Pages

Monday, March 10, 2014

Kalau Ahli Parlimen PR nak boikot program ni, aku memang setuju dan sokong!

Cantik dan tepat sekali, kena pada tempatnya... aku setuju dan sokong 100%... 



 Nasional   

Pembangkang biadap mahu boikot majlis santapan diRaja esok - BN
pada 09-03-2014 05:03 Ditulis Oleh Wan Anis Ilyani Wan Mohammad Azhar
SHAH ALAM: Ahli Parlimen Pengerang, Datuk Seri Azalina Othman Said menyelar kesemua 89 Ahli Parlimen Pakatan Rakyat ekoran mahu memulaukan Majlis Santapan diRaja sempena perasmian persidangan Parlimen yang akan diadakan esok.
 
Ketika dihubungi Antarapos hari ini, beliau menyifatkan tindakan itu sebagai biadap dan menunjukkan golongan itu gila kuasa sehingga sanggup mengenepikan tanggungjawab mereka mewakili rakyat.
 
"Ia biadap. Sebagai wakil rakyat apabila disuruh hadir, mereka kena hadirlah sebab mereka mewakili rakyat. Jika mereka tak mahu tengok muka sebab marah, itu masalah mereka, mengapa jadi seperti budak kecil?
 
"Perangai seperti orang tak betul. Mereka kena hadir sebagai wakil rakyat, bukan kita pergi sebagai diri kita. Itu masalah mereka, terlampau rakuskan jawatan sehingga lupa tanggungjawab," ujarnya.
 
Melalui mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Rakyat (Pakatan) semalam, kesemua 89 Ahli Parlimen pembangkang bersetuju untuk tidak hadir ke Majlis Santapan Di-Raja esok sebagai bantahan terhadap keputusan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim.
 
Anwar ketika berucap di Konvensyen Pakatan petang semalam berkata tindakan itu perlu kerana majlis tersebut akan dihadiri  Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Ketua Hakim Negara, Tun Arifin Zakaria, yang dituduh beliau sebagai berkomplot untuk memusnahkan kerjaya politiknya. 
 
Mahkamah Rayuan pada Jumaat lalu menjatuhkan hukuman penjara selama lima tahun selepas didapati bersalah meliwat bekas pembantunya, Saiful Bukhari Azlan, enam tahun lalu.
 
Hukuman ke atas Anwar itu hanya berkuatkuasa selepas pihak pembelaan mengemukakan rayuan kepada Mahkamah Persekutuan. 
 
Anwar sebelum ini menjalani hukuman penjara enam tahun selepas di dapati bersalah meliwat bekas pemandunya Azizan Ismail dan dibebaskan pada tahun 2004.
 
Sementara itu, Ahli Parlimen Ketereh Tan Sri Annuar Musa berkata tindakan ini adalah tidak wajar kerana menampakkan mereka menentang dan mempertikaikan sistem perundangan negara yang sedia ada.
 
"Itu hak mereka dan biar masyarakat membuat penilaian. Sewaktu penghakiman kepada Anwar mengapa tidak ada komen? Sepatutnya beliau kena percaya dan hormat sistem mahkamah. 
 
"Pada saya sebarang tindakan mempertikaikan kewibawaan hakim tidak wajar kerana tidak sepatutnya wujud tindakan yang memandang rendah kepada kewibawaan mahkamah," kata Annuar.
 
Beliau juga menyifatkan ia juga bukan sesuatu yang perkara yang menghairankan kerana pembangkang sering menggunakan cara sedemikian bagi meraih simpati.
 
"Mereka mencari satu tindakan yang menarik tindakan orang ramai supaya tidak terpengaruh dengan keputusan yang dibuat oleh hakim. Dan pendekatan itu yang diambil oleh Anwar sejak dahulu.
 
"Ia strategi orang politik. Apabila mereka telah dijatuhkan hukuman mahkamah, mereka mesti menampakkan penentangan. Jika mereka tunjuk mereka lemah, mereka akan hilang pengaruh," katanya.
 
Keputusan yang diambil Pakatan itu juga sebagai tanda solidariti kepada Pengerusi DAP, Karpal Singh yang sedang menunggu hukuman yang bakal dikenakan ke atasnya setelah didapati bersalah di bawah Akta Hasutan dalam satu kes perbicaraan baru-baru ini.

Jangan gatai nak boikot sidang parlimen,, ini aku tak setuju... kalau sekadar tak mau pi makan tu baguih la,, biarlah puak umno bn yang mengtekedarah makanan-makanan tu....

Masaalah rakyat masih banyak belum lagi selesai,, perlu di bawa ke parlimen,,, jadi aku harap, tolonglah,, jangan duk gatai nak boikot sidang parlimen,, sesia rakyat mengundi kalau anda boikot..



6 comments:

  1. hang nie ketinggalan kereta apilah....kan PR dah khabrakan yg dia org boikot majlis makan jer...sidang parlimen demer pegilah.....

    ReplyDelete
  2. PR nak boikot persidangan parlimen pada 11 mac saja. supaya semua MP pakatan hadir di penamaan calun diKajang kedua sebagai tanda protes. Kalau MM tak setuju boikot pada 11 mac itu hak anda. PM selalu boikot persidangan parlimen kamu tak ambil kesah pun

    ReplyDelete
  3. butuh la hang MM...dh seronok DSAI x dapat jadi MB...tiba2 sokong PR balik pulak...gile kuasa punya macai PAS...

    ReplyDelete
  4. MM bukan ketinggalan keretapi tapi sengaja buat bodoh.tapi memang bodoh pun.dia sengaja mengubah apa yang telah di jelaskan oleh Pakatan.sudahlah MM kau ni pandai menulis je tapi tak pandai berfikir apahkan isu akan bolih menjejaskan hubungan dalam pakatan

    ReplyDelete
  5. Tak pi makan kan dah dapat selamatkan wang...bukan boikot sidang parlimen. Hangpa semua pi mentekedarah banyak2, sampai kenyang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukan setakat selamatkan wang saja, malah dapat menghindarkan diri dari keracunan arsenik! Pihak sinun bukan boleh dipercayakan sangat.

      Delete