Pages

Wednesday, April 9, 2014

Tahniah ! Kejayaan Najib sebagai Menteri Kewangan yang WAJIB kita ketahui..

Tak susah bila umno memerintah dan menjadi menteri, tak perlu nak fikir bagaimana nak tingkatkan ekonomi rakyat, pergi mampos dengan rakyat,, selagi boleh cekik rakyat dengan kenaikan harga barang, tambah cukai, pertambahkan dengan pelbagai saman, akibatnya inilah yang rakyat Malaysia dapat...




2:00PM - 9 Apr 2014

Hampir 300,000 muflis hingga Dis 2013

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Nancy Shukri mengakui berlaku peningkatan individu yang diisytihar bankrap di seluruh negara bermula tahun 2007 hingga 2013 di mana jumlah keseluruhannya sebanyak 122,169 orang.

Menurutnya, pada 2007 individu yang diisytihar muflis sebanyak 13,238, manakala 13,855 orang (2008), 16,228 orang (2009), 18,119 orang(2010), 19,167 orang (2011), 19,575 orang (2012) dan 21,987 orang (2013).

Jumlah keseluruhan yang bankrap sehingga Disember 2013 adalah seramai 253,635 orang.

"Terdapat peningkatan kes kebankrapan pada 2007 hingga 2013," kata Nancy (BN-Batang Sadong) dalam sidang sesi soal jawab di Dewan Rakyat pagi ini.

Berdasarkan statistik terkini sehingga 2014, beliau menepis tanggapan bahawa individu yang dikategori bankrap disebabkan oleh "ketegangan ekonomi" tetapi melibat masalah keperluan peribadi seperti pembelian kenderaan dan pinjaman perumahan.

Sebaliknya, katanya, sebanyak 33,570 individu atau 26.54 peratus terlibat masalah sewa beli kenderaan dan - tanpa memberikan statistik - individu terlibat dengan masalah pembelian perumahan, pinjaman peribadi dan perniagaan.

"Jadi saya rasa ini bukan ketegangan ekonomi, tetapi mungkin (masalah) keperluan peribadi dari segi kenderaan dan perumahan.

"Yang lain, (adalah) pinjaman peribadi dan pinjaman perniagaan. Kalau kita kata dari segi ekonomi, perniagaan, ia merupakan (berada) peringkat yang keempat daripada apa yang (saya) disenaraikan di sini," katanya.

Nancy menjawab soalan Datuk Johari Abdul (PKR-Sungai Petani) berkaitan jumlah, trend peningkatan dan sebab terjadinya situasi itu sama ada disebabkan dapat kemudahan kredit atau keadaan ekonomi yang menghimpit.

Tak ada pulak statistik berapa ribu kes ragut, ugut, culik, curi, rasuah dan pelbagai lagi dalam tempoh yang sama... hebatkan Malaysia...

10 comments:

  1. BN = Bergelumang Noda

    ReplyDelete
  2. http://1.bp.blogspot.com/-4OYpGek2xMA/U0VJXkPFcOI/AAAAAAAASGA/m56lGy1yrMI/s1600/index.jpeg

    ReplyDelete
  3. http://1.bp.blogspot.com/-4OYpGek2xMA/U0VJXkPFcOI/AAAAAAAASGA/m56lGy1yrMI/s1600/index.jpeg

    ReplyDelete
  4. Ireally like your blog.. very nicce colors & theme.

    Did you create this website yourself or did you hire someone
    to do it for you? Plz ansswer back ass I'm looking to construct my
    own blog and would like to know where u got this from.
    thaqnk you

    My website: burger king coupons

    ReplyDelete
  5. Harga rumah mahal, harga kereta mahal, harga barang mahal sebab cukai tinggi. Tetapi bila rakyat banyak berhutang dan bangkrup salahkan rakyat pula. Tanpa rumah rakyat nak duduk mana? Tanpa kereta rakyat nak jalan kaki? Barang mahal rakyat nak makan apa?

    Pemimpin bangsawan ni tahu apa? Para dewa peduli apa rakyat hidup susah? Mereka hidup senang dan mewah atas kesengsaraan rakyat.

    Hanya satu salah rakyat yg paling besar iaitu pilih penyangak jadi pemimpin negara.

    ReplyDelete
  6. Ni sebab nak bior pape asalkan bergaye. Bukan salah orang lain.
    Sendiri buat sendiri tanggonglah. Jangan asyik nak salahkan orang lain.

    ReplyDelete
    Replies
    1. beli rumah utk bergaya rupanya ye macai??? rumah bukan keperluann asas ke? beli cincin, hantar pelancong angkasa dan beg tu baru keperluan asas ye dak...kahkahkah

      Delete
  7. Kan dah kata kalau bukan ahli nya yang memegang sesuatu jawatan maka tunggulah bala dan balasan dari Allah akan menimpa kepada kita juga.

    ReplyDelete
  8. Menteri tu pakai tasbih sebagai rantai.

    ReplyDelete
  9. pemimpin kapiltalis ..semakin rakyat miskin makin la dia suka ...di taja nya brim brom ,klim kelam bagai ..maka rakyat yang bodo dan pemuja umnu tetap sujud pada dewa kapitalis ni untuk hidup...

    ReplyDelete