Pages

Wednesday, February 19, 2014

Artis lelaki (umno) pangkat Dato perasan pulak dah...

Geli geleman pun ada aku rasa, bila terbaca kisah mamat penyanyi ni,, bukan tak kenai siapa dia ni, ..




HIBURAN

Jamal Abdillah Dedah Wanita Cuba Ambil Kesempatan
SHAH ALAM: Datuk Jamal Abdillah mendedahkan beliau telah didekati ramai wanita sejak dikurniakan pingat kebesaran, Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Datuk pada Oktober 2013.
Jamal atau nama sebenarnya Jamal Ubaidillah Ali, 55, berkata, wanita yang ingin merapatinya dipercayai mempunyai niat yang tidak baik.
"Ada lebih tujuh atau lapan orang yang ingin mengenali saya hanya dengan niat yang tidak baik. Sekilas ikan di air saya sudah tahu tujuan mereka.
"Mereka bukan di kalangan artis tetapi orang biasa. Mereka ingin mengenali saya kerana nama, pangkat Datuk dan wang semata-mata," katanya kepada mStar Online, ketika ditemui pada sidang media mengenai persembahannya sempena Hari Ibu di N'Dah Mahligai, di sini, pada Selasa.
Jihan Raja Lawak, Jamal Abdillah dan Nas Adila menghiburkan majlis Hari Ibu Bersama Dato' Jamal Abdillah pada 11 Mei depan.
Tambah Jamal, selepas gagal dalam tiga perkahwinan lalu, dia kini lebih berhati-hati untuk kembali membina rumah tangga.
Jamal berkata dia enggan kecundang dan mengecewakan hati mana-mana wanita selepas kegagalan dalam rumah tangganya lalu.
"Saya belum tergerak hati untuk berkahwin lagi, biarlah saya menjaga diri sendiri buat masa ini.
"Pengajaran pada kegagalan perkahwinan lalu ialah ketika itu saya tidak layak untuk menjadi suami dan ketua rumah tangga.
"Kalau saya ingin beristeri semula biarlah pilihan itu untuk kekal sehingga ke akhir hayat," katanya.
Sementara itu, ditanya tentang gosip ingin hubungannya dengan penyanyi Nas Adila, 28, Jamal berkata, beliau tidak pernah mempunyai perasaan cinta terhadap wanita itu.
Tambahnya, berita berkenaan hanya khabar angin apabila wanita itu sering memuat naik gambar mereka ketika berduet di beberapa persembahan pentas.
"Kalau saya ada perasaan sudah lama saya kahwin dengan dia. Saya tidak tahu bagaimana boleh tersebar cerita ini.
"Saya mengenali dia sudah lama sejak dia berumur 17 tahun lagi kerana sering mengambil dia sebagai rakan duet untuk mana-mana persembahan saya," katanya.
Sementara itu, Jamal yang turut akan bergandingan dengan Nas Adilla untuk Majlis Hari Ibu pada 11 Mei depan berkata mereka akan beraksi secara profesional.
Biarpun mengakui terkejut dengan pemilihan artis tersebut, namun Jamal menganggap ia sebagai satu strategi promosi daripada pihak penganjur.
"Ini kali pertama kami bekerjasama selepas gosip tersebut namun sebagai artis saya perlu profesional," katanya.
Mengenai persembahan pada Hari Ibu berkenaan, ia akan berlangsung di N’dah Mahligai Shah Alam bermula pukul 8 malam yang turut menampilkan Jihan (Raja Lawak) sebagai pengacara.
Tiket bagi megikuti persembahan itu dijual dengan harga RM300, RM400 dan RM450.
Orang ramai boleh menghubungi 03-55104187 atau 013-2764368 untuk maklumat lanjut.

7 comments:

  1. Hahaha bhai mm smpi isu ini pun lu jdkn entry...bkn apa nmpk sngt yg lu jenis tak boleh org lebih sikit...alahai mm tak payah nk ugut2 kenal dan tahu kisah silam dia... kita bkn sempurna dulu dan skrg...brsngka baik lh sikit mm...tak rugi dan tak mnmbh dosa...

    ReplyDelete
    Replies
    1. wak juragan 69, aku nampak MM ok je, ke awak yg kurang bersangka baik......

      Delete
    2. kemon bhai.ikut suka MM ler.mie entri dia.gasak dia ler isu aper MM nak di isukan.itu hak dia.lu entri pun takder,lepas tu asyik nak menyuarakan rasa tak puashati.lu manusia jenis aper nie?bhai bhai....sedor ler diri tu skit.lu tau pun lu tak sempurna.bhai.bhai.tak setuju lu duk diam diam.jgn nak menyebok.ok bhai.aku tak kisah pun aper isu MM.begitu juga orang lain.lu jer yg lebe lebe.busyuk punya kaki.

      Delete
    3. Tak kisah lh bhai ikat bata...aku cuma bg pandangan aku...sbb ending dia akan keluar pndngan yg mnhina atas anugerah yg dia terima...kisah silam dia...sbb mmng itu perangai org melayu dan org islam di malaysia...puncanya satu ttp ia akan melarat kpd kutukn dan mnhina...ttp ialah org yg sempurna cam lu mmng mngutuk dan memaki org adalh makanan yg halal buat lu dan sekaum dgn lu.....apa2 je lah bhai..

      Delete
  2. sudah lah penagih dadah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Riak dan bongkak Jamal Abdillah. Beasr sangatkah gelaran Datuk dia tue? Cara dia komen pun masih macam penagih dadah tegar. Banyak sangat ker duit dia tue sampai ramai wanita terpikat. Tak sedar awak tue pernah merempat and minta belas ikhsan orang kampung aku kat Kuching dulu lepas keluar jel. Woiiii Jamal!!!! Jangan berlagak sangat. Ko ingat tak Kampung Gersik kat Kuching? Kat situ ler ko mintak belas kesian.

      Delete
    2. Sapa kata dia tidak banyak duit? Nyanyi 2 lagu masa sambutan tahun baru cina baru2 ni di Taiping je dapat 15k. Belum lagi lain2 tempat dia melalak.

      Delete