Pages

Friday, March 14, 2014

MH 370 - ha ha, yang gatai duk ikut perangai umno tu buat apa?..

Bila aku terpandang satu banner yang keluar dalam FB selepas duk sibik MH370 hilang, perasaan hati kecil aku dah terdetik,, banyak sebabnya..



Program sedemikian dah bagus dah, tapi kenapa nak pi sembahyang kat KLIA tu juga,,, tak ada tempat lain ka,, lain lah KLIA tu stadium satu hal juga, ada padang, ada segala-galanya...

Tak boleh kah dibuat di masjid yang berdekatan, masjid KLIA pun ada, masjid dekat Kuarter KLIA pun ada,,, banyak masjid, dan lebih selesda untuk makmum yang mengerjakan ibadat disamping nak berdoa memohon kepada Allah.

Aku yakin dan amat berharap, program yang dicadang nak dibuat dekat KLIA tu bukan nak glamour macam raja bomoh tu,, harapan aku macam itulah... 

Alangkah baiknya kalau kita umat Islam yang nak buat amalan kebajikan apa-apa pun tak perlulah nak dipertontonkan kepada orang ramai,,, yang paling utama kita nak Allah S.W.T terima dan menyelamatkan mangsa-mangsa didalam MH370 tu...

Cukuplah dengan budaya merapu bomoh di Klia tu,, tu pun dah timbul tanggapan buruk terhadap negara,, apa lagi jika dipertontonkan pulak sembahyang hajat dan bermacam program,, kang nanti timbul Malaysia solat dah tak tentu tempat,, atau masjid dah tak ada lagi ka, macam-macam tanggapan timbul..



Kalau tanya aku, marah ke tak kat petugas keselamatan KLIA yang tak bagi tu buat program tu,, aku tak marah.. betui, depa jalankan tugas mereka yang diarahkan,, lagi pun di situ bukan tempat solat,, kang dah menggangu jika program sebegitu dilaksanakan.. 

Aku marah.. kalau masjid,, pegawai masjid tak bagi solat,, itu betullah, memang tak patut pun..

Kita tentu rasa marahkan bila solat kita dipermainkan macam ini ... 

12 comments:

  1. Perlu buat kat klia..sebab sibomoh tu dah buat sumting yg memalukan islam dan malaysia..jd kta kene tunjuk blk kepada dunia cara islam sebenar untuk sekurang2nya memperbetulkan persepsi agama lain..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Perangai depa sama je. Tempat saja berbeza.
      1. Ada sorang tu solat ditempat awam walau pun masjid tak hauh.
      2. Baru baru ni ada satu kumpulan yg solat tepi jalan yang tentu tak bersih walau pun masjid dan sarau ada berdekatan.

      Delete
  2. sokong MM,

    kalu siluncai dan labunya dah terjun takkan kita pun nak ikut

    ReplyDelete
  3. Dalam celah itu ada orang ambil kesempatan makan angin katempat Pulau Perhentian. Solat hajat dan baca Yaasin kat pulau tersebut diketuai Noh Gadut. Kalau buat kat tempat lain tak makbulker?

    ReplyDelete
  4. kena skong juga MM,tapi taklah seratus peratus sebab cuba MM lihat ,siapa yang kena siasat oleh abng polis tu.kan ke ketua pemuda Pas Selangor.Faham kan.kah.kah.Bagi tau dia kalau nak solat buat kt masjid atau tempat yang betul-betul sesuai

    ReplyDelete
  5. Ni nak cerita, lepas aku sembahyang Jumaat, aku undur kereta... tiba-tiba bunyi tut... tut... tut... tut.. tut...tut ..... kemudian lagi kuat dan singkat.... rupanya kereta aku bagitau ada kereta lain di belakang... jangan undur.... rupanya KERETA AKU ADA SONAR.... kapal selam Malaysia dibeli tanpa sonar.... Altantuya lupa minta dipasang sonar. TLDM nak sonar macam kereta aku tak? Pergi cari di kedai aksesori kereta.... banyak, kalau tak mampu beli yang baru, yang second-hand pun ada di kedai besi buruk. Lepas ni boleh serta SAR.






    SAJA JE NAK MENYAKAT PENYOKONG BN.

    ReplyDelete
  6. setuju dgn MM. Mmg terlintas dlm kepala, buat solat kat KLIA di ruang legar tu utk keuntungan politik ke mmg betul2 nak buat solat hajat utk penumpang2 MH370?. Kenapa perlu di buat di khalayak ramai...menunjuk-nunjuk?. Allah je yg tau.

    ReplyDelete
  7. yg pentig dpt jd GLAMOR...klu boleh mcm pil kuda dpt msuk tv3 n utusex meloya
    inilah perjuangan ulamak dan sifakeh dewan ulamak, yg tak abis2 buat gempak n buat semak!?

    ReplyDelete
  8. Usaha ini agak sedikit menguntungkan dari pandangan politik kat malaysia ni.. niat orang kita tak tahu, tapi bagus la pandai guna ruang dan peluang untuk tingkatkan saham.. ingat mukhriz suka ke pakai jubah ngan kopiah masa pru dulu kah..kah..kah...

    ReplyDelete
  9. TOLONG BERFIKIRAN POSITIF . JANGAN POLITIKKAN ISU INI . BERSIHKAN HATI . JANGAN APA YG KERAJAAN BUAT DIKATAKAN TAK BETUL . HATI YG BERSIH TIDAK AKAN BERKATA YG TIDAK BETUL MENGENAI ORANG LAIN . RENUNG-RENUNGKAN .......

    ReplyDelete
  10. Tak payah nak dipolitikkan isu ni , Tolong berfikiran positif . Jangan segala-gala yang dilakukan oleh orang lain dipandang negatif .Bersihkan hati .

    ReplyDelete