Pages

Thursday, April 24, 2014

Sabar lah sikit wahai Tan Sri PTL woi..

Beberapa hari sebelum ni ada ura-ura pencarian Mh370 nak ditangguhkan, namum setelah mendapat bantahan terutama dari waris mangsa, pemangku menteri pengangkutan yang juga sepupu Najib sibuk keluar kenyataan pencarian akan diteruskan..


Dalam pada menteri duk kalut macam-macam isu, Panglima Tentera laut pun kalut juga, masa ni nak demand , adui..


Manalah Najib nak kerekau duit woi,, nak pi berhutang dengan negara mana pulak lepas ni,, GST belum nak mula lagi...

Ni nak bayar tuntutan negara asing yang uturt sama dalam SAR MH370 tu tak pasti banyak mana,, yang aku dengan dah beratus juta .... 

Tu-tup masa ni juga nak aset moden,, ha ha ha, yang beli sampai 2 biji kapal selam tu dulu,,, adui... tak boleh nak apa la... sebab dah keluar kenyataan...


 


Tak pa, tak pa,, malam esok ajak anggota-anggota kena beryahana-yahana.... ha ha kena detail atau semua anggota islam diwajibkan hadir....ambik nama ... no weekend...

Ha ha pakat-pakat bedoa dengan pak habib, pak zambry kadiaq, moga-moga perairan kita tak dibolosi lanun,, jangan sampai kapal tangki jepun kat selat melaka yang sibuk dengan laluan kapal pun boleh kena rompak minyak dari kapal ke kapal,,, jangan lagi perairan pantai timur sabah ke bolos sampai pelancung luar jadi mangsa tebusan... 

Tan Sri nak minta aset moden mintalah,, janganlah nak minta sambung lagi jawatan PTL tu, kesianlah sama kat panglima-panglima yang lain,, nak merasa juga depa jadi PTL...


33 comments:

  1. Search & destroy, apa yg dia dah search dan apa pula yg dah didestroynya? Yg pastinya diorang search & destroy duit rakyat, itu tidak dinafikan.

    ReplyDelete
  2. ok le tu...

    masa lain kalau minta depa tak layan, ekonomi depa layan...

    pembangkang pulak kata membazir, kita bukan nak perang...

    kan?

    ReplyDelete
  3. Manjung Mari... Tan Sri PTL kena lah sambung perkhidmatan lagi... dan lobi projek.. perabih duit rakyat.. kayakan kroni sperti Thales dan NGV Tech... Lepas tu baru boleh bersara.. dan jadi Chairman dan busines yg dibuat guna proksi masa dlm navy ni.. kaya aku kaya... kata PTL.. Dia nak jadi PAT tak dapat.. jadik peduli apa.. bedal dan sapu aje duit rakyat.. seperti kata anon 5.20 Malaysia bukan nak pi perang pun.. Kalau pi perang pun puak2 ni akan cabut dulu sebab tahu tak leh buat apa-apa.. sementara ada kuasa ni gunakan kuasa utk penuhkan kerantung.. bangsat ko raja kopi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam ukhwah buat saudara semua. Saya banyak mendengar kehebatan blog ini namun bila saya saya membacanya banyak yang bersifat hasutan, tohmahan dan mengundang provokasi. Saya hairan bila melihat akan penampilan pemilik blog yg berkopiah dan pendokong Parti yang memperjuangkan Islam. Apa yg dipaparkan tidak menunjukkan keperibadian pemilik blog. Dalam usaha bwrdakwah biarlah ianya kena pada adab dan kaedahnya. Namun apa yg dicoretkan tidak menggambarkan keindahan Islam..sedih saya melihatnya. Saya merupakan warga TLDM dan amat terkilan dgn tohmahan yg dibuat terhadap kepimpinan TLDM. Saya pasti apa yg diperkatakan hanyalah hear say dari org2 yang tidak mengenali PTL. Apa yg diluahkan pada pandangan pwribadi saya adalah satu fitnah twrhadap beliau. Tak baik jika kita berbuat fitnah tanpa sebarang bukti. Sekadar mendengar cerita org bukanlah satu bukti. Ingatlah bahawa dosa kita bersama Allah Subhanahuwataala boleh diampunkan..namun dosa sesama manusia maka kita akan tanggungnya hingga ke akhirat. Wallah huaklam

      Delete
  4. Bacalah apa YB Raub, Dato' Mohd.Ariff Sabri bin Hj. Abdul Aziz kata..

    http://sakmongkol.blogspot.com/2014/04/do-our-armed-forces-have-succession-plan.html

    http://sakmongkol.blogspot.com/2014/04/making-sense-of-our-defence-spending.html

    http://sakmongkol.blogspot.com/2014/04/how-is-our-defense-spending-structured.html


    ReplyDelete
  5. Baguslah navy ni.. sama macam AMNONGOK.. malam cinta rasul buat.. yeye pun buat.. tak percaya tgk sini..

    http://www.navy.mil.my/index.php/media-massa/berita/berita-utama/item/772-pertunjukan-pancaragam-sempena-sambutan-lumut-bandar-tentera-laut

    hebatkan.. dan yg hadir pun sama juga.. mamak merelit sekor tu.. hihi..

    bilalah TLDM ni nak sedar... dah mcm2 bala turun..

    ReplyDelete
  6. Berhentilah PTL woii.. kami dah muak la dgn hang... sibuk dgn publisiti.. dalam negara berdukacita dgn kehilangan MH370 yg masih belum dijumpai TLDM sibuk dgn sambutan hari TLDM ke 80. Penting sgt ke sambutan ini diadakan besar-besaran.. malulah.. tema nampak cantiK TLDM SIAGA PERAIRAN TERPELIHARA.. aset macam hampeh. Pi belayar ke Lautan Hindi hantar 6 kapal 1 aje yg sampai.. puiii.. antar kapal dagang BM6.. lepas tu hebuh satu dunia world class navy.. lawak pejadah ke ni... macam siut..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dalam negara berdukacita mengahdapi kehilangan MH 370 apakah sumbangan anon 1016. Berbanding kepimpinan TLDM yg mengatur gerakkan asetnya utk sama2 mencari. BM 6 adalah dibawah perintah taktis TLDM dan merupakan insupport element kepada TLDM. In my humble opinion..sambutan ulangtahun TLDM juga penting malah ianya tidak melibatkan tambahan mana2 bajet pon. Saya yakin pemikiran saudara Anon 1016 belom sampai ke tahap yg sewajarnya. Saya tidak salahkan saudara sbb itu dah rezeki saudara. Tp dari sudut strategik ianya berbeza saudara. Ya biarlah ada yg menghina saya kerana membela barisan kepimpinan TLDM dan Negara tp setidak tidaknya saya bersyukur kerana Allah membuka minda saya apabila saya banyak meraih ilmu di bidang Strategik.

      Delete
  7. Huhhh penatla dgn PTL ni.. dah dua bulan lebih semua pangkalan TLDM dikerah utk sambutan hari TLDM ke 80.. kerja dah tak kira siang malam.. Pangkalan TLDM dihias dgn pelbagai benda yg bukan2.. patutlah kapal tak bergerak.. duit abis utk projek bukan-bukan... pasang mcm2 tugu, cabut tanam pokok bunga berterusan.. dlm base.. entah berapa juta wang rakyat dibazirkan dalam keadaan ekonomi dan hutang negara bertambah.. iye iye aje keluar memo berjimat cermat.. tapi projek membazir menjadi-jadi... aduii penin.. penin.. PTL gila glamor.. Semua Panglima ikut telunjuk.. yg sengsara anggota bawahan.. kerja siang malam.. raptai tak kira hari apa. mcm lah kami takde keluarga.. kalau pi perang tu lainlah.. ini utk sambutan merapu yg tak lebih dari propoganda busuk PTL.. penat kami.. berapa banyak masa, wang ringgit dan waktu kerja dibazirkan.. entahlah TLDM dibawah kepimpinan yg ada ni.. kemana hala tujuan? inilah TLDM suka suka.. bersuka ria lebih penting dari bersedia utk perang.. cepatlah masa berlalu.. aku dah tak sabar nak tamatkan perkhidmatan dgn kelakuan mangkuk hayun ni semua..

    ReplyDelete
  8. Nak tambah anggota polis pun izzah bising ni kan pulak nak tambah aset
    Lagi lah melenting dia menentang.

    ReplyDelete
  9. Panglima dalam TLDM ni tak de kerja ke?

    http://www.navy.mil.my/index.php/media-massa/berita/berita-utama/item/779-persiapan-sambutan-hari-tldm-ke-80-berjalan-dengan-lancar

    alangkah baiknya jika Panglima semua turun padang dan bersama2 melatih kapal2 utk berperang... ni semua aktivit laro dan ngarut..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sembang kedai kopi boleh lah bro..nak latih perang...apsal bila semua kapal dikerah buat friday war semua buat muka fed up..sembang lebih la...aku ingat aku nak cadang kat TPTL wujudkan semula semua ex..biar berasap korang

      Delete
    2. Sebelom jadi panglima mereka dah jadi pegawai memerintah kapal dan pangkalan. Mereka dah handle pelbagai operasi..so definitely mereka dah latih pegawai2 mereka utk kesinambungan kegemilangan TLDM. So sekarang tanggungjawab CO masing2 utk melatih pegawai2 baru serta anggota bawahan masing2 untuk meneruskan aktiviti tersebut. Apa kata kalau saya katakan bahawa Atok saudara dok buang karan aje asyik dok melangut..anologi tersebut mudah utk saudara fahami. Atok saudara dah tempuhi semuanya dah dah didik ayah saudara dan ayah saudara pastinya sedang didik saudara supaya saudara boleh didik legasi saudara kelak..simple anologi beb

      Delete
  10. Tan Sri Aziz Raja Kopi elokalh berhenti.. bagi peluang TPTL jadi PTL.. dia lebih berkaliber dan layak. Tan Sri Aziz hanya bijak merosakkan dan menghancurkan navy... TLDM memerlukan kepimpinan berkesan.. bukan yg gila glamor mcm Aziz..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sudahlah anon 1030..kau ingat aku tak tahu kau sapa..ayat skima nak mampos..soroklah sikit diri tu..jauh baik Aziz Jaafar daripada KAKI BETINA tu..satu navy satu salah laku dia..pigidah

      Delete
  11. PTL ni memang gila.. ulangthn 75 dulu masa dia baru-baru jadi PTL dah buat sambutan besar2an.. ni dah nak pencen dan nak mampus pun nak buat besar-besaran lagi.. memang gila.. inilah kejayaan beliau.. membodek kerajaan BN terutamanya Zambri Kodiaq tu.. maju dlm sukan dan aktiviti tak berfaedah yg habiskan duit rakyat ni.. kapal macam cilakming.. puiii...

    ReplyDelete
  12. Daripada buat aktiviti yang takde faedah ni baik pi perambat kapal2 dan kapal selam tu cari MH370.. ada juga faedahnya...

    ReplyDelete
  13. kami warga LLP ni dah penat lah nak melayan nafsu serakah pemimpin no 1 TLDM ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nampak sangat ko pegawai bro..chaitt

      Delete
  14. SPRM eloklah tinjau-tinjau sikit Pangkalan TLDM ni sempena hari TLDM ke 80..

    ReplyDelete
  15. mamak kawan manjung mari ni ada dimana2..

    http://www.navy.mil.my/index.php/media-massa/berita/berita-utama/item/772-pertunjukan-pancaragam-sempena-sambutan-lumut-bandar-tentera-laut
    http://www.navy.mil.my/index.php/media-massa/berita/berita-utama/item/769-1000-peserta-berkerjasama-membersihkan-lumut-bandar-tentera-laut
    http://www.navy.mil.my/index.php/media-massa/berita/berita-utama/item/771-yab-menteri-besar-perak-tawan-puncak-bukit-engku-busu

    pemimpin berjiwa rakyat..

    ReplyDelete
  16. Aku pun pelik dgn majlis cinta rasul ni.. adakah nabi mengallakkan majlis sebegini. persiapan byk abiskan masa dan duit.. anggota dipaksa beli dan pakai jubah utk majlis ini. inikah cara terbaik membina rasa cinta pada rasul sedangkan sunnahnya diabaikan dan hudud ditolak.. mana harus sani ni.. Perhimpunan mcm ni tak bungah ke..

    ReplyDelete
  17. Eloklah SPRM turun padang tgk keadaan pangkalan TLDM.. cantik kan????

    ReplyDelete
    Replies
    1. Stuju sangat..pastikan siasat betul-betul Panglima Armada dgn Kdr Hassan kat Pusat Selam tu..siap main golf sampai ke Bangkok..handal tuuuu..banyak projek kau Hassan..yang dapat nama buruk PTL..eloklah perangai kau ngan FOC tu

      Delete
  18. Patutlah kapal jepun kena rompak.. TLDM sibuk dgn perayaan ulang tahun ke 80.. lagi pun lagi banyak bolos lagi senang dapat peruntukkan.. lagi banyak peruntukkan.. lagi banyaklah yg masyukkk dlm kantung PTL dan kroni..

    ReplyDelete
  19. Golf hari TLDM bila dan berapa byk sponsorship?

    ReplyDelete
  20. Cuba tgk berapa sibuknya TLDM.. sampai kapal jepun kena rompak MH370 tak jumpa-jumpa...

    http://www.navy.mil.my/

    ReplyDelete
  21. Aset ahli-ahli sukan(anak emas) nanti suruh pi perang. Duduk pangkalan je main sukan. Tak pernah naik kapal. Krew kapal kerja mcm kuli batak, PTL tak pandangpun. PTL jgn hina anggota teknikal dlm TLDM, mcm kami ni tak berguna.

    ReplyDelete
  22. Melaporkan dari Pangkalan TLDM Lumut.. hari ni PTL baca khutbah jumaat. Wah hebat tu... tapi kalau takat baca khutbah jumaat setahun sekali tu rasanya takde maknapun Selama ini kepimpinan kejam yang diamalkan.. berapa ramai anggota yang teraniyai dan takleh menyambung perkhidmatan atas dasar-dasar bodoh kepimpinan katib khutbah jumaat hari ni. Memang berbulu aku mendengarnya tadi. Tapi apakan daya.. Inilah lakunan pemimpin akhir zaman.. Serba boleh.. kepentingan diri mengatasi segala kepentingan lain.. inilah khatib setaraf ustaz Kazem...

    ReplyDelete
  23. Serba salah aku dibuatnya.. nak luahkan nanti seolah2 aku menderhaka pada TLDM dimana aku mencari rezki. Tak diluahkan aku rasa menderhaka kepada negara aku pula.. aku memang serba salah. Dari apa yg aku lihat TLDM memang dah hilang fokus.. Pergilah ke Pangkalan TLDM Lumut hari ni dan lihat bagaimana hebatnya persiapan menyambut hari TLDM ke 80. Jika dihitung dari bilangan khemah dan PA sistem shj mencecah ratusan ribu ringgit. Itu belum yg lain2 lagi. Kenapa perlu dibazirkan wang negara dalam keadaan negara kini berhutang mencecah ratusan billion ringgit. Apa faedahnya diadakan sambutan besar2an ni hanya dgn tujuan utk mengkelabukan mata rakyat.. Kenapa tidak hari TLDM ini disambut dgn mempamerkan kesiagaan TLDM sesuai slogannya TLDM SIAGA PERAIRAN TERPELIHARA. Slogan ini hanya retorik sedangkan perairan negara terus dicerobohi. Sudah lama kesiagaan aset TLDM tak diuji dan diukur. Bila kali terakhir PTL sendiri turun padang menjengah dan memeriksa aramada nya. Setakat yg aku ingat sepanjang 6 tahun pemerintahannya tak pernah sekalipun dilakukan sedangkan PTL2 sebelum ini melakukannya sekurang2nya setahun sekali. PTL ini jiwanya bukan pada armada.. jiwanya lebih pada sukan dan sosial.. kebanyakkan peluru berpandu dalam simpanan TLDM expired tak boleh digunakan lagi dan tak dapat diuji kerana ketiadaan platform yg boleh melancarkan peluru berpandu ini. Mmg tak wajar perkara ini aku dedahkan namun aku takut jika terjadi peperangan atau negara diancam masa itu TLDM tak mampu mempertahankanya dan semua sandiwara yg dilakunkan sekarang tak boleh diguna pakai. Aku takut anak cucu aku akan menyumpah aku sebagai salah seorg anggota TLDM yg membiarkan negaraku diancam dan dijahanamkan. Aku takut berhadapan dgn Allah dalm keadaan aku mengetahui rasuah dan salahguna kuasa berleluasa didalam TLDM. Makanya moga2 ruangan ini menjadi saksi aku telah cuba menyampaikan keresahan aku ini kerana sebagai mentimun hanya ini yg mampu aku lakukan. Moga2 ada pihak yg berkewajiban melihat dan menilai apa yg ku katakan dan memperbetulkannya. Sloga hari TLDM patut ditukar KEBENARAN PEMACU SIAGA..

    ReplyDelete
  24. Hari Terbuka armada nanti ada gerai kopi tak?

    ReplyDelete
  25. Tema hari TLDM yg sebetulnya 'Join the navy and sell coffee'

    ReplyDelete
  26. Insaf aku mendengar khutbah jumaat dr PTL..smpai tertidur aku dibuatnya..

    ReplyDelete