Pages

Tuesday, March 25, 2014

MH 370 - Majlis Fatwa tolong jangan diperbodohkan oleh Najib..

Harapan aku kepada Badan yang mempunyai autoriti agama Islam dapat berfikir dengan waras dan gunakanlah kaedah-kaedah yangbertepatan dengan hukum syarak,,,


BERNAMA › BERITA


Majlis Fatwa Bersidang Tentukan Solat Jenazah Ghaib - Najib

KUALA LUMPUR, 25 Mac (Bernama) -- Jawatankuasa Khas Majlis Fatwa Kebangsaan akan bersidang petang ini untuk menentukan tarikh dan waktu pelaksanaan solat jenazah ghaib bagi penumpang dan anak-anak kapal pesawat Malaysia Airlines MH370.

Perkara itu diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ketika membentangkan usul khas di Dewan Rakyat bagi menzahirkan rasa sedih, dukacita dan pilu terhadap tragedi malang yang menimpa pesawat berkenaan.

Najib menarik perhatian, selain solat jenazah ghaib, pada masa ini kerajaan menerima pelbagai cadangan berkaitan penumpang dan anak-anak kapal pesawat itu antaranya untuk berkabung dengan mengibarkan bendera separuh tiang.

"Kerajaan berpendapat, kita perlu menemui objek dan serpihan itu terlebih dahulu sebelum kita melakukan perkara tersebut," katanya.

Tegasnya, ketika ini bukanlah waktu untuk mana-mana pihak mempolitikkan isu kehilangan pesawat tersebut sebaliknya mengambil peluang menunjukkan solidariti dengan keluarga yang terlibat dalam tragedi berkenaan.

"Saya ingin merayu kepada rakan-rakan kita sama ada dengan parti kerajaan atau pembangkang...dalam krisis seperti ini, kita mesti menunjukkan rasa simpati kepada semua pihak yang menjadi mangsa kepada tragedi yang amat menyayat hati.

"Kita mesti tunjuk kematangan dan rasa cinta, lebih-lebih lagi perasaan sensitiviti kepada keluarga yang berada dalam keadaan begitu sedih dan pilu sekali," katanya.

Dalam sidang akhbar malam tadi, Perdana Menteri mengumumkan penerbangan pesawat Malaysia Airlines MH370 berakhir di selatan Lautan Hindi.

Penerbangan MH370 yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL pada pukul 12.41 tengah malam 8 Mac menuju ke Beijing, hilang daripada skrin radar sejam kemudian.

Pesawat itu sepatutnya mendarat di Beijing pada 6.30 pagi hari yang sama.

-- BERNAMA

Apakah dengan adanya solat ghaib,, selepast solat hajat perdana 1Malaysia tak dimakbulkan Allah, maka secara tak langsung teori Najib pesawat terhempas dapat ditutup tanpa akan ada lagi komen-komen yang mempersoalkan kes MH 370?..

Betulkah penumpang dalam MH 370 tu dah meninggal dunia kerana MH 370terhempas,, di mana bangkai pesawat?.. janganlah dengan objek pallet dikatakan serpihan dari bangkai pesawat.... 

Aku nak tengok Majlis Fatwa Kebangsaan, kecut ke tidak dengan Najib,,, Jom baca apa kata Dato Presiden Pas .. Klik Sini

11 comments:

  1. mm kao pon tau majlis fatwa lebih takut pada sapa? mahklok @ allah s.w.t sendri mau ingatla ada pulos lolos tadak folos wal mamposh

    ReplyDelete
  2. Idea bagus tapi lebih baik buat solat kasi Najib GHAIB hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Najib ghaib rosmah ada ganti najib. Dia ni lagi power....
      kalau kedua-duanya ghaib ok gak..

      Delete
  3. Maksudnya kita kena tunggu 4 tahun baru tahu jam omega tu betul ada atau pun dah ghaib.

    ReplyDelete
    Replies
    1. data antatuya pon boleh ghaib...tub tub tiba tiba mayatnya ada pulak kat mesia...kangkong punya macai....kahkahkah

      Delete
  4. T kasih manjongmari...mudah mudahan ada akan jadi mulia setaraf "malaikat"....

    ReplyDelete
  5. T kasih manjongmari.....mudah mudahan anda akan jd mulia setaraf "malaikat"...

    ReplyDelete
  6. Ptg td ketua majlis fatwa buat pc pun ada yg tk kena je. Ada pulak dia ckp OK buat pengumuman fatwa. Pas tu dia salah pulak ckp mcm mana nak urus jenazah. Ada ke kapan kn dulu..nilh semua kekalutan yg semakin ketara pemerintahan najib.

    ReplyDelete
  7. melayu yang punya otak layu. kes anwar tu ko ada saksi x? ko islam ke bukan? if islam ikut cara islam. bosan gila layan orang bodoh - PENYOKONG UMNO. rela masuk neraka dari syurga.

    ReplyDelete
  8. semua nak kaitkan dengan politik....kena tunggu 4 tahun tu hanya pandangan ulama.......ada lagi pandangan ulama yang kata tak perlu tunggu lama-lama...pi belajar dulu......lah bahlol.....asyik nak politik ja....bengong.

    ReplyDelete
  9. udah-udahlah...kalau ko yg ganti tempat ds najib agaknya pun sama aje..bukan mahunya dia MH370 tu ghaib..buat rugi aje.. buruk org kita nampak tp buruk sendiri.. bagilah semangat sikit jgn nak perlekehkan org.. bukan senang nak merintah sesebuah negara.. ada benda rakyat perlu tahu dan ada jua yg perlu kita tak di beri tahu... bukan senang pm kita nak puaskn hati semua rakyat.. pada aku kalau ko tak puas hati sgt dgn pemerintahan yg ko rasa zalim masa solat berdoalah..doa yg di zalimi d dgr oleh Allah SWT
    .. so ...kalau ko rasa penumpang mh370 masih hidup berdoalah agar mereka pulang dgn selamat

    ReplyDelete