Pages

Friday, February 28, 2014

Ha ha ha,, kalau betul.. Aku akan sokong Tan Sri Khalid lawan Azmin..

Walau pun aku bukan ahli PKR,, tetapi sebagai rakan sesama dalam Pakatan Rakyat, apa yang berlaku dalam parti tersebut, terutama tampok kepimpinan,, aku kena ambik tau juga..


Bila terbaca berita ni, aku harap ia benar berlaku... bukan aku nak menyibuk hal parti mereka,, tetapi kerana dua tiga orang yang buat mangkaq,,, memang aku tak berkenan..

 Nasional   

Pemilihan PKR: Khalid umum lawan Azmin malam ini?
pada 28-02-2014 12:02 

Post Pic

SHAH ALAM: Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dijangka menawarkan diri sebagai calon timbalan presiden PKR pada pemilihan parti itu Mei depan dalam satu majlis malam ini, menurut sumber parti. 
 
Sumber itu berkata Khalid telah mengatur sebuah majlis makan malam dengan pemimpin akar umbi parti di kediamannya. 
 
Majlis itu dinamakan “Malam Kasih Bertaut” dan dijangka membariskan penyokong tegar Menteri Besar itu di dalam PKR dan kerajaan negeri.  
 
“Khalid dijangka mengumumkan beliau akan bertanding sebagai timbalan presiden parti manakala Exco kerajaan negeri Rodziah Ismail akan bersaing untuk jawatan ketua wanita PKR.
 
“Seorang lagi calon dari kem Khalid yang akan ditampilkan ialah Nazri Yunus untuk jawatan ketua Angkatan Muda Keadilan,” kata sumber itu.  
 
Rodziah akan mencabar ketua Wanita PKR Zuraida Kamaruddin manakala Nazri akan berdepan dengan timbalan speaker Dewan Undangan Selangor Nik Nazmi Nik Ahmad. 
 
Desas-desus bahawa Khalid akan mencabar Azmin Ali untuk jawatan timbalan presiden semakin lantang susulan pertikaian yang semakin memburuk di antara mereka sejak lewat tahun lalu. 
 
Azmin menjadi timbalan presiden PKR sejak tahun 2010 dan tidak lama kemudian menjadi  Pengerusi PKR Selangor, menggantikan Khalid. 
 
Beliau sering menegur Khalid kerana tidak melaksanakan dasar-dasar parti dalam menguruskan kerajaan negeri. 
 
Pertikaian berpanjangan itu dikatakan membawa kepada keputusan PKR untuk “memaksa” pilihan raya kecil Kajang diadakan sebagai keadah meletakkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Menteri Besar menggantikan Khalid. 
 
Menurut sumber, Khalid enggan meletak jawatan sebagai MB secara sukarela, malah mahu menguatkan kedudukannya di dalam PKR, justeru mengambil keputusan untuk melawan Azmin bagi jawatan No. 2 parti. 
 
“Jika Khalid berundur atau dipaksa berundur sebagai MB, pemilihan PKR adalah  satu-satu opsyen yang tinggal kepada Khalid untuk memastikan beliau masih relevan kepada PKR,” kata sumber itu lagi.  

Memang pada jangkaan aku, TSKI memang susah nak menang,,, bukan senang nak tewaskan orang lama macam Azmin yang banyak pengaruhnya,, dan pandai putar alam,,, biasalah bekas umno juga... 
Tetapi sebelum beliau akan dipingggirkan oleh parti itu sendiri,, setelah beliau begitu banyak berkorban untuk partinya, adalah lebih baik ia berjuang sebelum menyerah kalah.... 













5 comments:

  1. periksa sumber berita nanti takut2 umnu bertopengkan pkr.

    ReplyDelete
  2. E E ELehh selain Azmin MM pun pandai putar alam dan temberang... he he he

    ReplyDelete
  3. Salam. Tolong linkkan blog http://cicitpawangali.blogspot.com/ . Terima kasih !

    ReplyDelete
  4. Serutu sangat. Untok menyelamatksn PKR DAN PR,azmin dan zuraida patut di kalahkan.
    Biar azmin pi cari ezam.
    Zuraida pi cari sharizat. Dan memang cocok pun,sama sama mulut longkang.

    ReplyDelete