Pages

Saturday, April 26, 2014

Hukum Hudud - Aku setuju PAS menyahut cabaran pemimpin DAP!

Perlaksanaan hukuman Hudud di negeri Kelantan yang sedang kecoh diperkatakan.. apa yang aku nampak PAS akan berhadapan dengan UMNO dan rakan-rakan parti BN adalah musuh penghalang utama, manakala parti PKR dan DAP rakan PAS dalam Pakatan boleh diumpamakan seperti anak-anak remaja Islam yang perlu diberikan kefahaman menyeluruh...

 Akibat dari kekurangan kefahaman mengenai hukuman hudud yang sepatutnya pimpinan PAS perjelaskan dengan terperinci kepada rakan parti dalam Pakatan maka keluar kenyataan sedemikian...


"Sekiranya PAS bertegas untuk membuat sebarang keputusan dan tindakan yang tidak ada konsensus dalam Pakatan Rakyat, maka langkah yang paling terhormat dan sewajarnya untuk PAS ialah berundur dari Pakatan Rakyat.

PAS tidak boleh terus bertindak bertentangan dengan Dasar Bersama Pakatan Rakyat tetapi pada masa yang sama tetap bersandar kepada Pakatan Rakyat"


Baca sepenuhnya Klik Sini


Pertama sekali, tujuan utama PAS berpolitik rasanya tak perlu diperjelaskan lagi, semua ahli-ahli parti dan penyokong dah tahu .... 

Jadi kalau difikirkan semula, selagi duduk dalam Pakatan Rakyat pun tak boleh juga nak laksana hukuman hudud,, PKR dan DAP tetap tak setuju,, nak tunggu untuk kalah BN dalam Pilihanraya umum pun boleh dikatakan amat sukar sekali selagi SPR dibawah pengaruh Umno dan apa yang boleh aku katakan Pakatan Rakyat rasanya hanya mampu menghalang 2/3 majoriti kerusi BN sahaja...

Dalam tempoh kurang lebih 3 tahun lagi untuk menempuhi PRU14, rasanya PAS masih ada masa dan belum lagi terlambat untuk menyahut cabaran tersebut... adalah lebih baik sesekali Pas menunjuk anak jantan kepada rakan parti DAP dan PKR demi atas nama nak kan hukuman Islam..

TETAPI PAS WAJIB INGAT !!...

Jangan sesekali nak pi bergabung atau bekerjasama dengan Umno, kerana yang utama sekali umno sendiri parti yang menolak Islam,, itu kenyataan dan fakta,, janganlah Pas percaya dengan kepura-puraan Umno... biarlah PAS bersendirian, cukoplah sekali Pas dah kena tendang dengan umno keluar dari BN sebelum ini,, Pas kena ingat, pengundi-pengundi atas pagar yang menentukan kemenangan disetiap peti undi bila pilihanraya,, dan mereka-mereka ini semuanya majoriti menolak parti umno...

Yang paling penting pemimpin atau bakal calon-calon Pas perlu menunjukkan imej yang terbaik dimata pengundi, tak kira ustaz atau profesional...

Pas boleh bergerak secara bersendirian, Insya Allah, jika nawaitu ihklas kerana Islam, apakah Allah S.W.T tak akan membantu untuk memberi kemenangan,, percayalah, jika sekarang Pas hanya ada negeri Kelantan, maka PRU14 Pas boleh ambik kembali Terengganu dan Kedah.

Manakala dalam Dun seperti negeri Selangor dan jika ada peluang seperti di Perak, biarlah Adun-Adun Pas jadi kuasa penentu,, PR pun tidak, Umno pun tidak,, itu jam Adun Pas baru ada harga,, baru PKR dan DAP tahu nikmat dan bahana erti persahabatan dalam Pakatan...


10 comments:

  1. agak2 klu pas tak bersama pakatan,berapa kah kerusi pas dapat di selangor dan perak,aku memang sokong pas jadi pengimbang kuasa,bila pas menang banyak kerusi pilihanraya tahun 69,umno ppula ban yak kalah di n.s,selangor,perak dan beberapa negeri2 lain umno banyak kalah,maka pas ketika itu jadi pen gimbang kuasa,maka tun tun razak bincang dgn dato asri tubuhkan kerajaan camporan,dato asri jadi menteri tanah dan wilayah,dato hasan adli jadi timbalan menteri,yusof rawa dan dato abu bakar omar jadi setiausaha parlimen,masa tu pas jadi pengimbang kuasa,pas masa tu ada kuasa penentu tapi bila pas pi join barisan nasional akhirn ya pas tertipu dan di tipu ,lepas tu pas di teranjang mcm menghalau kucing kurap,ingat2 le kisah yg cukup terhina......klu betul2 terjadi pas nak sahut cabaran dap ni....klu sama2 panjang umur kita....kita akan sam a2 tunggu dan lihat

    ReplyDelete
  2. Aku nk tgk sama ada Pas ni takut kpd Allah atau takut kpd Dap & Pkr..x guna klu menang semua kerusi PRU sekalipun jika hukum Islam xdpt ditegakkan..kenapa kta nk bekerjasama dgn golongan yg menentang islam itu sndiri?Pas ada kekuatannya sndiri & xperlu bgantung kpd Dap & Pkr yg sering mngambil kesempatan atas sikap tolak ansur Pas selama ini.Sdh smpai masanya Pas keluar dr pakatan rakyat InsyaAllah jika kita ikhlas & bsabar dlm pjuangan Allah pasti akan mberi kmenangan kpd kita..

    ReplyDelete
  3. Elok juga cuba rasa balik suasana macam landscape politik Malaysia sepertimana dulu-dulu, pra-tahaluf siyasi - UBN parti pemerintah yang kuat, parti pembangkang bukan Melayu yang kelihatan kuat, DAP, dan parti pembangkang Melayu yang kelihatan kuat, PAS. Tercapailah objektif UBN dengan isu hudud ini memecahkan PR mengembalikan landscape politik Malaysia ciptaan UBN. Tahaluf siyasi yang berkesan bermula dengan APU kemudian Barisan Alternatif dan paling berjaya Pakatan Rakyat. Ruang PAS paling lega berdakwah adalah ketika Pakatan Rakyat malangnya peluang itu tidak digunakan oleh PAS sebaiknya. Onar UG dan ulamak kemaruk kuasa menjadi kemelut dan kekeliruan yang dasyat dalam PAS walaupun ada berpandangan ia isu yang sudah berakhir. Apa yang akan berlaku setelah PAS keluar dari PR adalah dalam pengetahuan Allah dan yang pasti ketika itu dapat kita dapat lihat siapakah yang masih istiqamah dalam perjuangan PAS, siapa yang akan hilang stamina dan pengorbanan bekerja untuk dakwah Islam dan mungkin masuk bersama UBN, apakah UG itu sesuatu yang diperlukan lagi dan penting bagi UBN demi survival Melayu Islam dan jawatan-jawatan dalam PAS menjadi begitu berharga pada segolongan tertentu dalam jemaah PAS sebagaimana sekarang ini di saat PR menampakkan boleh mencapai kemenangan. Ya, jangan tunggu lama-lama.....keluarlah PAS dari PR dan mungkin kita akan lebih mengenali siapa sebenarnya pelakun-pelakun pentingnya.......Cukuplah Allah sebagai tempat pergantungan bagi mereka-merek yang ikhlas dengan perjuangan Islam ini.

    ReplyDelete
  4. Ala ni semua dunia je. Org Pas x lahap jwtan la takat jdi MP. Diakhirat kerusi parlimennya dari EMAS. Hei Cap lu are fahamka

    ReplyDelete
  5. elokla kuar...pkr anwar pun proxy amerika

    ReplyDelete
  6. mamat ni angan2 tinggi..nak amik terengganu watu pru 12 dan pru 13 pun x bleh..aku nak kata orang umno sombong hangpa suka..aku nak kata orang pas...perasan .,..hangpa marah!!

    ReplyDelete
  7. Skg jgn fikir psal PR nk perentah Msia. Are niat je Allah beri pahala Dan sebaleknya. Pas dah usaha Allah tau. Jnji Pas x gadai hukum hudud psal no jdi MP. Jnji Allah lebeh Maya Dari kaya jdi MP. Hidup in sekejp je kalau slalu ingat bab mati.

    ReplyDelete
  8. Siapa yg bergaduh-gaduh tu, besok pagi pukul 9:30 mari jumpa aku di pejabat. Nak kena penampar buaya ke apa ni!!!

    ReplyDelete
  9. memang benar hukum hudud adalah hukum yng allah terangkan dalam al quran.kita tak bolih menolak sama sekali.tetapi apakah di negara ini kita bolih menjalankan hudud sekiranya kita tidak memtintah Malaysia?Yang mana lebih penting ,menjalankan hukum hudud terus atau kita tarbiahkan dulu semua manusia supaya memhami dulu erti sebenar keadilan hukum hudud daripada kita bertelagah sesama sendiri.Allah maha mengetahui.Aku menyokong Pas keluar dari pakatan.tapi apakah jamainan kita semua bolih menang menguasai Malaysia? tanpa mendapat undi dari bangsa lain?Sepatutnya kita bersama pakatan sudah bolih mnetadbir secara baik dan tunjukan kebaikan islam kepada bangsa dan agama lain dulu sebelum kita mantapkan hukum hudud.Apa kah kita sedar atau tidak sekiranya ini taktik UMNO hendak mneghancur Pakatan.Waliyazubillah.dan sekiranya kita berpecah dalam pakatan dan pihak Umno tidak menyokong Hudud .apakah kita beruntung?yang di bimbangi ialah kita tak dapa jalankan hukum hudud dan pakatan akan hancur,yang menang nanti adalah Umno.Fikirlah dengan tenang wahai pemimpin Pas.Semoga Allah mengampun dosa-dosa kita semua

    ReplyDelete
  10. Amno penyokong tegar Pas sejak dari dulu..tapi buke Pas hok ari ni..Biar ambo tok ngundi pong tak po..ambo anok beranok tok ake ngundi selagi Pas duduk dengan Pakatan lebih-lebih lagi DAP laknatullaj

    ReplyDelete