Pages

Monday, April 21, 2014

Antara dua gambar yang mencengkam perasaan dan menjelikkan..

Dua hari juga sabtu dan ahad aku tak memblog,, bukan kerana aku sibuk sangat pun, tak juga,, cuma badan dah tak berapa nak sehat, pagi tadi baru selesai pi check doktor,, kena pi X-ray pulak dah untuk tindakan selanjutnya..

Apa pun disebabkan aku nak lawan dengan umno,, badan kena sehat,, jadi terpaksa ptg ni pi buat x-ray..


Oleh sebab badan tak Ok,, aku hanya bertumpu kat Fb sahaja,, tak larat nak merayau dari satu ke satu tempat,, dan akhirnya aku terjumpa dua gambar yang ada hubung kait, etika dan perasaan..

Gambar pertama..


Ini gambar yang tersebar dalam FB hari ini,, sebabnya kereta baru putih tu,, (tak ada kaitan dengan kereta toyota alpard mendiang Karpal Singh yang eksiden tu...) 

Tak perlulah aku sebutkan kereta siapa, Ahli Parlimen mana, bukan apa takut cerita yang belum 100% benar,, tetapi kalaulah benar rasanya errmm,, susah nak komen,,, ostad woo..

Bukan tak boleh nak pakai semua benda tu,, bukannya salah pun,, aku pun pakai juga MPV ni,, tapi bukanlah vellfire macam dlm gambar,, mati idup balik pun tak kesampaian,,, tetapi itulah,, lebih 26 tahun aku bekerja laki bini,, baru mampu nak rasa memakai kereta yang koyak plastik..

berbanding dengan AP dlm gambar tu jika benar, baru menang kurang lebih setahun PRU13 yang,, dah mampu pakai kereta mewah...

Berbanding gambar kedua ni, bukan pun Ahli parlimen Islam, tetapi ada intergriti tersendiri dan cerita ni aku dengar lama dah...


"Jika saya nak jadi kaya, saya akan pergi berniaga. Tetapi apabila saya telah menjadi Ahli Parlimen saya telah bersumpah utk hidup miskin, kerana ketika saya belum menjadi Ahli Parlimen ramai kawan-kawan bersama-sama saya berjuang membela rakyat dengan hidup secara sederhana... apakah tergamak saya meninggalkan mereka dan hidup lebih dari mereka setelah saya jadi Ahli Parlimen? Sudah tentu tidak ! Jika saya hendak kaya maka saya mesti berhenti jadi Ahli Parlimen dan pergi berniaga." - Yb Dr Jeyakumar, MP Sg Siput

Doktor perubatan beb, buka klinik sambil-sambil jual MC dan ubat batuk pun boleh kaya...
Dan yang sedih aku dengar ia sanggup jual AP kereta Ahli Parlimen kuotanya penggal lepas, untuk membina jembatan dikawasan parlimen Sungai Siput..

kalau semua ahl parlimen dan Adun dari Pas serupa ini kan cantik,, ni yang aku tau Ahli Parlimen pas yang kereta cabuk hanyalah Mat Sabu sahaja sebelum ni,,, 
jadi ahli politik untuk membela rakyat, kalau duk asyik utamakan perasaan dan nafsu masuk umno lah woi,,, lagi baguih,, tak kena kutuk dengan aku..

9 comments:

  1. Generally I do not learn article on blogs, but I wish to say that this write-up very forced me to take
    a look at and do so! Your writing taste has been surprised me.
    Thanks, quite nice article.

    Here is my website ... Homepage

    ReplyDelete
  2. Dah hadi ahli parlimen kena le ada gaye. Tian chua dulu pakai tiara je. Lepas jadi mp tukar mercedes. Lepas tu langgar orang pulak kat pahang.
    zuraidah pun sama. Baru satu penggal dan berapa biji kereta mewah dia pakai.
    ahli bn tak payah cakaplah. Lagi hebat .

    ReplyDelete
  3. bro, pakai lebai tak semestinya tak tunduk pada nafsu duaniawi. yg lebih teruk, pakai lebai hanya lakonan. mudah2an kereta mewah tu hasil dari rezeki halal :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha...gua setuju dgn lu. Gua byk jumpa geng lebai tapi perangai bersepai. Dan gua tau sape punye MPV tu...anak buah AP ni pun dah berbunyi semcm je...hahaha...AP dgn adun dlm parlimen lebai ni pun sama naik je...dah dua penggal...last penggal pas menang je terus test drive SUV baru...hahaha...last year sambor sebijik lgi SUV...besor sket. Nafsu hidup mewah bro....sama je

      Delete
  4. kadang-kadang betul juga kata mahathir: "..kau pakai serban, kau pakai jubah, kau ada janggut panjang, tak semestinya kau orang alim.."

    ReplyDelete
  5. Inilah perangai sebenar wakil rakyat Pas.Cakap x serupa bikin..

    ReplyDelete
  6. Tahik eh Mat Sabu tok make pitih..jubo taik mu MM. Ni ari jumaat nih. Kalu aku nipu..doso aku mu tahu dok. Depe mato aku maso Mat Sabu gi Koto Baru..make nasi sumatra (keda Mail)..make 5 ore penuh mejo mu tahu dok..membazim so hal..sapo jo bayar..2 kontraktor saing aku nga aku..jubo tahik la MM kalu mu kato Mat Sabu bersih..kalu aku nipu mu gi tanyo Mail jual tu..tok soh nok kube la MM..mu cayo kato aku pah ni Pas tok ake mene doh di Klate selagi pok pok nih dok kekoh kontraktor..sekor sekor aku bulih royak hok dok mitok pitih denga aku nga saing aku

    ReplyDelete