

      hudud pas macai umno melenting...kalo mcm tu buat la hudud umno...apa masalahnya...sudahnya satu haram hudud pon x mandang...sebab umno takut dgn cina MCA...padahal cine MCA dah x ada kuasa langsung dalam kerajaan...sekarang dah x de cine pon umno masih takut dgn cina...power betul cina MCA ni yee...x da jawana pon masoh boleh halang hudud umno...WAJ...kahkahkah

      Delete
    7. Hahaha...jika lu org benar2 totok pas maka lu org lbh tahu dan lbh fhm mana hudud pas yg hnya dijdkn bahan utk politik bg mndpt undi dari spesis spti lu org...

      Bhai dah lama dh tak dngr hudud mnjd agenda utama...hahaha semnjk pemimpin pas tnduk kpd dap dgn mngatakn hudud cuma 0.001 dari hukum islam...negara islam tiada dlm agenda pas ttp ditukar kpd negara berkebajikn.. ini hukum Allah atau hukum politik pas???

      Adakh hudud yg dilaksanakn oleh rasullullah hnya kpd org muslim saja dan org kafir tidak terikat dgn hukum hudud??? Bhai tidak prlu takut disambar api neraka jika kita yakin dgn apa yg kita sampaikn... dan tak perlu juga api neraka dijd kn alasan utk tidak brckp benar...

      Bhai...lu org ptt persoalkn kpd pimpinan pas pusat dan pas negeri iaitu di kelantan, selangor dan pp, bila hudud NAK dilaksanakn.... jabatan kehakiman syariah dan mufti kelantan dh bg greenlight utk laksanakn hudud....dan spti dijangka pimpinan pas terkial2 mmberi alasan yg kerajaan negeri pas BELUM bersedia...hahaha lu nk cerita saman apahal bhai sdgkn prlaksanaan hudud tidak terikat dgn kerajaan pusat...

      Bhai jika pas brbangga mmpu kumpul puluhan malah ratusan ribuan para pendemo utk bershit, anwar, ambiga, lgbt dan berbagai demonstrasi dibwh pr...kenapa pimpinan pas dan anwar tidak prnh melakukn demonstrasi utk menekan kerajaan pusat utk laksanakn hudud...bhai lu ada dngr yg mat syabu atau husam duduk brbincang dgn pimpinan pkr dan dap utk laksanakn hudud di selangor dan pp...kemon bhai mnjd ahli syurga bkn semata2 mnjd ahli pr atau pas sbgi syarat dari Allah..ttp mnkin syarat mesti jd ahli pas utk masuk syurga adalh ketetapan parti pas kpd ahlinya....

      Delete
    8. dengan ilmu yg teramat sedikit hasil rahmat Allah swt,jangan lah mudah sekali kita mengkafirkan sesama kita.Islam atau kafir nya seseorang itu hak Allah swt.kita cuma berusaha utk kekal Islam bilamana mungucap dua kalimah syahadat ataupun lahir dari keluarga Islam.belum tentu dengan amalan yg tak sapertimana kita merasa kita telah Islam keseluruhan nya.mengapa begitu mudah kita mengkafirkan pihak lain.ukuran keislaman dan keimanan itu hak Allah swt.Adakah Islam mengajarkan kita supaya kita memudahkan mengkafirkan seseorang.tentu tidak.takut takut kekafiran itu kembali kepada kita.Islam itu lembut meskipun terdapat ketegasan dlm kelembutan.

      Delete
  3. Salam,

    Dulu sy sekolah cina, bersyukur la budak tu tak kene sebat mcm saya dulu.

    2-3 hari tak blh duduk betul. Mak bapak pulak jenis tak support saya dlm kes2 mcm ni. Alamat pendam je la.

    TAPI kesan didikan mereka lah menyebabkan saya cukup sensitif dgn displin.

    Klu saya ada kat sana. Sure saya ckp
    Siapa suruh tak buat keje? Latihan tu la yg jadikan kamu hebat!!

    ReplyDelete
  4. anak melayu selalu kurang ajar dgn cikgu2 melayu,tu sebab anak2 melayu zaman sekarang malas belajar....tak payah belajar tinggi asal pandai bodek dan makan rasuah boleh kaya mcm pemimpin2 melayu dungu

    ReplyDelete
  5. sy nak share info dgn kengkawan cni ttg 1 blog yg besh penuh n3 bmanfaat-
    Tolong klik & baca di sini->Kisah Cinta Si Lanang Gabrul

    ni pula sy nak beritahu & amat perlu beritahu tentang posting hot & juga info yang teramat penting bagi kita semua umat islam di negara ini.
    Tolong klik & baca di sini->http://anjungrakyat.blogspot.com/2013/11/melayu-adik-beradik-yahudi.html

    ReplyDelete
  6. encik navy penah keje kt skolah cina ye??? saya penah brkhidmat d skolah cina.. guru2 bukan cina trutamanya tiada banyak kuasa ntuk mghukum pelajar cina... ape2 pn last skali kita jugak yg kena warning sama pengetua serta PIBG.. mereka lbih brkuasa... pelajar pn dh x brapa bole nk diajar.. makin kurang ajar ade le..

    ReplyDelete