Pages

Sunday, February 2, 2014

PRK Kajang - Khas buat para pengkomen blog ?

Ramai yang komen mengatakan blog aku aku tak ada standard dan macam-macam lagi,, bila aku tulis isu PRK Kajang...

Tetapi bila aku baca satu artikel dari blog sahabat, orang Kajang sendiri,, jadi aku seru,mari sama-sama pakat baca,, untuk kesedaran...



Anwar, Reformasi dan Kajang



Pemerhati politik dan orang-orang parti sependapat pilihanraya kecil (PRK) Kajang yang disertai Anwar Ibrahim adalah untuk menyelesaikan 'ribut dalam cawan' atau perang Khalid Ibrahim Menteri Besar Selangor dengan Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR). Beberapa isu di Selangor dikatakan diselesaikan hanya mengikut kepala Khalid sahaja. Khalid memang dilihat tidak mesra parti. Justeru banyak keputusannya mengecewakan parti dan dari segi kemenangan politik pun selalunya memberi impak negatif kepada parti. Rakyat tidak terasa sangat tetapi tidak mustahil perlahan-lahan impaknya akan sampai. Teori Anwar mesti masuk ke Selangor adalah antara strategi menawan Putrajaya hanya secebis nasi tambah. Itu kenyataan 'untuk memberitahu jiran bahawa kami baik-baik sahaja'. Jika keluarga kita bergaduh kita akan beritahu jiran-jiran yang nampak dan dengar bunyi-bunyi itu bahawa tiada apa-apa yang tidak elok. Semuanya beres demi kebaikan.

Saya secara peribadi tidak punya masalah apabila Anwar ingin bertanding di Kajang dan masalah saya langsung tidak akan ada jika Anwar disenaraikan sebagai calon Kajang pada Pilihanraya Umum ke 13 yang lalu. Bagi diri saya, Anwar atau sesiapa sahaja warganegara Malaysia termasuk saya, pembaca atau Arulchelvan setiausaha Agung Parti Sosialis Malaysia yang tak fasal-fasal menjadi papan dart untuk disumpit itu pun bebas bertanding di mana-mana asalkan memenuhi syarat. Beberapa teman mengatakan kepada saya prioriti kala ini ialah memenangkan Anwar pada PRK ini. Ya! Apalagi bukan? Tetapi bagi saya ini bukan soal prioriti mutlak, ini prioriti yang diada-adakan. Menurut pandangan saya PRK ini adalah jalan mudah untuk menyelesaikan masalah di peringkat atasan; iaitu memulangkan semula kepada rakyat yang mana kita tahu rakyat (khususnya rakyat Kajang jika anda baca rekod politik pilihanrayanya) tidak pernah khianat pada perjuangan. Kajang ini unik, pernah dimenangi PAS pada 1999, ditawan Barisan Nasional pada 2004 dan dirampas semula oleh PKR pada 2008 sehinggalah pada PRU13 yang lalu dengan majoriti yang padu.

Saya tidak menyenangi PRK Kajang kali ini kerana berpendapat memulangkan secara sengaja kepada rakyat masalah yang gagal ditangani pemimpin atasan tidak patut dijadikan amalan. Mengapa saya berkata sedemikian? Kerana saya cuba menyingkapnya lebih dari PRK ini. PRK adalah PRK, undi dan ada pemenang. Dan menurut pandangan saya tiada sebab Anwar tidak mampu menang di Kajang. Senang. Tetapi saya melihat gagalnya penghayatan ahli PKR sendiri terhadap agenda reformasi yang digagaskan oleh Anwar Ibrahim, Ketua Umum.

Sekali renung memang turunnya Anwar di Kajang seakan untuk melakukan agenda reformasi di Selangor. Dan memang itu pun. Anwar memang sentiasa relevan sebagai ikon reformasi. Tetapi 16 tahun slogan Reformasi itu dilaungkan tidak lebih hanya laungan tanpa roh. Semangat reformasi tidak menyerap kerana ahli PKR masih tidak berani memacu agenda reformasi itu melainkan terus mengharapkan Anwar sendiri. Ini diakui sendiri oleh ketua Angkatan Muda KeADILan yang mengeluarkan kenyataan sejurus selepas perletakan jawatan Lee Chin Cheh sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri Kajang iaitu 'tiada siapa yang layak di Kajang selain Anwar'. Sayap paling lantang di dalam parti itu telah secara sedar mengesahkan TIADA siapa di dalam parti itu punya keterampilan. Ini bukti pengesahan kegagalan agenda reformasi diserapkan ke dalam batang tubuh dan jiwa dalam perjuangan ahli (dalam PKR ahli dipanggil anggota) PKR.

Sebenarnya kesilapan bermula apabila Pengarah Pilihanraya dan jawatankuasanya memilih Lee Chin Cheh yang entah siapa-siapa bagi rakyat Kajang itu sebagai calon dalam PRU13 yang lalu. Jawatankuasa Pilihanraya Dun Kajang (JPRD Kajang) turun naik pejabat PKR Pusat merayu agar calon lama yang disokong penduduk dan menjalin kerjasama erat dengan PAS dikekalkan, tidak dilayan. Tetapi mood rakyat yang mahu menolak BN tidak kisah. PKR dengan kerjasama cukup kuat dari PAS Hulu Langat (hendak harapkan PKR Cabang Hulu Langat yang tak habis-habis berpolitik ala kampung entahlah! Rebut jawatan, kepingin peruntukan, berambisi nak jadi Ahli Majlis dan macam-macam lagi...) akhirnya menang. Tetapi seperti dijangka Adun baru ini tidak langsung cemerlang. Rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat bersungut dan bingung dengan Adun ini. Sehingga rakyat ada yang tetap mengadu dan menemui bekas Adun lama, Cikgu Lee Kim Sin dan kadangkala Ahli Parlimen Hulu Langat, Dr Che Rosli (PAS) terpaksa menanggung kerja Adun. Lee Chin Cheh yang menjadi wakil rakyat asyik menghantar Pembantu Khas sebagai wakilnya ke mana-mana program. Wakil Rakyat pakai Wakil juga. Mungkin untuk mencuci tahi-tahi Khalid-Azmin, Lee Chin Cheh yang menyusahkan kepala perlu disingkirkan. Saya seronok manusia itu dibuang. Budaya dari parti Gerakan yang dianutinya untuk dia naik perlu dibunuh. Pengarah Pilihanraya patut mengakui kesilapan ini dan belajar darinya. Usahlah mengada-ada mengambil calon payung terjun yang seperti ini.

Kegagalan agenda reformasi dihayati anggota PKR yang saya maksudkan dituju juga kepada Adun-Adun PR yang tidak berani menyatakan dengan jelas pendirian mereka terhadap isu ini. Jalan yang mudah dan murah ialah apabila Yang Berhormat-Yang Berhormat yang telah dipilih oleh rakyat untuk mewakili mereka ini menjalankan tanggungjawab, membezakan antara menjadi orang parti dan menjadi wakil rakyat seketika mengusulkan di dalam dewan tentang isu ini. Saya telah mengajukan tetapi kata mereka susah. Ya! Memang susah jika masih ada perhitungan kepentingan sendiri, lalu jalan yang mereka nampak senang walaupun tidak murah ialah memulangkan semula kepada rakyat. Ikon reformasi digunakan untuk mengolah persetujuan, menyelamatkan kedudukan mereka dan sudah tentu juga membersihkan berak masam mereka. Turunnya Anwar ke Kajang dalam keadaan beliau sebagai Ketua Pembangkang Malaysia, mantan Timbalan Perdana Menteri juga pernah memangku jawatan Perdana Menteri jika mahu dibaca adalah sindiran paling tajam terhadap semua yang mendabik dada mendokong agenda reformasi bahawa pengorbanan harus sampai pergi ke ceruk paling busuk. Apalagi hinaan dan kutukan yang Anwar tidak kena demi membersihkan cirit birit orang lain? Pendokong reformasi khususnya wakil rakyat harus malu apabila hanya menjadi saksi sambil memuji-muji Anwar sedangkan mereka sepatutnya memainkan peranan menjadi agen semak dan imbang. Agenda reformasi harus berani mengkritik kawan juga. Benar, seribu malah sejuta musuh mudah dilawan tetapi berat melawan kawan nan seorang. Tetapi jiwa mesti besar. Mengkritik bukan menentang, menyokong bukanlah melulu. Tidak perlu sangat menyanjung kelicikan permainan seni peperangan (art of war) Anwar dan mengaitkannya dengan panglima zaman silam sedang kita duduk tersengih di tepi gelanggang. Seronok melihat tahi kita dibersihkan kerana kita tidak berani membersihkannya sendiri.

Inilah pengamatan saya. Bukan fasal PRK sangat. Tetapi agenda reformasi yang dilaung-laungkan itu. Menghempapkan semula kepada rakyat apabila wakil-wakil yang telah mereka pilih gagal menggunakan keupayaan mereka untuk mencari penyelesaian adalah tidak sehat, tidak patut dijadikan amalan kerana ia bukan sahaja membazir masa, tenaga dan wang malah memberikan justifikasi perjuangan melaksanakan agenda reformasi masih lolar dan jauh untuk direalisasikan. 

Sumber: Klik Sini


10 comments:

  1. manusia sama saja.....P.Ramlee dah habaq awai2 lagi......tp Party ada kelainanya.hihihihi

    ReplyDelete
  2. Momentum perlu diteruskan.....gabungan perlu utuh.....Pas masa belum ada PR.....apa pun tak ada, harap kelantan saja lah. Diberi amanah di Terengganu tumbang, beri Perak juga tumbang, beri Kedah tumbang. Belum apa2 geng kepiah dah hentam ( ini pemikiran politik sedepa BUKAN sebatu kehadapan) malas berfikir secara luar kotak. AI mahu jadikan selangor KPI nak bagi contoh pada rakyat malaysia hasil pemerintahan PR dgn clear. Bkn TS Kalid x bagus tapi untuk lg 4 tahun PKR nak refresh kan selangor. Lg pun PKR dan Ai sayang dua-dua TS Kalid & Azmin krn dua2 besar pengaruh. Pas segunung cita mau jd MB sel....ingat DAP akan bagi laluan ke (di perak lain sbb calon MB sikit & kureng sbb tu nizar dpt). Pas pun jgn la kaco sngt hal dalaman PKR. Ada Pkr campur bila geng Lebai singkir Husam atau MB kelantan yg jns kureng peduli yg jauh beza dari Tn Guru.. bab parti jaga rmh sendiri lah....Tanpa PAS memang PR lemah.....juga tanpa PR ....pas sekadar mcm zaman lebai 1980 an jer lah. Respek la kat Hatta, Salehudin yg hadir dlm pengumuman calon Kajang....tak kan geng lebai kepiah biasa nak dijemput sama runding, cukup la kat ketua. Kedah tebungkam sedih tau...... nasi dah jd bubuq.....

    sekadar calitan:
    esman b. udien.

    ReplyDelete
  3. nak tanya.... kenapa bila berlaku begini di kajang dikatakan sebagai kelemahan pkr menyelesaikan masaalah dalaman parti dan untuk mengatasinya dibebankan kepada rakyat...pada hal tektik yang sama telah digunakan oleh umno pada 1997 apabila prk diadakan di parlimen kuala selangor dan dun permatang bagi membolehkan abu hasan omar menjadi mb menggantikan mat taib yang dilanda masaalah undang-undang. Bukan satu prk tapi dua prk iaitu dun dan parlimen serentak semata-mata bagi mengatasi masaalah kepimpinan umno selangor.

    Dalam kes umno itu mat taib bukan pun dikenakan hukuman penjara. Tolong bagi penjelasan apa beza antara kedua-dua prk tersebut, adakah ianya untuk kepentingan parti atau kepentingan rakyat?

    Kenapa bila PKR yang buat jadi salah? Kenapa umno buat tidak pula jadi salah pada hal yang dibuat oleh umno berlaku pembaziran di dua kawasan?

    Kepada penulis diatas jangan jadi mata celik sebelah, rabun sebelah.

    ReplyDelete
  4. mari ramai2 kita semak semua adun dan AP pkr asal dari mana....dari umno kah...atau dari mca kah...atau dari mic kah....... dan kah kah kah kah yg sewaktu dengannya....jika ada yg tak kena...sila para bloger godam mereka ni....jng jadi wakil rakyat kangkung.....

    ReplyDelete
  5. dh 2 kali PRU aku pangkah PKR baik peringkat DUN mahu pn Parlimen... kali ni aku x setuju langsung dngan PRK boneka mcm nih.. tulisan artikel kt atas tu sebijik mcm pemikiran aku mengenai PRK Sate Kajang ni... aku boikot PRK ni.. lantak kome le nk terjun dngan labu labi nye...

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku pun sama berpendirian dgn kau, nak selesaikan masalah parti, rakyat dibebankan. kalaulah anwar kalah nanti adakah masalah diantara TS Khalid dgn Azmin akan selesai? atau anwar akan cari tempat lain untuk diadakan prk pulak.

      Delete
  6. MM engkau ini sah memang EJEN UMNO

    ReplyDelete
  7. Nih PKR mcm bagus perangai! Nak salahkan PAS pulak! Ko ingat PAS dah berapa lama bertahan dan bertanding? Nih baru setahun kangkong, nak heboh mcm dah lama hidup!

    Walaupun hanya Kelantan, tapi kalah-menang adat pertandingan! Nih hotak PKR macam diorang menang jak memanjang! Puih!!!

    Boleh bagitau kawe, kat negeri mano mung punya port? Tarak!!!

    ReplyDelete
  8. LANTIK tuan punya blog " al-Brangi Online " ajelah jadi Mentri Besar. Nampak kemaruk nar "dia" nak kan MB pas yg pertama di selangor. Hi hi al brangi-albragngi

    ReplyDelete
  9. setuju sgt dgn anon 10:28 PM. kalaulah geng lebai tu berfikiran berbatu-batu... ini tidak menyusah dan merugikan pas, ingat pas milik geng lebai saja.

    ReplyDelete