Pages

Thursday, April 3, 2014

Ha ha ha siapa yang bakal mampoih? - Blogger umno hentam blogger otai umno!

Sedikit demi sedikit, bakal-bakal keruntuhan dalam umno yang bermula akan sampai ke penghujungnya... Kita tunggu dan lihat, siapa yang akan menang..



Cubaan sabotaj Sinar Harian, Kadir Jasin?



SHAH ALAM – Bekas Ketua Pengarang Kumpulan NST, Datuk Abdul Kadir Jasin sedikit terkilan apabila  ada pihak yang cuba menggunakan muka depan Sinar Harian untuk mencemar imej beliau.

Difahamkan, ada pihak telah menggunakan laman depan akhbar Sinar Harian dan mengubah suai dengan memasukkan gambar beliau dengan tajuk ‘Apa lagi yang Khadir Jasin mahu?’

Menurut beliau, gambar tersebut mula dimuat turun di laman sosial Facebook dan mula tersebar dalam kalangan keluarga dan kenalannya.

“Saya difahamkan gambar muka depan akhbar Sinar Harian tersebut ialah dari akhbar cetakan tiga atau empat hari lalu.

“Gambar tersebut mula tersebar di laman Facebook, ramai mula menghubungi saya untuk mengetahui kesahihan tentang muka depan Sinar Harian,” katanya kepada Sinar Harian Online.

Tambahnya lagi, beliau tidak tahu menahu mengenai perkara itu dan hanya menyedari tentang penyebaran gambar tersebut melalui maklum balas rakan-rakan serta keluarga.

Bagi beliau, ianya satu tindakan yang tidak bertanggungjawab oleh sesetengah pihak yang mempunyai niat buruk.

“Ini satu perbuatan yang boleh memburukkan imej Sinar Harian dan juga diri saya sendiri, sehingga kini saya masih cuba cari individu atau pihak yang mengubah suai dan menyebarkan gambar tersebut,” katanya lagi.

jadi hangpa nak kata apa lagi,, inilah perangai blogger macai-macai umno,, depa tak boleh nak lawan dengan berhujah dengan apa yang ditulis oleh Datuk Kadir Jasin, hanya dengan melakar gambar di atas yang depa terror...paling best lagi suruh depa buat gambar superimpose atau video sex,, yang itu depa terbaik... dan nampaknya depa dah peduli siapa lagi,, lawan saja najib dan Rosmah, maka inilah akibatnya..

Nak tutup cerita ni depa buka semula cerita basi ni,, 


Ha ha ha,, Red Bean Armu buat cerita palsu,, yang utusan malaysia asyik duk kena bayar saman ratusan juta tu cerita benar ke cerita palsu...

4 comments:

  1. aku nak sgt join RBA ni...apa web dia MM?

    ReplyDelete
  2. RBA. Aku yg selalu komen barisan ni, dorang anggap termasuk dlm RBA ka??? Tak cerdik.

    ReplyDelete
  3. Melayu bangsa menipu

    ReplyDelete
  4. Red bean army takder red bean cendol ader.tambah pulut panggang....fuh...syukur nikmat.

    ReplyDelete