Pages

Sunday, March 2, 2014

Terkilan di pagi minggu .. Kesian woooo...

Ha ha ha,, hebat Tan Sri Khalid berpolitik, ia tak perlu cakap banyak sebab gagap, tetapi ia berpolitik guna akal... cantikk..


Apa tak hebatnya,, penyandang jawatan pun dah bersuara... sepatutnya tak perlu umum pada waktu begini, kerana PRK Kajang,, woooo,, Kajang lain cerita,, ini lain cerita... 
Kemudian pagi keluar pula cerita..

Terkilan Khalid umum awal


Zuraida Kamaruddin

SHAH ALAM - Timbalan Pengarah PRK Kajang bagi PKR, Zuraida Kamaruddin terkilan dengan tindakan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengumumkan lebih awal untuk bertanding jawatan timbalan presiden  parti itu.
Katanya, beliau tiada halangan jika Abdul Khalid mahu bertanding, tetapi merasakan waktu beliau mengumumkan hasratnya itu tidak kena pada masanya memandangkan isu PRK Kajang sedang hangat.

“Soal bertanding tiada masalah, kerana kita amalkan demokrasi, tapi kita terkilan sebab pengumumannya dibuat terlalu awal.

“Kalau boleh, beliau sepatutnya umum bertanding selepas habis PRK. Kita tidak mahu jejaskan proses kempen,” kata beliau semalam.

 Bagaimanapun, katanya, beliau mengharapkan Abdul Khalid tetap menumpukan tanggungjawabnya selaku Ketua Pengarah PRK Kajang dan bekerjasama dengan jentera parti.

“Biarpun beliau umum mahu bertanding, tapi tugas beliau mesti jalankan dengan penuh tanggungjawab untuk kita capai kemenangan.

“Kalau mahu kata terjejas gerak kerja jentera kerana pengumuman Abdul Khalid, rasanya tidak. Jentera parti dari setiap pelosok sudah pun mula membantu kita untuk berkempen di sini,” katanya.

Tahu rasa terkilan,, apa yang kelua dari mukut lasernya sebelum ini,, ingat tak ada yang terkilan..... 

Harapan aku perwakilan PKR yang buat pemilihan bijak memilih nanti,,, perwakilan kalau mahu Pakatan Rakyat terus kekal hingga ke Putrajaya,,, 2 orang ni mesti disingkirkan dari PKR... 

13 comments:

  1. Ahli politik ni cakap berdolak dalih. Kejap kata takut terjejas kempen. Sat lagi tak terjejas pulak.
    Mana satu betul?

    ReplyDelete
  2. Selain dua orang ini patut disingkir dari PKR ialah Haji Hadi, Din Ayam dan Nasruddin Temerloh pun wajar disingkir dari terlibat dlm PAS baru boleh kekal ke Putrajaya. Hi hi hi hi

    oleh
    Tahap Pemikiran

    ReplyDelete
    Replies
    1. azmin pn patut kena tendang jugak sbb saman parti sendiri.. dia ddakwa ada DNA Umno.. btol ke..?

      Delete
    2. mana boleh tendang Azmin, itu adalah "kesayangan" Anwar

      Delete
    3. setuju...TGHH kaki fitnah org pil kuda...kaki dgr cakap menantu...kahkahkah

      Delete
  3. Hj hadi x patut mintak maaf krn x langsung menyebut apa2 nama secara spesifik... beliau cuma ingin pastikan peristiwa perak x berulang.. Din ayam dan din temerloh lg lah x de bersalah apa2.. hanya org pandai2 bwk mulut..

    ReplyDelete
    Replies
    1. din temerloh x besalah.. din ayam memang cap ayam sbb brjihad melanggar DUN Kota Damansara smpai PKR kalah kerusi tu... hj hadi pulak walaupn x mnyebut scara spesifik ttapi scara x langsung merujuk kpd PKR & calon PKR di kerusi yg brtembung dngan Pas.. dh kerusi tu PKR punya knapa kacau.. bukti pil kuda pn smpai ke tahun kuda pn x dpt dibuktikan... akhirmya kena saman.. aku hanya bole brsimpati... makin naik nafsu kuda aku... ha hah ha...

      Delete
    2. bagus la TGHH x nak mintak maaf...lagi senang nak hasut pengikut PAS atas pagor utk tinggalkan PAS masuk tabligh...kahkahkah

      Delete
    3. apa kau ingat org Pas senang je nk tinggalkn Pas sbb TGHH kena saman..? org Pas pn ade prinsip & setia pd prjuangan.. tapi yg paling brprinsip ialah yg berani menegur apa saja yg x betul walaupn trpaksa menegur Presiden Pas.. bukan membodek atau menegak benang yg basah..

      Delete
  4. kah kah kah kah kah dah nak runtuh kah kah kah sama macam pas kah kah kah sama macam pkr kah kah kah lepas pakat makan pil kuda kah kah kah kah kah kah

    ReplyDelete
  5. Salam MM,
    Kalau saya pemilih dlm PKR, saya akan pilih TS Khalid. Apa macam ...?

    ReplyDelete