Pages

Wednesday, March 12, 2014

#PrayForMH370 - PM Najib diseru bernazar untuk keselamatan..

Dalam berita TV tadi, Najib menyeru semua rakyat Malaysia bersama-sama dengannya memohon doa untuk keselamatan penumpang MH370...


Aku terjumpa satu seruan atau saranan dari Tuan Presiden PAS untuk Najib...

#PrayForMH370
Assalamualaykum warahmatullah wabarakatuh
Malaysian Airlines (MAS) dan YAB Datuk Seri Najib Razak.
Malaysia bagaikan jatuh ditimpa tangga. Dua bulan lalu, beberapa negeri dilanda banjir teruk. Dua minggu lalu, Sabah pula diserang banjir sedangkan kemarau, kebakaran, dan jerebu di Semenanjung masih belum berakhir. Kini, kita semua diuji dengan tragedi maha mendukacitakan semua pihak, pesawat mega milik penerbangan kebanggan kita, Malaysia Airlines MH370 hilang tiba-tiba. Peristiwa ini hanya beberapa minggu selepas MAS diumumkan rugi sejumlah bilion ringgit. Ia mengundang sedih dan duka kepada ribuan waris mangsa bahkan seluruh rakyat Malaysia. Bahkan mungkin, seluruh umat dunia sedang meratapi peristiwa malang ini.
YAB Datuk Seri dan MAS yang sangat saya kasih dan cinta.
Saat musibah pastinya tidak kita sukai. Namun musibah dan ujian pasti akan tiba. Kita pasti sedang bingung mencari jalan keluar. Setelah segala aset dan usaha dikerah, buntu masih menjadi penyudah. Klu-klu hanya tinggal klu. Lidah kita juga semakin kelu.
Di dalam Islam, ada jalan keluarnya tatkala buntu melitupi.
Hadis Riwayat Imam Muslim ada menceritakan tentang tiga orang yang terperangkap di dalam gua batu. Mereka tidak ada upaya untuk keluar melainkan dengan kudrat dan izin yang Allah Maha Kuasa. Mereka bertiga akhirnya bertawaasul dengan amal kebaikan masing-masing. Individu pertama dengan amal baik kepada ibu bapanya. Individu kedua dengan imannya meninggalkan zina ketika sekujur tubuh jelita terhidang indah. Individu ketiga dengan amanahnya terhadap hak orang lain. Pintu gua akhirnya terbuka, dan mereka berjaya keluar dari buntu.
MAS dan Datuk Seri, saya yakin, tidak sedikit amal baik yang telah dilakukan oleh YAB Datuk Seri dan MAS. Di samping usaha mencari, menjejak dan menyelamat, memohon doa dan solat hajat, bertawasullah dengan amal-amal itu.
Seterusnya, saya dengan rendah hati, memohon jasa baik MAS dan Datuk Seri selaku ketua kerajaan dan ketua eksekutif Malaysia agar melakukan nazar untuk berhasrat agar MAS tidak lagi menghidangkan minuman keras serta tidak lagi menghalang bahkan menggalakkan kakitangan dan krew kabin agar menutup aurat. Saya yakin, dengan tekad ini, belas ihsan Allah S.W.T mudah menyantuni kita dan memudahkan urusan kita. Orang awam juga boleh turut melakukan nazar dan berpuasa agar tragedi ini berakhir dengan baik. Semoga kerugian dan defisit tidak lagi menghantui MAS dengan berkat dan rahmat Allah.
Satu hadis lain yang sangat inspiratif menceritakan tentang perihal Ummu Salamah yang sedang berduka dan kematian suaminya yang tercinta.
Rasulullah sollallohu 'alayhi wasallam datang kepadanya dan mengurniakan seuntai doa yang berbunyi : ( ﺍﻟﻠﻬﻢ ﺃﹶﺟﹻﺮْﻧِﻲ ﻣِﻦ ﻣُﺼِﻴﺒَﺘِﻲ ﻭَﺧﹿُﻔﹿﻨِﻲ ﺧﹷﻴﺮََﺍ ﻣِﻨﻬﺎ )
Ya Allah, ganjarkan kami (pahala) dengan musibah in dan gantikanlah kehilangan ini dengan sesuatu yang lebih baik darinya.
Ummu Salamah seakan tidak meyakini doa tersebut lantaran Abu Salamah adalah seorang yang sangat baik. Pasti tidak ada pengganti sebaik arwah. Manakala dirinya juga sudah semakin berumur bahkan janda, maka pastinya tidak ada lelaki kacak yang baik akan terpikat dengannya. Namun, berkat doa tersebut, Allah memperkenankan doaUmmu Salamah. Rasulullah sollallohu 'alayhi wasallam meminang Ummu Salmah dan mengahwininya. Siapa yang lebih baik dari Rasulullah sollallohu 'alayhi wasallam?
Semoga musibah ini diganti Allah dengan sesuatu yang lebih baik untuk Malaysia dan dunia.
Semoga hati yang sedang berduka kini ditenangkan oleh Allah yang Maha Pengasih lagi Penyayang.
Semoga isi warkah ini ada manfaatnya kepada kita semua.
Salam Kedamaian.
Dato' Seri Presiden
Semoga hati yang sedang berduka kini ditenangkan oleh Allah yang Maha Pengasih lagi Penyayang.
Semoga isi warkah ini ada manfaatnya kepada kita semua.
Salam Kedamaian.
Dato' Seri Presiden

Rakyat diutamakan,, jadi masa inilah Najib kena buktikan.... 



9 comments:

  1. Allah hu akbar...indah sungguh bahasa yg tgha gunakn dlm warkah khas utk ds najib dan mas...moga2 ds najib dan mas menerima dgn penuh rasa tawadduk kpd 'nazar' yg diusulkn oleh tgha..Allah hu akbar...bhai mm ucapan tahniah atas entry kali ini...dan aku mnyokong sepenuh nya..dan aku juga yakin rakyat juga mnyokong dgn usaha tgha..tahniah bhai..

    ReplyDelete
  2. MAS dan Datuk Seri, saya yakin, tidak sedikit amal baik yang telah dilakukan oleh YAB Datuk Seri dan MAS. Itu adalah petikan dari isi kandungan warkah di atas.
    Sungguh terpuji lagi murni hati TGHHA, masih lagi bersangka baik dgn pihak yg dimaksudkannya. Inilah antara ajaran islam membimbing kita supaya bersangka baik. Sekiranya Najib dan lain2 yg terlibat memenuhi dgn sebenar-benarnya seruan TGHHA itu, kemudian bertawadhuk serta tawakkal tanpa meminggirkan usaha, insyaAllah akan terkabul permintaan yg dipohon itu. Hendaknya dituruti pula dgn kesedaran dan amalan seiring dgn perintah Allah AWJ dan sunnah rasul.

    ReplyDelete
  3. Maasha Allah..sangat kagum dengan TGHHA..tiada ada perasaan berburuk sangka dngan lawan..Wahai Najib Razak..ambil lah iktibar daripada musibah ini...bersihakn hati dan sentiasa lah bersangka baik..kami disini juga mendoakan akan kesejehteraan dan keselmatan penumpang2 MH370 Dan cepat dipertemukan...ameen..ameen Allah humma ameen..sekian dari kami penduduk negara yg Kecil lagi molek..

    ReplyDelete
  4. Dah banyak kali sembahyang hajat, berdoa melibatkan jemaah masjid, kumpulan tertentu hingga ke persaorangan, tapi hasilnya tak ada penghujung, adakah ini disebabkan ada dosa tertentu ditimpa musibah dari tak turun hujan hingga ke mh370 tidak dijumpai. Adakah dosa malaysia kerana penganiyaan yab anwar ibrahim dan membiarkan anwar ibrahim dianiaya menyebabkan doa terhalang. Kerana dalam alquran ada meyebutkan, adakah kamu boleh menipu allah, allah akan balas tipu daya kamu dengan tipu daya. Jika ini benar maka tidak mustahil mh370 tidak dijumpai selama mana anwar ibrahim di penjara.. 5 tahun, dan tak mustahil akan datang ditimpa bala keatas pm atau menteri .atau sesiapa yangberbuat jahat berlaku keatas malaysia,spt kapal terbang dinaiki hilang bersamanya, kenderaan laut dinaikinya tengelam bersamanya dan kenderan darat dinaikinya tertanam ditanah bersamanya. Pengampunan allah terhalang selagi manusia menganiaya manusia dan membiarkan manusia lain dianiaya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sdra...itu klu anwar berada di pihak benar..bgmana jika anwar bnr2 melakuknnya..adakh kita tk berdosa jika terus mmberi sokongan...apakh Allah tidak akan menurunkn balaNya. Hnya Allah yg lbh mngetahui...

      Delete
    2. Anon 10:02am
      Adakah adil menjatuhkan hukuman jika didasari dgn kalau itulah dan jika kalau inilah... Hukuman patut dikenakan jika terbukti dgn fakta dan ada saksi yg tidak dipertikaikan, serta langsung tiada sebarang keraguan. Perbicaraan perlu dilakukan dgn seadil-adilnya dan dilihat adil. Yg pastinya perjalanan serta tatacara perbicaraan kes DSAI jelas kelihatan tidak adil. Dgn berpandukan fakta dan bukti oleh hakim yg benar2 amanah, sejujurnya DSAI wajar didapati tidak bersalah dan patut dibebaskan. Kalaulah (di sini baru patut berkalau) keputusan hakim melepaskan DSAI, disebabkan kesaksian dan pembuktian menjurus kpd tidak dapat disabitkan kesalahannya (pd hal sebenarnya bersalah), maka kesilapan itu adalah jauh lebih baik drp kesilapan yg menyebabkan orang tidak bersalah teraniaya dihukum. Kemudian berserah kpd Allah SWT untuk pengadilan seterusnya, ada faham!
      Bayangkan anda sendiri difitnah dgn segala bukti diada-adakan menjurus kpd anda bersalah pula, apakah tindakan yg akan anda ambil? Mahkamah kata anda bersalah tetapi sebenarnya anda tidak bersalah perlu dihukum pula, fikir....fikir.....fikir......

      Delete
    3. Sdra...knp pihak pembela gagal mnyakinkn hakim tntng isu2 yg mmpu mmbebaskn sdra anwar.. adakh pmbela tidak hebat??? Bgmana pula dgn karpal singh dan sdra mat sabu juga prnh buat tuduhan salahlaku sex sdra anwar. Adakh kerana anwar didlm umno maka kesalahan trsebut ada...ttp bila sdra anwar berada dlm pr maka anwar mnjd bersih...dn smpi saat ini karpal yg mnjd pmbela dan mat sabu yg mnjd sahabat tidak menarik balik tuduhan yg dilempar kpd sdra anwar. Yg lbh mnjd persoalan lg knp sdra anwar tidak menyaman sdra saiful, dato eskay, nalla dan umi hafilda dgn tuduhan salahlaku sex sdra anwar...ini agak pelik sbb sdra anwar bnyk juga melakukn saman malu kpd pihak ketiga...ttp bkn kpd pihak yg menuduh dan mngaku terlibat dlm salah laku sex anwar...saya masih berfikir dan brfikir ttp msh tidak mndpt jawapan...mnkin sdra boleh merungkai dan mmberi pncerahan sekian...

      Delete
    4. Mana anon 01.18..tak sabar nk dngr jawapan dari anon tu tentng isu yg ditanya oleh anon 02.47.. semoga kita semua dpt penjelsan dan pencerahan...insyaAllah. .

      ISLAM FOR ALL

      Delete
  5. ...ada satu harapan dari seorang rakyat marhaen kpd PM 1 Malaysia dlm menyelesaikan kebuntuan mengesan MH370 ini....

    ...adalah WAJAR bagi PM 1 Malaysia BERTAUBAT dan memperelokan sistem kehakiman yang pincang dan penuh dengan sesuatu yang terancang...
    ...membuat pengakuan yang WAJAR dan segera BERTAUBAT atas kesalahan yang telah dilakukan sebagai ketua negara memikul amanah dan tanggungjawab besar...
    ... adalah WAJAR mengisytiharkan bahawa Dato' Seri Anwar Ibrahim itu telah dianiaya dan BERTAUBAT akan menghentikan segala tipu daya fitnah durjana yang sedang bermaharajalalela...
    ...adalah WAJAR menasihati isteri PM 1 Malaysia dan mengajak sama-sama BERTAUBAT untuk tidak melakukan pembaziran dengan sewenang-wenangnya..
    ...adalah WAJAR bagi PM 1 Malaysia dari menyusahkan rakyat dengan kenaikan kos barang dan perkhidmatan dan SEGERA BERTAUBAT untuk menurunkan harga petrol dan kembalikan keistimewaan rakyat terus mendapat subsidi yg telah pernah diterima sejak dulu...

    wallahu'alam.....wassalam.

    ReplyDelete