Pages

Sunday, February 16, 2014

Wahai Dato-Dato Mufti dan Jakim ! Tolonglah...

Pagi Khamis lepas, aku sempat dengar bualan di MHI, jemputan dari Dr Chandra Muzaffar iaitu menghadiri seminar pemikiran Kasim Ahmad....

Aku tak merepek dalam blog isu tu, hanya sekadar melepaskan geram dalam FB sahaja... Klik Sini

Tapi bila aku baca berita kisah lanjutan dari berita diatas rupanya semakin teruk woiii...

 5:23PM - 16 Feb 2014

Kassim Ahmad kritik 'kasta paderi' dalam Islam



Setelah senyap untuk beberapa ketika, pemikir kontroversi Dr Kassim Ahmad muncu lpada usia 80 tahun dengan ideanya untuk menentukan hala tuju negara untuk tiga puluh tahun akan datang.

Beliau, bekas ketua Parti Sosialis Rakyat Malaysia (PSRM) sebelum memasuki Umno, kini hadir mengajak Rakyat Malaysia dan parti politik kembali kepada Islam sebenar.

Bagaimanapun idea beliau tetap kontroversi apabila mendakwa Islam sebenar di negara ini telah diseleweng kerana mengikut satu sistem “kasta paderi” yang dipanggil ulama.

"Kasta paderi ini tidak wujud dalam zaman Nabi dan empat Khalifah ar-Rasyidun. Mereka muncul kira-kira 300 tahun kemudian dan melantik diri sendiri sebagai pentafsir agama kepada umat Islam.

"Mereka (umat Islam) mendewa-dewakan pemimpin agama yang mereka anggap maksum dan yang telah memutuskan semua soalan dalam kehidupan mereka," kata beliau ketika memberi ucapan dalam "Seminar Pemikiran Kassim Ahmad: Suatu Penilaian" di Putrajaya hari ini.

Kassim turut membentangkan beberapa lagi kesalahan umat Islam seperti mendewa-dewakan Nabi Muhammad dengan syahadah kedua serta rambut bukanlah aurat wanita.

Beliau berhujah berdasarkan tafsiran terhadap ayat pertama dalam surah al-Munafiqun.

Sementara itu, berkaitan aurat, Kassim berkata ia bukan aurat kerana ia anggota biasa seperti muka dan tangan yang perlu digunakan untuk mengambil wuduk.

Tiga puluh tahun dahulu, katanya, wanita Islam tidak memakai tudung, sebaliknya hanya sehelai selendang “kerana rambut itu bukan aurat”.

Kassim yang berdepan tuduhan anti-hadis – tuduhan yang dinafikannya – turut mengajak agar al-Quran diletakkan sebagai sumber tertinggi agama dan ditafsir kembali bagi menyesuaikan kepada keadaan semasa.

"Saya pernah cakap yang al Quran menjelaskan ia sendiri. Method lama ialah menggunakan Hadis untuk menjelaskan al Quran kurang baik kerana bermakna menganggap Nabi Muhammad itu tahu segala-galanya. Ini ridiculous, beliau hanya utusan Allah," kata beliau.

Kecewa Nurul Izzah tak hadir

Sementaubaara itu aktivis seni Raja Ahmad Aminullah Raja Abdullah yang turut sama mengulas mahu pihak akademik dan ulama mengadakan perbincangan dengan Kassim.

Beliau berkata walaupun idea Kassim boleh difahami, penggunaan beberapa perkataan seperti “kasta pederi” mungkin tidak dapat diterima golongan tertentu kerana ia provokatif dan seolah berlawanan dengan tatasusila lembut masyarakat Melayu.

Raja Aminullah turut meluahkan rasa kecewa dengan ketidakhadiran beberapa panel seperti Naib President PKR Nurul Izzah Anwar yang tidak hadir pada saat terakhir.

"Ahli politik anggap kegiatan seni budaya pada umumnya marginal dan peripheral, suka hati sama ada mahu datang atau tidak," kata beliau sebelum mengulas bahawa mereka mungkin "mahu mengelak kontroversi".

Seminar dua hari bermula semalam itu diadakan di Yayasan Kepimpinan Perdana dan dirasmikan oleh bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Aku tak tau nak kata apa-apa lagi,,, ingat kut dah tua-tua nak mampos dah bertaubat, rupanya makin teruk lagi... 

Harap-harap para mufti, agamawan, jakim,, tolonglah perbetulkan semua ni,,,, jangan kerana ada kaitan dengan Mahathir sekali,, hangpa semua mengecut habis.... 

29 comments:

  1. Bhai mm...sikit je komen aku...hahaha rupa2nya lu tngk dan rujuk gak tv3 yg lu duk warkn seolah haram kpd sesiapa yg tngk tv3...sama je ngan hukum biasa brdasarkn wal haram mu...wal halal ku...

    ReplyDelete
    Replies
    1. thambi juragan...dgr x salah...percaya tu jgn lah...bukan mcm umno 2 2 pon langsung x boleh...dengar dah salah percaya lagi la salah...jadi zomba kampung pisang...wal haram jadah mu wal halal toiyiban ku...

      Delete
    2. Bhai.bhai.tonton tb3 hanya lah utk menonton sandiwara umno.bhai,lu tak mau komen ker isu banjir di Sabah.10 tahun dulu punya hal,baru nie ulang balik.aper citer bhai.kesian bhai tengok umno.sebijik mcm orang tua nyanyuk lagi gila meroyan.habis diguna johan jaapor utk tolong menipu bhai.bhai...lu mesti sokong statement kassim.bhai.bhai.awat ler orang umno nie makin tua makin gila meroyan.bhai,lu pun rasa nya mesti sama spesis ngan kassim nie kan.

      Delete
    3. Hahaha....yg lu org merapu semacam apahal...tntng tv3 itu yg lu org duk jaja seolah2 haram sesiapa yg tngk tv3 dan utusan serta b.harian...tntng mamat ni ada ke kenyataan aku yg sokong apa dia kata...

      Aku cuma ingt mamat ni masa aku bebudak dulu tntng isu buku yg diharamkn..tak salah aku buku anti hadis...dan aku tak prnh ambik tahu pun dia ahli apa...hnya slps mm ckp dia ketua cawangan? Yg mm sndiri tak pasti...

      Kemon bhai...mamat ni takda lngsung kredit dgn hidup aku...dia bkn prnh jadi MT umno pun...yg jd MT umno pun bkn ada kena mngena dgn hidup dan ideologi politik aku...aku prnh hmpr mnjd ahli pas bila aku rasa yg diatas bermasalah....ttp skrg bila pas dlm pr...aku lbh rela tidak mnjd mana2 ahli parti...

      Delete
    4. macai juragan x jadi mana2 ahli pati konon...tapi sokong kak pidah togok todi sami guel...mula2 kata takat tuang aje x minum pon...sekali tunjuk gambar kakk pidah togok todi terus spin kata tu air sirap pulak dah...kahkahkah

      Delete
    5. Bhai bhai bhai... apa lu lalok ni.... lu kata umnob jaga agama, jaga melayu jaga sultan.. tp bila kasim baba ni hina nabi, anti hadis lu ckp dia x de kena mengena x de kredit dgn lu... apal lu lalok ni...mana lu punya sensitiviti bhai... sbg islam.. org dok becerita pasal kasim baba ni... tp lu x de pun rasa nak marah ke apa kat mamat ni... org lain punya statement tulis marahkan mamat ni...lu sibuk tv 3 la.. x dak kredit apa benda bhai... lidah lu ada berapa cabang bhai... dah ckp bukan mana ahli parti plak... lu ni x dak pendirian ka bhai.... atau lu ni jenis atas pagar.. senget sana senget sini... gua ingat kalau lu jd askar mesti lu belot bhai...

      Delete
    6. Bhai! kita cerita fasal Kassim Ahmad! Bukan cerita fasal TV3! Lu sudah keluar tajuk ma...

      Delete
    7. Hahaha...bhai10.01...klu umno lu anggap gagal, maka aku harapkn lu yg akan bertindak sbgi pnyelamat agama, bangsa dan negara...aku hrpkn lu brjaya ambil tndakan kpd mamat ni...ttp klu setakat kecoh dlm blog tp nk kuar rumah pun tak berani...aku hnya hahaha...aku mmng ahli umno cuma lu yg sengal tak faham dgn apa lu baca...bhai umno bkn diujud kn utk mamat ni secara langsung. ..lu nk aku maki mamat ni dlm blog maka aku dianggap islam, melayu dan warganegara...kah kah kah singkatnya pemikiran lu...

      Bhai tntng tv3 ni...mmng bukan isu utama...ttp aku cuma komen apabila sblm ni mm atau bloger pro pr seOLAH2 haram kpd ahli pr dan juga cai2 pr juga mgutuk tv3 seolah2 tak boleh ditonton...rupa2 nya ckp kosong...kosong...

      Tntng mamat ni...mmng aku tak ambik tahu pun kisah dia...dan aku ingtkn dia ni dah takda pun...smpi lh mm keluarkn cerita dia...aku cuma ckp laa ada lg mamat ni... klu ikut mm dia bekas pngerusi psrm dan skrg psm yg mnjd sekutu dlm pr...blh lk pas bersama ideology sosialis ya...hmm apa2 je lah sbb pas apa pun boleh...

      Delete
    8. Bhai memang otak lu otak udang.. sempit, semput.. reput..memang gagal la.. mana lu punya parti yg kata jaga islam.. apa tindakan yg diorg ambik mamat ni.. x dak bhai pasal lu punya memteri ada skali masa perbincangan tu... dan x dak sorg pun yg membantah apa yg mamat ni ckp...lu kata umno jaga islam ,, mana islam nya bhai... sekurangx nya gua kecam jugak mamak ni.. tp lu..... ckp x ambik kisah.. makna nya lu x kisah la kalau mamak ni hina nabi...parti yg memerintah skg sapa bhai.., suruh la menterix yg berkenaan ambik tindakan bhai.. dan skali lg gua ckp lu otak sempit... kalau parti lu x gabung dgn mca, mic lu ingat lu blh memerintah ke bhai.. sama jgk pr... kena ada pakatan.... tp bila babx sensitif kena la bertindak.. bukan jd pak turut...pak anggukx gelengx hangguk.. mcm burung belatuk.. yes sir, yes sir.. mcm lu bhai

      Delete
    9. Takpalh bhai...aku hrpkn lu akan jd hero malaya...aku nk tngk apa yg lu nk buat pada mamat tu...klu lu mmng jenis suka maki org, maka itu pilihan hidup lu...dan klu lu rasa lu hebat sbgi melayu dan islam krn maki org...teruskn bhai...

      Hahaha...tp perlukh lu nk memaksa org lain utk maki org lain...klu dgn memaki org lu rasa dh mnjd hebat maka teruskn kehebatan lu...

      Ttp umno dah buktikn tnpa sokongan cina dan india pun...umno masih memerintah dan pr juga buktikn tnpa dap siapalah pas dan melayu pkr...

      Lu nk ckp aku burung belatuk kerana aku sokong umno...lu pula hnya burung kakak tua yg hnya mengulangi apa yg dia dngr...fhm atau tak hnya Allah yg tahu...

      Bhai klu lu pnyokong kuat pkr hnya kerana anwar sbgi pemimpin suci lu..teruskn dgn apa yg lu yakinkn dan andainya lu totok pas maka brjihadlh kpd parti...asalkn jgn menang sorak je bhai...aku tngu apa tndakn lu selain dari maki kpd mamat ni...opps lupa lk aku yg lu cuma anon...

      Delete
  2. Ternyata sesat dan tidak perlu dilayan mamat tua ni lebih-lebih lagi dia menghina Nabi Muhamad saw.

    Bertaubatlah sebelum ajal menjemput kamu

    ReplyDelete
  3. orang islam yang alim, pakar dalam pelbagai agam pun rujuk kita Veda, Bible untuk lihat apa yang ditulis... Jadi, apa salah tengok TV3 utk tengok apa yang tak kena?

    ReplyDelete
  4. juragan 69...lu selama ni klu baca dlm komen...lu la kononnya mempertahanan islam...tp bila parti junjungan lu hina islam dan yg rasmi pulak idola lu....lu lari ke tajuk lain...lu ni manusia yg bertopengkan islam...apa yg parti lu sokong buat semuanya btl...walaupun menyeleweng dari ajaran islam....

    ReplyDelete
    Replies
    1. tepat sekali. pemain utama yg sesat kali ni kassim ahmad, mahathir mohamad, chandra muzaffar semua penyokong kuat umno! sebab itu kot mufti2, jakim ,jakun, pekasam, harus sanasini dll yg sama waktu tak berani bersuara. pejuang islam la sangat

      Delete
  5. Kasim ahmad ni gila kot. Ilmu agama cetek maka tak payah la nak merapu. Kita tunggu apa ulamak nak cakap....tak kan nak biarkan dia menyesatkan orang....

    ReplyDelete
  6. Bhai juragan.., apa lu melalut ni.... makin parah lu ni... lu x komen pun pendapat di kasim baba ni tapi lu melakut tv 3 la bagai... memang betul la lu ni otak udang sempit sesempitnya... dan pada pandangan gua lu seolah bersetuju dgn pendapat kasim baba ni... tu pasal lu x komen apax... yg jelas lg nyata si org tua ni menghina junjungan besar nabi muhammad bhai... jgn jd munafik bhai....orangmyg suka brrkata dusta...

    ReplyDelete
  7. Kasim ahmad ni ada DIPLOMA PENDIDIKAN x? kalo x de lagi teruk dari ufti haru sana sini...kahkahkah

    ReplyDelete
  8. Ikut pandangan dan pendapat Kassim munafik itu dengan kita kita sekali jadi munafik. Biarkan lah dia sorang sehaja yg nampak bersifat munafik jagan kita terlibat sama memiliki sifat2 gulungan munafik.Orang yg mengaku dirinya islam tetapi memperlekehkan islam sah sah soheh munafiknya. Jagan si mamat Kassim ini mati nanti tidak diterima bumi macam Mustaffa Kamal Atarruk udah lah. Doakan lah semoga dipenghujung hayatnya dia kembali kepada islam yg sebenar jgn dia mari dalam kesesatan pemikirannya sendiri. Allah mengentahui segala galanya

    ReplyDelete
  9. Orang yang mempertikaikan Rasullulah saw sama taraf dengan binatang. Mana ulamak umno & ngo yang mempertahankan kalimah Allah bila nak bertindak, bila nak umum tawaran tampar menampar ada berani?

    ReplyDelete
    Replies
    1. silap tu dik.bukan sama taraf dengan binatang tapi lebih hina daripada babi yang sakit aid

      Delete
  10. Mana ayahanda2, mana geng pekida, mana perkasa, mana geng tarian ponggong & yang seangkatannya bila nak bertindak? Rasullulah dah dihina nak diam aje ke.

    ReplyDelete
  11. Can I just say what a relief to uncover someone who
    truly understands what they're discussing over the internet.
    You actually understand how to bring an issue to light and make it important.
    A lot more people have to look at this and understand this side of your story.
    I was surprised you aren't more popular since you definitely possess the gift.


    Feel free to visit my website ... reggae lyrics

    ReplyDelete
  12. biarkan mereka lalai dengan umur panjang yang diberikan allah.allah istidrajkan kepada mereka.sekiranya dia tidak bertaubat tunggulah azab kubur dan azab neraka.mereka semua sudah tidak pandai menggunakan akal.nampak seperti bijak mengeluarkan pendapat tetapi sebenarnya mereka sudah gila

    ReplyDelete
  13. Itu cara Mahathir menguasai politik orang Melayu...celarukan dan berpecah...sebelum ini menyokong tubuhnya PERKASA.

    ReplyDelete
  14. sape kassim ahmad...? klu kassim selamat kenal jugak aku....mamat ni dr negara mana nie...?..Yahudi?....nak kebumi kt mane?...malaysia?...atau negara Yahudi?.....ideologi langsung x bleh pakai!!!....Lemau!!!..

    ReplyDelete
  15. musailamah al kazab pun bijak berhujah tapi tetap munafik . , hidup sezaman dengan Nabi ..tapi akhir nya di perangi semasa Abu bakar menjadi khalifah , .jika kasim ahmad dah menolak nabi..apa lagi yang di tunggu . .

    ReplyDelete
  16. Orang mcam kasim ahmad tak wajib dimandi dan dikapan bila mati sebab dia bukan umat m
    Muhammad s.a.w ,ada faham ka sebab dia hina Nabi besar junjungan umat islam yang beriman dengan rukun islam yang enam.

    ReplyDelete
  17. Kalau agama dirujuk dalam Al Quran , Malaysia akan aman tetapi dgn kepala otak dan mulut orang berkuasa macam macam akan jadi ........... last sekali - SYIOK SENDIRI & pusing .

    ReplyDelete